Bab 28

5.1K 145 5
                                    

6 bulan kemudian.....

Syafiq menggenggam erat telefon milik Aiman. Dia menunggu dan menunggu. Seperti yang dijanjikan oleh Syafiq pada diri sendiri, dia akan mencari Aiman. Dimanakah Aiman berada sekarang? Sudah 6 bulan dia mencari Aiman, namun Aiman masih tidak ditemui. Syafiq masih mencari Aiman dan sebarang maklumat tentang Aiman tak dapat dikesan seperti dia menghilang diri tanpa khabar berita.

Seketika kemudian, kedengaran ketukan pada pintu pejabatnya dan wajah Mikael muncul di sebalik pintu. Dia berjalan mendekati Syafiq yang sedang duduk di mejanya.

"Boss, saya mintak maaf. Tapi saya masih tak dapat kesan lokasi Aiman." Kata Mikael menunduk. Syafiq menggenggam penumbuk, dia memukul meja. Segala kertas berterbangan jatuh.

"Cari lah Aiman sampai dapat! Aku akan cari Aiman sampai ke lubang cacing!" Tengking Syafiq, urat pada dahinya mula timbul. Sungguh dia ingin katakan sekarang, hatinya penuh dengan sakit.

"Boss dengar dulu apa yang saya nak cakap. Saya dapat kesan lokasi bapa saudara Aiman, Aqil." Maklumat yang diberikan oleh Mikael membuatkan Syafiq tersenyum gembira. Dia sangat gembira. Akhirnya dia akan berjumpa dengan Aiman.

"Kat mana?? Aku nak pergi sekarang." Kata Syafiq bergegas, dia mula menyimpan barangannya. Aiman kini tinggal bersama dengan bapa saudaranya. Sudah pasti Aiman akan ada di lokasi Aqil.

"Tapi boss. Saya dapat maklumat yang Aiman takde dengan Aqil." Kedengaran suara Mikael seperti sedang pilu. Syafiq terdiam buat seketika. Senyumannya yang tadi mula kendur kembali.

"Habistu. Aiman kat mana?"

"Saya tak tahu boss..." Mikael menundukkan kepalanya ke bawah. Dia juga turut kecewa dengan pencapaian kerjanya kalini. Sukar untuk mencari lokasi sebenar Aiman. Dimanakah Aiman berada?

"Babilahh!" Sungut Syafiq lalu dia keluar dari bilik pejabatnya. Mana Aiman? Dia dah penat menangis memikirkan Aiman. Kalaulah Aiman tahu betapa sakitnya tiada Aiman disisi Syafiq.

Syafiq dah bengang. Kemudian malam itu, Syafiq datang ke bar. Sejak Aiman tinggalkan dia, dia kerap pergi ke bar. Bukan untuk mencari perempuan, tapi untuk melupakan segala masalah yang difikirkannya dengan meminum arak sehingga dia sendiri yang akan sakit.

"Harini aku takkan bagi kau minum." Kata Ray, dia menjeling ke arah Syafiq. Dia dah bengang dengan kawan baik dia sendiri. Setiap hari datang ke bar dan setiap kali itulah Syafiq akan minum lebih kurang 10 botol arak sehari. Ini membunuh diri namanya.

"Bodohlah! Aku nak minum!" Tengkik Syafiq, meja dipukul beberapa kali tanda memberontak.

"TAK BOLEH!"

Syafiq terdiam dan akhirnya dia mengalah.

"Minggu ni minggu last aku kerja kat sini." Ray akhirnya mengajak Syafiq untuk berbual. Eloklah mereka berborak lama berbanding membuang masa untuk minum arak.

"Kenapa? Kau dapat kerja lain ke?" Tanya Syafiq lalu mengangkat muka memandang Ray.

"Haah. Aku dapat kerja yang lebih baik dari ni dan aku akan berkahwin tak lama lagi." Kata Ray tersenyum.

"Seriuslah? Siapa perempuan malang tu?"

"Bodohlah soalan kau. Perempuan tu jiran aku je."

"Amboi senang betul cari jodoh."

"Ray ni kot!" Ray gelak besar.

"Untunglahh." Kata Syafiq lalu dia menjatuhkan kembali wajahnya di atas meja. Ray yang awalnya ceria mula kecewa. Terpampang wajahnya yang turut bersedih melihat rakan karibnya.

"Dahlah weh. Makin teruk dah aku tengok kau ni." Kata Ray, dia menepuk2 bahu Syafiq lalu Syafiq mengangkat wajahnya sekali lagi. Kelihatan matanya sudah berkaca. Ray sangat sedih tengok kawan baiknya jadi teruk macam ni.

