Bab 2

9K 191 7
                                    

"Ni bilik kau." Syafiq membuka pintu. Kelihatan barangan seperti kotak dan juga perkakas lama tersimpan di dalam bilik itu. Erti kata lain itu adalah stor. Aiman hanya mengangguk perlahan. Bagi dia, cukup sekadar dia hidup sekarang itu sudah memadai.

"Err boss..." Sayup kedengaran panggilan Aiman. Dia menunduk ke bawah, jari jemarinya menguis jersey yang dipakainya.

"Asal?" Tanya Syafiq tegas.

"Saya takde pakaian." Kata Aiman jujur.

Syafiq memandang Aiman atas bawah. Lelaki itu telah ditarik ke sini sehelai sepinggan. Mana tak nya takde pakaian. Diri je dibawa. Syafiq kemudian masuk ke dalam stor itu, mencari sesuatu. Dialihkan beberapa kotak yang ada sehingga sebuah kotak yang agak besar jadi tumpuannya. Dia membuka kotak itu lalu membelek isi di dalam.

"Dalam kotak ni ada baju lama aku. Pakai yang ni." Kata Syafiq sambil menepuk kotak pakaian lamanya.

"Baik, terima kasih boss." Aiman menundukkan kepalanya ke bawah sebagai tanda hormat dia kepada Syafiq.

"Bilik tidur aku kat tingkat atas. Dan jangan sesekali cuba masuk dalam pejabat aku kat tingkat atas. Aku nak keluar gi keje. Jaga rumah leklok. Kalau aku dapat tahu kau lari, aku rebus kepala kau buat sup." Syafiq memberi amaran, matanya menjeling tajam ke arah Aiman. Aiman hanya menunduk dari tadi. Dia hanya menuruti kehendak Syafiq.

"Baik boss." Jawab Aiman.

Syafiq keluar dari rumah lalu menaiki kereta yang dipandu oleh Mikael. Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya diam membisu. Setelah Mikael memberhentikan kereta, dia kemudian keluar dan membuka pintu untuk Syafiq di tempat duduk belakang. Syafiq keluar dan seperti biasa dia akan membetulkan kotnya untuk kelihatan lebih kemas.

"Apa jadual harini Mikael?" Tanya Syafiq.

"Pagi ni meeting dengan CEO dan petang boss ada meeting dengan family." Kata Mikael sambil menyelak beberapa helaian kertas yang ada di dalam fail.

Mereka berdua kemudian masuk ke dalam bangunan Syarikat milik ayah Syafiq. Mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat bersama anak buah yang lain. Ada juga yang sudah lama menunggu di dalam. Tidak sampai 5 minit, Tengku Shahrizal yang merupakan CEO dan juga ayah kandung Syafiq masuk ke dalam bilik mesyuarat itu. Mereka semua berdiri lalu tunduk hormat diberikan.

"You may sit." Kata Tengku Shahrizal.

"Before I go through with our meeting today, I would like to introduce my son Tengku Syafiq who will inherit this company after my retirement." Tengku Shahrizal yang berdiri megah di hadapan mereka, memberi isyarat kepada Syafiq untuk bangun. Syafiq yang tidak berkata apa-apa segera bangun dan tepukan diberikan kepada mereka.

"Alright then, we may start our meeting today." Kata Tengku Shahrizal.

"Assalamualaikum wbt. Thank you for our Chief Executive Officer and today we would like to present our business plan for next month. Can we proceed, sir?"

"Of course." Tengku Shahrizal tersenyum melihat salah seorang pekerjanya daripada department of financial.

"Okay. For this business plan, we are going to produce new product............"

Hari yang sangat membosankan bagi Syafiq. Dia merasakan dia hanyalah cctv sahaja dalam bilik mesyuarat tu dan akhirnya mesyuarat yang memakan hampir 3 jam membawa Syafiq untuk pulang ke rumah. Tidak sempat untuk dia bertemu dengan anak buahnya yang lain, dia telah di arahkan oleh Tengku Shahrizal untuk segera pulang ke rumah. Last minute plan.

