page 20

478 29 15
                                    

"sedap lak air chocolate kau ni" kahar kata

aku punya air, dia buat macam harta sendiri tapi takpe la dia yang bayarkan

"ehem.. bukan air coklet but chocolate frappe"ujarku ringkas

kahar ni walaupun anak dato' tapi sifat kekampungan dia masih ada

aku memang lahir lahir kat KL walaupun kampung aku dekat perak.. well technically kampung parents aku la

"bas sampai lagi 30 minit.. nak buat apa sekarang ni? dah makan kan" kahar kata

"entah duduk jela tunggu" aku kata duduk kat atas kerusi stesen bas ni

"patut la hidup kau boring" bisik kahar tapi aku masih boleh dengar

"apa?"

"tak tak tak takde apa hehe" kahar kata tersengih

kuaja

aku tengah scroll tiktok dan si kahar ni pulak tidur memeluk beg dia

aku pun membuat keputusan yang sangatla bijak iaitu mengambil gambar aib beliau😋

"stiker material" ujarku tersenyum jahat

tunggu punya tunggu akhirnya bas dah sampai

"kahar bangun" aku menepuk lembut bahu kahar

"hmmmm" kahar merungut

liat betul ya si abdul

"kahar bangunlaa" aku kata menggoncang badan kahar

"ya ya aku bangun" dia kata duduk tegak

dengan rambut nya dah macam sarang tebuan

"kau gelak apa sial" soal kahar yang masih mamai

"toing toing toing AHAHAHHAHA" aku serabutkan lagi rambut dia

"bodo punya perempuan" dia menjeling aku sebelum membetulkan semula rambut dia

"eh dah dah jom bas dah sampai dah tu satgi terlepas kang naya" aku kata menggalas beg aku

kami berdua pun masuk dalam bas tu, aku ambik seat yang kat sebelah tingkap dan kahar pulak duduk sebelah aku malas nak gaduh

"bapak sejuk dalam ni" kahar memeluk tubuhnya

yela member berbekalkan muscle tee ngan seluar tiga suku ja

"tula kau" aku kata mengeluarkan satu jaket dari beg baju aku

"pakai ni.. aku bawak satu je tapi aku dah pakai hoodie siap siap" aku menglemparkan jaket tu tepat kat muka kahar

"sakit gila"

"sama sama" aku balas dengan senyuman manis

"cantik pulak perempuan gila ni" ujar kahar dalam hatinya

"kau usya apa?" soalku

"takde ape la" dia kata memalingkan kepala dia kearah lain

aku pun menyumbat airpod dalam telinga aku

Bintang di langit hilang seri
cinta kita sudah tak bersemi
cuma satu yang ku perlukan
bukakan hati aku disini

-Aku disini (Andee Bernadee)

lirik lagu ni membuatkan aku teringat pasal kisah aku dan kahar.. nak kata kisah cinta.. lambat lagi tapi somehow its relatable

sedar tak sedar aku tertidur

rich rivalsWhere stories live. Discover now