"Rupanya mencintai sesama jantina ini sangat sakit." Kata Syafiq, matanya kuyu. Air matanya berlinangan jatuh. Entah berapa kali dia dah nangis. Beratus kali agaknya.

"Kau janganlah memberi sepenuh harapan kau kat Aiman. Aku percaya dgn cinta sama jenis ni sebab benda ni memang ada dikalangan masyarakat kita. Lagi2 org tu kawan baik aku sendiri. Dan aku juga percaya bahawa hubungan ini takkan kekal lama." Ray cuba memberi nasihat. Syafiq menjeling Ray.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Kenapa kau nak pertahankan hubungan kau dengan Aiman sedangkan takdir kau akhirnya akan bersama dengan perempuan jugak? Kau takleh nak lawan takdir, bro. Aku bukan nak down kan kau ke apa. Kau ada life sendiri dan Aiman pun ada life sendiri. Kau ingat mak bapak kau still akan okay ke kalau kau nak dengan Aiman jugak? Move on do." Kata2 Ray mungkin akan membuatkan Syafiq tersedar dengan perasaannya sendiri. Tapi itu hanyalah sementara. Dia tetap tidak akan mengalah.

"Dahlah weh. Aku nak balik." Syafiq akhirnya bangun dari tempat duduk dia dan ingin pulang ke rumah.

"Jangan lupa datang majlis kahwin aku nanti." Pesan Ray pada Syafiq.

"Taknak." Kata Syafiq dan kemudian dia berlalu pergi.

Sepanjang perjalanan dia di dalam kereta, Syafiq termenung sambil memandang ke luar tingkap. Mikael yang membawa kenderaan berasa sangat sedih dan simpati dengan nasib Syafiq. Dia rindu melihat senyuman Syafiq ketika bersama dengan Aiman dulu. Bila agaknya Syafiq akan senyum kembali?

Setibanya di perkarangan rumah Syafiq, Mikael mendapati ada seseorang sedang berdiri di pintu rumah. Ia kelihatan seperti seorang wanita dengan berbaju kurung. Syafiq keluar dari perut kereta lalu dia buat2 tak nampak dengan kehadiran wanita itu.

"Fiq..." Syafiqah memanggil Syafiq dengan suaranya yang perlahan.

"Akak nak apa?" Tanya Syafiq dengan kasar. Dia makin serabut dengan kehadiran keluarganya. Dia hanya selesa dengan kehadiran Mikael sahaja sekarang ini.

"Fiq, akak risau tentang Fiq. Taknak borak dengan akak ke?" Tanya Syafiqah.

"Taknak. Balik kak."

"Fiq..."

"Aku cakap balik tu baliklah!" Syafiq menengking. Dia serabut. Syafiqah terkejut. Apa patut dia buat agar Syafiq kembali macam dulu? Dia rindu adik lelakinya yang dulu. Dimanakah Syafiq yang dia kenal?

Syafiq kemudian masuk ke dalam rumah tanpa berkata apa2. Dia menutup pintu rumah membiarkan Syafiqah berada di luar. Syafiq kemudian menghentakkan kepalanya pada pintu rumah. Di sebalik pintu rumah yang tertutup itu, Syafiqah menyentuh dari luar. Dia menangis, sakit melihat adik kesayangannya jadi macam ni.

"Fiq... Akak tahu betapa sedihnya Fiq sekarang. Tapi Fiq kena tahu bahawa Fiq telah mencintai orang yang Fiq dah tak jumpa setiap hari, bukannya perkara yang mudah untuk dilupakan. Itu bermakna Fiq sayang Aiman bukan sebab rupa tapi sebab hati." Kata Syafiqah. Syafiq menangis disebalik pintu. Dia terduduk sambil bersandar pada pintu. Dia tak kuat, sumpah dia tak kuat.

"Akak... Fiq tak kuat..." Kata Syafiq teresak2. Syafiqah yang mendengar luahan hati Syafiq disebalik pintu turut sama menangis.

"Fiq... Tolonglah kembali kan adik lelaki akak yang dulu. Akak rindu dia...." Kata Syafiqah sayu.

"Aiman..... Mana kau...?" Syafiq menangis lagi, air matanya tidak berhenti mengalir. Sakitnya. Sumpah sakit gila.

Keesokan paginya, Syafiq datang ke pejabat dengan wajah kuyunya. Makin lama keadaan dia jadi semakin teruk.

Dia duduk di mejanya dan termenung. Mikael memandang Syafiq. Dia berfikir sejenak. Patut ke dia bagitahu Syafiq sekarang? Dia pun baru tahu tentang hal ni.

"Boss..."

"Apa dia?" Kedengaran Syafiq sedang serabut.

"Saya nak cakap pasal Aiman."

"Kau dah jumpa Aiman?" Tanya Syafiq gembira.

HUTANGWhere stories live. Discover now