page 1

1.6K 45 28
                                    

"kakak mama nak cakap something ni"

"hm apa dia?"

"mama and papa dah enroll kakak kat sekolah yang prestigious kat malaysia ni"

"sekolah apa?"

"kudrat!"

tersedak pancake aku bila terdengar ape yang mama cakap tadi

"what?! kudrat is an boys school ma! no way i taknak pergi" ape benda yang ade dalam kepala mama and papa bila dorang nak enroll aku in an all boys school

aku bangun dari tempat duduk and terus meluru ke bilik tidurku lalu mengunci pintu, stress

"kakak dengar dulu mama nak cakap ni" mama kata sambil mengetuk pintu

"kakak.. bukak pintu ni dulu and bagi mama explain to you ye sayang?" aku termakan pujukan mama dan membuka pintu masih memasang muka masam

aku dibuang dari sekolah lama disebabkan masalah disiplin dan dituduh membuli budak form 3, nonsense

"look, kudrat is a good school you know?" mama kata sambil mengusap kepalaku

"but ma, an all boys school.. takde sekolah lain ke yang mama nak enroll i?" soalku

selepas sesi brainwash antara aku dan mama, aku terpaksa bersetuju dengan pilihan dorang

a week later>>

aku sekarang tengah berdiri di hadapan sekolahnya.. KUDRAT.. not bad.. boleh tahan bersih and cantiknya

"jom mama temankan pergi bilik pengetua?" mama offered as i just nodded

"so.. kami sebelum ni belum pernah menerima pelajar perempuan.. ini kali pertama" tuan yusof menjelaskan kepada mama and papa

aku tengah duduk bersilang kaki sambil scroll instagram

"nama penuh anak cik dan tuan apa ye?" soal tuan yusof

"Engku Qistina Lyanna" papa menjawab dengan ringkas

bila terdengar namaku dipanggil aku mengalhkan pandanganku ke arah mereka dan sambung scroll instagram

"saya dah panggil seorang pengawas untuk bimbing anak awak ke dorm dia" tuan yusof kata

lalu kedengaran bunyi pintu diketuk dan dibuka revealing seorang pengawas lelaki yang tinggi dan segak

"yes tuan yusof?" soal pengawas tu

"naim, saya nak awak tunjukkan qistina dorm dia kat mana and tunjukla sikit sikit pasal kudrat ya?" tuan yusof cakap and naim angguk

"hensem naim ni.. kan kakak?" soal mama sambil memandang ke arah ke

"hmm" balasku

"so kami dah boleh balik dah ke?" papa tanya

"ya ya dah boleh balik mulai sekarang biar kami pihak sekolah uruskan" tuan yusof stated

naim teman aku ke pagar sekolah sebelum mama dan papa pergi

"kakak kat sekolah ni jaga diri tau, belajar rajin rajin" pesan papa dan aku hanya angguk dengan perasaan tak rela

"betul ape yang papa cakap tu.. kakak kata nak jadi lawyer? kena la belajar rajin rajin" mama kata sambil mengusap kepalaku

"ye mama... dah mama ngan papa dah boleh pergi dah, qis boleh jaga diri qis jangan risau" aku kata sambil senyum

setelah mama dan papa pergi, pengawas ni tunjuk dorm aku

"ni dorm awak.. ade bilik air yang tersedia dalam dorm ni and awak akan duduk berseorangan.. since ada bilik air, awak boleh solat dalam dorm je ambik wudhu kat sini je" jelas naim dan aku angguk tanda faham

"ermm boleh tak guna aku kau?" soalku

"fuhh nasib baik kau tanya" naim said gladly

"so boleh la ni?" soalku lagi dan naim mengangguk

"aku balik dorm aku dulu, kalau ade masalah ke sesat ke ape kau boleh tuju ke dorm tuah yang aku tunjuk kau tadi.. kalau kau tak jumpa dorm aku jugak kau boleh tanya amirr" naim explained

"amirr? sape tu?" tanyaku

"dia kawan aku and dia pun pengawas jugak.. senang citer dia tinggi, rambut tak berapa nak ada and dia pakai blazer macam aku ni" naim cakap lalu aku angguk

"ok la aku gerak dulu ok?" naim kata

"okey" balasku

"ouh btw.. selamat datang ke Kudrat, Qistina" naim kata sambil lambai kat aku lalu pergi

"thank you!" jeritku

aku pun melangkah masuk ke dalam dorm tu

hmm besar.. tapi tula berhabuk sikit, bilik air..  hmm boleh la semua function

30 minit berlalu aku akhirnya dah siap kemas dorm dan susun susun barang.. penat wey

aku menghempas badan aku atas katil

"haih.. mulai sekarang, kau dah takde sape sape nak diharapkan.. semua kau kena buat sorang sorang ni kudrat.. bukan stia" bisikku

ape? ingat aku tak pandai? hello, aku sebenarnya bijak pandai jugak tapi tulah dah kenapa tuan awang pergi buang aku dari sekolah.. masalah disiplin tapi dia pun 2X5 je

esoknya>>

loceng sekolah sudah berbunyi tandanya untuk bangun dan mandi

dengan rambut aku dah rupa macam sarang tebuan ni, aku melangkah menuju ke bilik air

dah habis mandi, aku buat la ape benda yang patut.. dan sekarang aku tengah sikat rambut

lalu aku mengikat rambut menjadi ponytail gitu

baru je habis ikat rambut aku terdengar bunyi ketukan pintu, aku pergi ke pintu tu dan bukak pintu tu

"naim, awalnya sampai" ujarku sambil mendongak.. boleh sakit tengkuk aku kalau hari hari pandang dia

"yela.. aku takut kau tidur lagi je" naim kata sambil senyum

"aku dah siap dah pun" ujarku lalu mencapai beg galas aku

"dah jom" naim kata

tengah tengah jalan, aku ade terlanggar seorang lelaki.. aku baru nak mintak maaf tapi dia main jalan je macam jalan ni bapak dia punya

"dah kenapa ngan mamat tu?" bisikku seorang diri

muka dia pun tak nampak sangat sebab dia pun terus jalan kedepan mana mau nya

"eh kau ok tak? sakit ke bahu kau?" naim tanya sambil memeriksa aku sana sini

"aku ok je.. asal mamat tadi tu?" soalku

"ermmm dah sampai kelas dah ni, jom masuk" naim kata sambil senyum

setelah aku dan naim masuk kelas, ada seorang lelaki menyapa kami

"uish naim.. perempuan mana kau bawak ni?" dia tanya sambil pandang aku lain macam

"aku lupa do nak kenalkan kau kat batch.. ni qistina anak dato' mazlan.. dia baru pindah sini" naim jelaskan

"ouhhh... hi aku ayam, selamat berkenalan" dia kata sambil hulur tangan dia di hadapanku

"ayam?" soalku lalu ayam mengangguk.. muka nampak macam pasrah dah

"jangan tanya kenapa, penat aku nak explain lagi sekali" ayam kata

"eh, ha kau duduk kat meja sebelah aku ni, meja ni memang kosong sebab budak sebelum ni dah pindah" ayam kata

aku letak beg aku kat atas kerusi tu dan duduk sambil merapikan rambut aku

ok ni first part, sorry kalau dah berhari hari tak update but now i'm here with a new page for you guys😉

rich rivalsWhere stories live. Discover now