Bab 1

370 23 10
                                    

Ruang tamu yang besar lagi luas, dicat berwarna biru tua dan hitam,juga dihiasi perabot-perabot berwarna kelabu sedia menerima jeritan Zafraen Aeden. Tangan kanannya memegang erat patung barbie berbaju merah jambu, berambut blonde.

"Keluarlah aku penat tau tak!"

Nafasnya terhinjut hinjut dek penat mengejar manusia bernama Zafraed Aeder. Dia mengambil tempat di atas sofa sebelum kepala didongak keatas lalu tangan didepakan ke tulang sofa.Sungguh dia penat mengejar beban itu.Dadanya tak henti henti dari turun naik.

"baby kalau kau tak keluar...aku bakar pat.." Belum sempat jejaka itu menghabiskan ayatnya, laju sahaja lelaki ber t-shirt kuning cair itu keluar dari celah langsir bersama muka cuak.

Dia memerhati patung barbie kesayangannya yang sudah selamat digenggam oleh abang kembarnya itu. Aduhh..sakitnya hati ini!

Mata masih lagi tepat memandang ke bawah.Atau lebih tepat lagi kearah barbienya.Liur ditelan.

Zafraen Aeden mula menapak perlahan kearah adik kembarnya sebelum menjentik kuat dahi lelaki itu. Dia meringis kesakitan.

"Aduh! kenapa din jentik,sakitlah!" Ujar jejaka itu tidak berpuas hati.Dia menggosok dahi beberapa kali. Bergelinang air mata apabila dijentik begitu.

Dia memang memanggil nama abangnya sebagai 'din' walaupun patutnya 'den'.

"Bantal busuk hello kitty aku mana?" Dingin.Matanya bertembung dengan iris kebiruan milik adik kembarnya itu sedalam dalamnya.Dia paling pantang bila ada orang usik bantal busuk kepunyaannya sedangkan papa dan arwah mamanya sendiri tidak pernah menyentuh bantal busuk itu. Jijik kata mereka.

Tapi ada apa hal, dia rasa bantal busuk itu seperti baru turun dari syurga.Wangi dan suci sangat! Tiada bantal busuk bermakna tiada lena bagi Zafraen Aeden

"Baby dah bua-"

"Cup cup..apa kau kata? Dah buang? Haha..hahaha..hahahaha!" Dia tergelak seorang diri.Berani beraninya bala dirumah itu memegang dan membuang harta milik seorang Zafraen Aeden?

Huh memang pre order kepulasan telinga sakti kesaktian Zafraen Aeden betul! Dia lupa ke dengan kepulasan telinga sakti kesaktian dia ni,boleh bikin telinga pekak dua minggu! Rasakan!

"Ah! Ah! Adoii!!, sakit din!! Sakit! Sakitt!! Baby janji, baby buat lagi! Argh sakit!!" Semakin kuat pulasan telinga yang diberikan seketul Zafraen Aeden kepada adik kembarnya. Zafraed hanya menjerit kesakitan apabila telinganya jadi mangsa pulasan abang kembarnya.

Tiba-tiba,ada satu tangan telah mencepuk belakang kepala Zafraen Aeden.

"Adoi!"

Satu figura bersama mata helang berwarna biru dan berhoodie hitam menghiasi kornea mata mereka berdua. Kedua duanya menelan air liur. Alamak!

Zafrael Aedel.

Abang kembar sulung mereka yang sentiasa serius dalam sesuatu kerja dan masa. Bahkan bukan kerja dan masa sahaja, dalam keluarga ini dialah yang paling tidak banyak berbicara melainkan ada benda penting yang harus banyak diucapkan.Entah ikut perangai siapa pun tidak tahu.Bela emas dalam mulut gamaknya.

Iris biru itu memandang silih berganti dua makhluk yang berada di depannya sekarang ini.Rahang sengaja diketap.

"Explain" Ringkas dan padat. Zafraed mahu memulakan penjelasan tapi sepantas kilat dipotong oleh abang kembarnya.

"Baby..dia dah makan puding terakhir dalam peti sejuk!" Jari menunding kearah jejaka yang berada disebelahnya.Hanya muka bengis ditayangkan.Bukannya dia tidak tahu yang adik kembarnya sudah makan puding tersebut,lalu mengambil bantal busuk milik dia sebagai ugutan supaya tidak memarahinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐦𝐨𝐫𝐞: 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐙𝐀𝐅𝐑𝐀𝐄𝐋 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐋Where stories live. Discover now