Three

1.4K 66 1
                                    

Bunyi pintu bilik air dibuka mematikan lamunan Luqman. Lama juga dia berangan, sampai Nusaibah dah siap mandi. Jam dinding dipandang sekilas. Lima belas minit mandi? Wah, lama juga perempuan mandi.

"What?" kata Nusaibah apabila Luqman memandangnya. Dia yang sudah siap mengeringkan rambutnya berjalan menuju ke arah katil apabila Luqman menepuk-nepuk bahagian katil di sebelahnya, menyuruh Nusaibah duduk di situ.

"Dah hampir sehari saya jadi suami awak, apa pun saya tak tahu lagi ni pasal awak. Meh la, kenal-kenal," jawab Luqman setelah Nusaibah melabuhkan punggung di sebelahnya. Nusaibah tertawa mendengar jawapan Luqman. Tak sangka Luqman berminat juga nak tahu latar belakangnya. Kata kahwin sebab Sumayyah je.

"Oh, awak nak kenal saya jugak ke? Ingatkan awak tak berminat pun," balas Nusaibah. Luqman mengerutkan dahinya.

"Eh, mestilah saya nak tahu. Saya akan duduk serumah dengan awak, tau. Saya kena kenallah jugak housemate saya ni," balas Luqman. Terdiam sebentar Nusaibah. Housemate, ya? Bolehlah tu. Sekurang-kurangnya kisah hidupnya tidak akan menjadi seperti yang ditontonnya dalam drama dan novel. Typical hate-to-love-relationship. Best juga ada housemate lain jantina. Haha.

"Baiklah, saya sedia menjawab soalan awak. Apa yang awak nak tahu?" tanya Nusaibah semula. Luqman diam seketika, memikirkan soalan yang akan ditanyakannya.

"Ha, apa-apalah yang awak nak bagitahu. Saya dengar aje," akhirnya Luqman mengalah. Sebenarnya, dia pun tak tahu nak tanya apa. Sebab dia tak berapa curious pun pasal Nusaibah. Tapi kalau dia cakap macam tu, sedih pula nanti wanita di hadapannya ini.

"Hurm, saya bagitahu yang basic ajelah. Yang lain-lain, kalau awak nak tahu, awak tanya jelah. Kalau pasal family, saya yakin umi dah bagitahu awak, jadi saya cakap pasal benda lain. Saya cikgu subjek Biologi dan Sains kat SMK Seri Impian, rasanya dekat je dengan rumah awak. I mean, rumah yang kita duduk nanti. Hobi saya, saya takde hobi. Saya jenis yang buat aje apa yang terfikir, saya jenis yang straightforward, dan saya seorang introvert yang somehow managed to become a teacher. Saya ada dua orang best friend yang saya sayang lebih dari nyawa saya, Ariena dan satu lagi yang awak suka tu, Sumayyah.

Hurm, itu je kot. Ada soalan?" tanya Nusaibah setelah dia menerangkan panjang lebar mengenai dirinya. Dia mengerutkan dahi apabila Luqman memandangnya lama tanpa berkelip. Aduhai, kenapa pula dia pandang-pandang ni? Hatinya dah mula berdebar-debar semula. Apa kita kena buat bila orang yang kita suka pandang kita lama-lama ni? Sabar, Nusaibah, control. Dia tak tahu pun kau suka dia. Jangan bocorkan rahsia di hari pertama kau jadi isteri dia.

"Tak ada. Hurm, saya baru perasan, rupanya awak ni straightforward, dan banyak cakap orangnya. Masa kat sekolah dulu, saya nampak awak macam tak banyak cakap pun," kata Luqman. Dia tersenyum kecil. Nusaibah tergelak dalam hati. Macam mana dia nak cakap banyak kalau setiap kali Luqman berjumpa dengannya, hanya untuk bertanya tentang Sumayyah? Memang tak adanyalah dia nak panjangkan perbualan. Buat sakit hati sahaja. Entah macam mana dia boleh tahan pun dia tak tahu.

"Memang banyak pun awak tak tahu pasal saya. Baik saya tak cakap lebih-lebih, nanti awak suka pulak kat saya," balas Nusaibah sebelum ketawa. Dia bingkas bangun dan menyarungkan tudungnya sebelum keluar dari bilik, meninggalkan Luqman yang masih terkebil-kebil mendengar kata-katanya.

'Suka? Ish, tak mungkinlah!'

***

Nusaibah memandang jam yang tergantung di dinding. 11 malam. Dia menjenguk sedikit ke luar bilik. Mana Luqman ni? Aku nak tidur. Persoalannya, dia nak tidur kat mana? Luqman pula tidur di mana? Tidur sama-sama ke? Aih, tak sangka pasal tidur pun boleh buat otaknya bekerja lebih masa. Tadi selepas makan malam, suaminya sedang sibuk berbual dengan ayahnya dan bapa-bapa saudaranya. Tak sangka suaminya boleh masuk sekali dengan perbualan orang-orang berusia. Lama pula tu berbual.

My Halal HousemateWhere stories live. Discover now