- sikap sebenar -

147 28 2
                                    

Sejak keluar daripada hospital gadis itu tidak senang duduk. Manakan tidak, jejaka bermata hijau itu ada di mana-mana sahaja tempat yang dia pergi.

Bahkan ketika dia berada di dalam rumahnya sendiri. Dia merasakan jejaka itu berterusan memandangnya.

Sah. Psiko!

Deringan di telefon mengalihkan fikirannya sebentar. Panggilan dibiarkan tidak berjawab.

Panggilan daripada lelaki tak guna itu!

Jelita mengutuk dirinya sendiri kerana bersikap terlalu ramah dengan lelaki itu pada pertemuan pertama mereka. Namun terlajak perahu boleh diundur, terlajak perkataan yang keluar dari bibir, buruk padahnya.

Jelita merengus kasar. Jejaka itu mula menghantar mesej. Banyak pulak tu!

Kasturi akan menghantar mesej pada setiap 2 hingga ke 3 jam sekali. Sah, jejaka itu gila.

Deringan telefonnya diabaikan. Daripada jejaka itu jiga.

"Kau tak nak angkat ke panggilan tu?" Jelita menoleh ke arah rakannya yang seorang itu.

"Tak penting kut."

"Tak penting apanya. Dari tadi phone kau tak berhenti berbunyi tau,"

'Orang gila tu Suri! Aku takut dengan dia. Sumpah!'

Sekali lagi deringab di telefon Jelita berbunyi. Suri menyambar telefon di tangan Jelita. Suri membaca nama yang disimpan Jelita.

"Wah, kemain kau Jelita. My Hero-"

Usik Suri.

"Angkatlah. Kau gaduh dengan boyfriend kau ke?" Tanya Suri polos.

Kalaulah dia tahu keadaan sebenar, mesti Suri sudah menyuruhnya membuat laporan polis.

Belum sempat Jelita membuka mulut, dia merasa haba seseorang mendekati kerusi tempat duduk mereka.

"Ya?" Suri memandang hairan jejaka yang di sebelah Jelita.

"Boleh saya pinjam girlfriend awak kejap?" Pinta jejaka itu.

"Jelita?" Suri memandang Jelita.

Dia melihat gadis itu menggeleng perlahan. Mengisyaratkan supaya gadis di depannya itu tidak mengizinkan dia.

Kasturi terus menarik lengan Jelita tanpa menunggu balasan dari gadis di depan Jelita itu.

"Eh, eh!" Suri berlari ke arah Kasturi yang masih menarik lengan Jelita.

Entah ke mana jejaka aneh itu hendak membawa lari sahabatnya.

"Encik! Kawan saya tu!" Lengan alu ditarik Suri.

Mereka berlawan menarik lengan Jelita.

"Aku tak perlukan keizinan kau untuk tarik buah hati aku, kan nuggets?" Kasturi memandang Jelita tajam.

Seperti mahu menerkan sahaja gadis di hadapannya itu.

"Buah hati? Oh- jadi awaklah yang call tadi. Okay. Okay. Saya tinggalkan Jelita dengan awak," Suri berlalu pergi.

Namun belum sempat Suri membuka langkah. Jelita mengengam erat gadis itu.

Suri meringis sakit.

"Kenapa?"

Saat Jelita hendak membuka mulutnya, kasturi mengengam dengan lebih kasar lengan gadis itu. Jelita mendongak memandang jejaka itu. Kasturi menggeleng.

Riak wajah jejaka itu menakutkan.

"Jaga diri," perlahan sahaja perkataan itu meluncur keluar dari belahan bibir Jelita.

Bukan itu yang dia mahu katakan. Tapi dia batalkan sahaja niatkan. Jejaka itu mencengkam lengannya saat Jelita membuka mulut.

"Okay. Take care," Suri berlalu pergi.

Meninggalkan Jelita bersama Kasturi.

"Sibuk sangat bersembang sampaikan tak perasan aku telefon ke?"

"Boleh tak awak jangan call saya. Rimas tahu tak!" Bentak Jelita.

"Rimas? Kau fikir aku kisah. Aku dah cakap, jangan buat aku marah. Kau memang sengaja kan. Sekarang, Kau ikut aku,"

"Awak nak ke mana? Kejaplah bag saya masih dekat atas meja sana," Jelita mencondongkan jarinya ke arah tempat dia dan Suri tadi.

"Pergi ambil bag kau, dan datang sini balik. Aku tunggu kau, nuggets. Jangan bazir masa aku," arah si jejaka.

Jelita meninggalkan Kasturi. Dia menapak ke arah Suri.

"Weh," Suri menyapa sebaik sahaja Jelita berdiri di sebelahnya.

"Aku kena pergi... tak apa kan? Padahal aku dah janji nak spend time dengan kau," jelita menunduk mengukur tanah. Rasa bersalah pula mahu membatalkan janji mereka.

Padahal dia yang beria mengajak gadis itu. Ni semua salah jejaka tak guna tu!

"Weh, sorry. Lagipun memang aku nak blah jugak ni. Ada masalah dekat office. Aku nak kena balik office, aku baru bangun nak pergi dekat kau tadi," ujar Suri. Dia memegang tangan Jelita.

"Aku nak pergi dah. Hati-hati. Apa-apa terus telefon aku tau!" Suri membuka langkah besar meninggalkan Jelita yang masih terpinga-pinga.

Jelita tersentak apabila merasa sentuhan di pinggangnya. Dia menoleh.

Kasturi.

"Aku dah kata jangan bazir masa aku. Dah jom," tangan gadis itu ditarik.

"Nak pergi mana?"

"Date. Spend time dengan, my precious nuggets."

JELITA UNTUK KASTURI ✅️Where stories live. Discover now