Sesampainya dia dirumah bersama Mikael, Mikael akan menunggunya di dalam kereta manakala Syafiq akan masuk ke dalam rumah memandangkan kawasan rumah ayahnya yang terlalu besar membuatkan dirinya terasa segan untuk masuk.

Terlihat ayah dan ibunya sudah tersedia duduk menunggu kepulangannya. Tidak dilupakan juga kakak sulungnya, Tengku Syafiqah yang merupakan salah seorang business women yang berjaya. Syafiqah berumur 30 tahun dan kini sudah berumah tangga namun masih tidak memiliki zuriat. Syafiq bersalaman dengan ibu dan ayahnya berserta dengan kakak sulungnya lalu dia mengambil tempat duduk di atas sofa.

"Tengku Syafiq, kamu sudah berumur 28 tahun, gaji pun dah tinggi dan bila agaknya ye kamu nak bawak balik menantu kat papa?" Tengku Shahrizal akhirnya bersuara.

"Ye papa. Syafiq akan cuba cari calon." Syafiq sudah mengeluh. Baginya, setiap kali ayahnya bersuara tentang menantu, dia akan mula berserabut. Dia masih tidak mahu berumah tangga kerana tidak pernah mencintai mana2 perempuan yang dijumpainya. Keluar dan tidur dengan mana2 perempuan, benda itu sudah menjadi kebiasaan untuknya. Tapi untuk dijadikan isteri, dia masih tidak dapat mencari orang yang tepat.

"Jangan sampai papa yang akan cari calon untuk kamu Syafiq. Suka hatilah kamu taknak kahwin ke tak, papa akan paksa kamu kahwin jugak." Kedengaran suara garau Tengku Shahrizal agak tegas.

"Papa, cinta takleh nak paksa macam tu."

"Kalau duk main macam ni sampai bila kamu nak kahwin?"

"Papa sebenarnya nak cucu je kan pa." Syafiqah mula menyakat. Dia yang tidak mampu memberi cucu kepada ayahnya, membuatkan dirinya kecewa berjuta kali. Tapi baginya ini mungkin takdir dan dia hanya perlu berusaha lebih lagi untuk mendapatkan rezeki.

"Dapat cucu ke tak yang penting anak papa kena kahwin. Kalau tak sampai bila family kita nak berkembang?" Tengku Shahrizal mula dengan nada suaranya yang agak tegas. Syafiq menggenggam tangannya. Dia tidak suka dirinya dipaksa, sejak dari dulu memang begitu dirinya. Syafiqah yang berada di sisi nya menepuk lembut bahunya agar Syafiq mengawal emosi amarah.

"Syafiq mintak diri dulu eh papa." Kata Syafiq lalu dia bersalaman dengan kedua ibubapanya. Segera dia keluar dari rumah itu dan memasuki perut kereta.

"Shibal laa.." Syafiq memukul tingkap kereta, urat pada tangannya mula timbul.

"Balik boss?" Mikael yang setia duduk di tempat pemandu menanyakan soalan kepada Syafiq.

"Tak. Aku nak gi bar."

Mikael yang sangat faham dengan situasi yang Syafiq hadapi sekarang, dengan sepantas kilat, dia memandu ke destinasi yang ingin Syafiq tuju.

Perjalanan yang agak lama sehinggakan waktu hampir menjelang pukul 7 malam. Setiba di sana Syafiq bertemu dengan rakan karibnya, Ray yang merupakan pekerja di sana.

"Hey bro! Nak minum apa?" Tanya Ray ramah.

"Aku taknak minum." Spontan sahaja dijawab Syafiq. Mood dia sedang kacau bilau sekarang ini.

"Habistu kenapa datang sini?"

"Aku nak cari betina. Ada yang available tak?"

"Wuish mestilah ada. Beratur kot nak kau sekarang ni." Kata Ray, rokoknya dicicip di bibir.

"Bagi aku yang latest." Kata Syafiq.

"No hal bro. Arah sini."

HUTANGWhere stories live. Discover now