Bab 1

2.8K 36 2
                                    

Akhtar Bukhari memandang sayu tanah kubur di kawasan itu.

Rasanya baru semalam dia bergurau-senda dengan Kamila Humaira di mana dia berjenaka akan mendandan anak buahnya seperti badut.

Afkar Bukhari masih merenung batu nisan isterinya dengan tangan menggendong anak kembarnya. Seperti yang dijanjikan, sebaik sahaja usia anak-anak mereka genap enam bulan dia akan bawa bertemu dengan ibu mereka.

"Akhtar.." sapa seorang wanita bertudung shawl.

Dia diam tidak menjawab. Sejujurnya dia agak rimas dengan wanita itu.

Tidak habis-habis cuba meraih perhatian dan perasaannya.

"I'm sorry for what has happen to your family. Mungkin Allah lebih sayangkan isteri adik awak" ucap Ayra Hania seikhlasnya.

"Maybe.. DIA tahu yang adik ipar aku dah banyak kali terseksa and terluka dekat dunia ni" balasnya dingin dan penuh makna.

Dia tidak menyalahkan adiknya atas apa yang berlaku tapi tidak dapat dinafikan yang Kamila Humaira banyak makan hati sepanjang rumah tangga dia dan Afkar Bukhari berlangsung sehingga hembusan nafas terakhirnya.

"Ni saya ada bawa hadiah sikit untuk anak-anak buah awak. Harap awak boleh sampaikan pada Afkar bagi pihak saya" dia menghulurkan sebuah beg kertas sederhana besar kepada lelaki pujaannya.

Akhtar Bukhari menyambut dengan baik. Lagipun itu hadiah Affan dan Ayesha, bukan untuknya. Kalau bagi dia, dah lama dia tolak pemberian itu!

"Terima kasih bagi pihak adik aku" ucapnya.

Ayra Hania mengangguk lalu beredar ke keretanya untuk pulang.

Akhtar Bukhari menghantar pemergian wanita itu hingga ke pintu masuk kawasan kubur. Adab itu penting bukan?

"Jom balik Afkar. Lagipun tak elok budak kecik lama-lama kat kubur" pamitnya.

Afkar Bukhari patuh. Nanti dia akan datang melawat semula bila ada masa.

"Abang balik dulu ye sayang. Nanti abang bawa Affan dengan Ayesha datang lagi" pesan dia dengan senyuman manis.

---------------------------------------------------

"Macam mana dengan adik kamu? Dah okay ke mengelamun macam selalu?" soal Puan Sri Afrina.

Risau dia jikalau keadaan Afkar Bukhari semakin melarat. Semenjak pemergian arwah menantunya, anak bongsunya itu kerap termenung jauh sehinggakan tidak sedar cucu-cucunya menangis kuat.

"Alhamdulillah, nampak makin elok. Mungkin sebab anak-anak dia".

Akhtar Bukhari yakin yang Ayesha dan Affan salah satu sebab adiknya menguatkan diri untuk teruskan hidup tanpa kehadiran isteri tersayang. Siapa lagi mahu jaga anak-anak mereka kalau bukan dirinya sendiri.

Cukuplah Ayesha dan Affan kehilangan seorang ibu. Takkanlah anak-anak itu harus membesar tanpa kasih sayang dari seorang bapa pula?

"Eloklah kalau macam tu. Takdelah mama risau nak biarkan dia jaga Ayesha dengan Affan sorang-sorang. Ni kamu bila nak kahwin? Mama bosanlah takde menantu nak temankan mama... Dulu masa Kamila ada, selalu dia teman mama dekat rumah" keluh ibunya.

"Akhtar takde calon lagilah mama... Lagipun Akhtar kan doktor. Nanti takde masa untuk keluarga. Baik tak payah kahwin" alasannya.

Sudah jemu dia menghadap soalan perihal kahwin. Dia bukan tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga tetapi masih belum ada mana-mana perempuan berjaya menambat hatinya.

Lagipun kerjayanya sebagai doktor salah satu penghalang untuk dia mencari cinta.

"Kerja pun kerja juga, Akhtar. Masa untuk keluarga tu penting.. Kamu ambik pengajaranlah apa yang dah jadi dekat adik kamu. Jangan jadikan kerja tu sebagai alasan untuk tak cari calon isteri. Nikah tu dituntut dalam Islam tau?" tegas Puan Sri Afrina.

