"Okey umi. Nanti Nus cakap kat Luqman. Baik umi. Assalamualaikum," kata Nusaibah sebelum dia menamatkan talian. Dia mengeluh perlahan. Luqman yang sedang duduk di hadapan televisyen dipandang. Macam mana dia nak bagitahu ni?
Luqman menoleh memandang Nusaibah yang berjalan perlahan menuju ke arahnya. Adalah tu dia nak beritahu, bisik hati Luqman.
"Umi call ke?" tanyanya ringkas. Nusaibah mengangguk sebelum melabuhkan punggung di sofa dua seat dari Luqman. Dia masih lagi sedar diri, takkanlah nak duduk sebelah Luqman pula. Walaupun dia sudah berkahwin hampir dua bulan, dia takkan lupa janjinya dengan Luqman.
"Umi suruh balik minggu ni. Lama dah tak balik katanya," jawab Nusaibah. Luqman mengangguk sebelum menyambung menonton televisyen. Bukan apa sangat pun, tengah iklan.
Nusaibah mengerutkan dahi melihat reaksi suaminya. Itu je?
"Awak sedar tak situasi kita sekarang ni? Umi. Ajak. Balik. Rumah. Hm?" balas Nusaibah lagi. Seriuslah dia tak rasa apa-apa? Sesuai ke untuk rasa chill sekarang ni?
"Kenapa? Balik ajelah. Lagipun dah lama saya tak jumpa umi," balas Luqman selamba. Nusaibah mengetap bibir. Nampaknya dia seorang sahaja yang cuak.
"Wah, macam tu aje? Okey, kalau macam tu saya nak tanya, apa saya nak panggil awak nanti kat sana? Awak nak panggil saya apa?" tanya Nusaibah lagi.
Luqman tersentak. Ya tak ya juga, kenapalah dia tak terfikir? Lama sangat dah tak jenguk keluarga, macam inilah jadinya. Dia terlupa yang dia dan Nusaibah bukannya couple biasa. Luqman tersengih sambil memandang Nusaibah yang menjongketkan keningnya.
"Alamak, saya lupalah. Hm, ada cadangan?" tanya Luqman semula. Eh eh, tanya kita pulak.
"Hm...standard ajelah. Abang? Boleh?" balas Nusaibah. Luqman terdiam sebentar sebelum mengangguk.
"Okeylah tu. Rasa macam adik panggil. Haha. Awak pulak apa? Sa..yang?" terkebil-kebil Luqman mendengar kata-katanya. Rasa terlalu janggal untuk disebutnya. Spontan, hati Nusaibah mula buat hal. Weh, baru sebut sayang, dah nak melompat keluar rasanya hati ni.
"Ew no! Takde takde. Lain? Anything less..loving?" cadang Nusaibah. Tak sanggup rasanya kalau Luqman memanggilnya sayang sepanjang mereka berada di rumah umi. Tak pasal-pasal dia duduk dalam bilik sepanjang masa sebab malu.
Luqman ketawa. Dia diam sejenak memikirkan panggilan lain yang lebih sesuai untuk lidahnya menyebut.
"Hm..macam mana dengan Balqis?" cadang Luqman. Sedap juga nama tu.
Zupp! Entah kenapa, Nusaibah terasa ada sesuatu menusuk ke hatinya. Perutnya rasa macam ada rama-rama. Pipinya mula merona. Come on la Nus, dia bukannya panggil nama manja pun! Balqis tu kan memang nama kau. Apa masalahnya?
"Okey tak nama tu? Balqis. Sedap jugak kan?" kata Luqman lagi. Dia merapatkan dirinya ke arah Nusaibah, ingin melihat reaksi isterinya.
Nusaibah berpaling ke kiri. Muka, tolong jangan panas! Sabar dulu. Ingat, dia Luqman, dia minat Sumayyah, okey?
"Erm..okey je kot," jawab Nusaibah pendek. Wajahnya masih lagi dipalingkan. Takut kalau dia pandang Luqman, mukanya jadi merah semula.
"Kenapa awak tak nak pandang muka saya? Malu ke saya panggil nama tu? Balqis?" usik Luqman sambil tertawa. Nusaibah dapat merasakan bagaikan darah memercik ke mukanya. Habislah, kapilari darah dah mengembang. Muka dia mesti merah sekarang.
Nusaibah menggeleng pantas.
"Taklah, saya cuma tak biasa je. Tak pernah lagi orang panggil saya macam tu," balas Nusaibah sebelum bangun lalu melangkah meninggalkan ruang tamu menuju ke biliknya.
YOU ARE READING
My Halal Housemate
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 5 ONLY] Link : https://wa.link/o8twqf or WhatsApp 0176221665 He's so close, yet so far.. How can hate turns to love.. when there is no hate at all? Nusaibah Balqis - gadis biasa yang masih menyimpan perasaan terhadap crush sej...