Rasanya sudah berbuih mulutnya menasihatkan anak sulungnya yang sorang ini untuk cepat-cepar mendirikan rumah tangga. Ada sahaja alasannya untuk mengelat. Takkanlah Akhtar Bukhari tu ga-

Ya Allah! Minta jauhkanlah dari terkena pada keturunannya. Allah laknat!

"Yelah mama. Kalau ada, adalah. Kalau takde apa boleh buat.." Akhtar Bukhari mengalah.

Takkan menang punya kalau berdebat dengan perempuan!

"No no no, takde alasan. Kalau kamu tak bawa mama jumpa bakal isteri kamu dalam masa terdekat ni, biar mama carikan calon" ugutnya.

Akhtar Bukhari membuat muka toya. Suka hati mu lah mama! Asalkan mama bahagia.

---------------------------------------------------

"Saya minta sampel ujian darah ni hari kan?! Kenapa masih tak sampai hasil ujian tu?" marah Akhtar Bukhari.

Dia paling pantang jika arahannya tidak dipatuhi. Apatah lagi bila masanya dibazirkan dengan menunggu!

"S-saya minta maaf doktor. Harini banyak pesakit buat ujian darah jadi saya terlepas pandan-".

"SELAGI UJIAN DARAH TU TAK SAMPAI KE MEJA SAYA, AWAK JANGAN TUNJUK MUKA DEPAN SAYA!" halaunya.

Sudahlah moodnya hancur gara-gara waktu kerjanya makin bertambah akibat pertukaran doktor. Boleh pula jururawatnya buat hal.

Cepat-cepat jururawat wanita itu bergegas keluar dari bilik Akhtar Bukhari.

"Woo woo, apahal ni bro? Siang-siang hari dah mengamuk macam singa" tegur Ekhwan, seorang pakar bedah Ortopedik.

"Aku benganglah syif aku bertambah 24 jam minggu ni. Memang anjing orang yang petik nama aku" rengus Akhtar Bukhari seraya menyelak rambut lurusnya ke belakang.

"Relakslah, syif aku pun bertambah tapi 12 jam seja hehe" sengaja dia mengapikan sahabatnya itu.

Bukan selalu boleh cari pasal!

Akhtar Bukhari menunjukkan jari tengahnya sebelum membuka dua butang baju atas. Rasa macam makin panas pulak hari ini.

"Kau takde kerja ke? Suka hati mak bapak kau je melepak kat bilik aku".

"Ada but bukan sekarang. Come on bro, aku tahu kau marah bukan sebab syif je. There's something else inside your mind. Spill it out" pujuk Ekhwan.

Mereka sudah berkawan sejak zaman belajar di universiti lagi. Segala benda dia tahu termasuk bunyi kentut Akhtar Bukhari.

"Mama aku lah, tak habis-habis cakap pasal kahwin. Dia ingat aku ada masa ke untuk benda-benda macam tu. Buang masa jelah" rungutnya.

"Aih, tak habis lagi ke? Aku rasa mama kau takkan berhenti selagi kau tak kahwin. Takkanlah takde calon lagi bro. Ke... Kau je yang memilih~".

Akhtar Bukhari mendengus. Cakap memang senang tapi dia paling malas melayan perempuan. Bazir masa dan tenaga.

"Aku takde masa lah untuk perempuan. Banyak lagi kerja berfaedah dari sibuk nak beristeri bagai!" tolaknya rimas.

"Then memang mama kau takkan berhenti lah push kau. Kahwin je pun. Kenapa kau takut sangat? Ke kau risau yang-".

"Apa jadi dekat adik aku takde kaitan dengan situasi aku" potong Akhtar Bukhari.

Hal rumah tangga Afkar Bukhari tidak membuatkan dia terkesan untuk mendirikan rumah tangganya sendiri.

"Then kahwin jelah. Apa jadi after kahwin tu nanti-nanti jelah kau fikir. Fokus cari isteri dulu. Takkanlah takde orang nak kau. I mean maybe dekat hospital ni takdelah sebab kau kan baran nak mampus tapi dekat luar tu of course lah ada" cadang sahabatnya.

"Cakap memang senang tapi yang menghadapnya aku!" decit Akhtar Bukhari.

Mana dia nak cilok bakal isteri? Dia tidak mahulah terima mana-mana wanita seadanya. Itu baik pakai buang sahaja!

---------------------------------------------------

Untuk Sekali dan SelamanyaWhere stories live. Discover now