"Akhtar? Hey tunggulah kejap!" kejar Ayra Hania.Kaki panjang sangat Akhtar Bukhari.
"Kau nak apa Hania?" soalnya bosan.
Rasanya sudah berbuih mulut dia menyatakan yang dia tidak suka dan tidak akan dapat membalas rasa cinta wanita itu. Namun, Ayra Hania seperti tidak mengenal erti mengalah atau putus asa.
"I nak ajak you lunch sekali, come join me. I tahu you tengah rehat sekarang ni so no excuse" pamit Ayra Hania beserta paksaan.
Dia sudah lali dengan taktik dan alasan lelaki itu untuk mengelak dari meluangkan masa bersamanya.
Entah apa yang kurang pada dirinya sampai Akhtar Bukhari langsung tidak memandangnya walaupun dengan sebelah mata.
"I want a privacy. Don't you get it? And for your information, aku tak makan dengan perempuan. Fahamkan maksud ikthilat tu dulu sebelum nak tuduh aku bagi alasan" tolak Akhtar Bukhari dengan sindiran sinis.
Ingat dia Romeo? Lelaki green flag bermulut manis yang mampu mencairkan readers-readers yang sedang membaca Wattpad? Oh tidak sama sekali. Sesungguhnya mulut dia lagi laser daripada mulut mak cik bawang di luar sana!
"Look, I bukannya ajak you makan di tempat tersembunyi pun. Just dekat kafe, tempat awam and terbuka. Kalau you tak selesa, you boleh ajak kawan lain untuk teman you lunch dengan I" pancing wanita itu.
Akhtar Bukhari menghela nafas lelah. Nampaknya, wanita itu tidak akan berhenti melainkan dia ikut permintaan Ayra Hania. Dia berpaling dan meneruskan langkahnya yang terhenti.
Wajah Ayra Hania bertukar muram. Susah sangat ke permintaan dia?
"Cepatlah! Kau tercegat apa lagi? Naik kereta aku" jerkah jejaka pujaannya dengan wajah menyampah.
Terus terukir sebuah senyuman manis. Senyuman gembira.
"Okey!".
---------------------------------------------------
"Makanlah Afkar, monyok depan rezeki kenapa?".
"Aku risaukan anak-anak aku lah. Diorang mana boleh berenggang lama-lama dengan aku" rungut Afkar Bukhari.
"Mama kan ada jaga diorang. Nanti apa-apa mama call lah tu. Dah makan cepat" gesa Akhtar Bukhari lalu menyambung makan.
Sengaja dia mengheret adiknya untuk temani dia makan tengahari dengan Ayra Hania. Lagipun, mereka berdua jarang meluangkan masa bersama sejak pemergian Kamila Humaira.
"Kau pun makan cepat. Aku nak kena masuk kerja balik pukul 2 suku nanti" arahnya kasar pada Ayra Hania.
Bukan dia tidak perasan wanita itu sengaja makan lambat supaya lagi lama dia berada di situ.
"Ish sabarlah! You tak nampak ke I tengah mengunyah ni" rengus dia.
Dia mencepatkan makannya jua memandangkan Akhtar Bukhari ada kerja lagi. Dalam diam, dia kagum melihat sikap ambil tahu lelaki itu kepada adiknya sendiri.
Dia sudah sedia maklum sengketa yang pernah terjadi antara Akhtar Bukhari dan Afkar Bukhari semasa rumah tangga adiknya goyah gara-gara orang ketiga. Dari mana dia tau, itu biarlah rahsia~
"Lepasni jangan ajak aku keluar makan time hari kerja. Aku tak suka. Aku letakkan comitment yang tinggi dalam pekerjaan aku. Bukan setakat makan gaji buta" tekannya.
Dia malas mahu membazirkan masanya melayan kerenah Ayra Hania yang kadang-kadang mencabar kesabarannya. Mereka bukannya ada apa-apa hubungan istimewa pun.
"Apa kau ni .. cakap kasar dengan perempuan, Akhtar... Perangai tak berubah langsung" keluh Afkar Bukhari.
Dia sendiri tidak tahu apa masalah abangnya sampai susah sangat nak menggunakan bahasa yang lebih sopan dan lembut.
Akhtar Bukhari menjulingkan matanya. Suka hati dialah! Mulut dia bukan mulut orang lain.
"It's okay Afkar, I tak ambik hati. By the way, how's Ayesha and Affan? Mesti dah makin besar kan diorang?" soalnya riang. Sudah lama dia tidak menjenguk si kembar itu.
"Alhamdulillah dah makin besar dan sihat. Kalau ada masa lapang bolehlah jenguk diorang. Biasa time kerja aku tinggalkan diorang dekat rumah mama and papa" jawab Afkar Bukhari.
"Nanti I datang ye, rindu lah dengan diorang! Oh ye, I lupa nak bagi something dekat you. Ni hasil kutipan sedekah untuk anak-anak you. Rezeki anak yatim" Ayra Hania menghulurkan satu sampul berisi wang.
"Bila kau buat semua ni?" bukan Afkar Bukhari tetapi Akhtar Bukhari yang menyoal.
"Dua minggu after Kamila meninggal. Asalnya mama yang usulkan idea ni. Sebab arwah pernah risau pasal kebajikan Ayesha and Affan semasa dia masih hidup" jawapan Ayra Hania meruntunkan jiwa Afkar Bukhari.
Sampai tahap macam itu isterinya berfikir. Teruknya dia sampai Kamila Humaira tidak yakin pada dia untuk menjaga anak-anak mereka!
"Afkar.. You janganlah fikir bukan-bukan. Arwah Kamila buat macam tu sebab dia tak nak you rasa terbeban jaga diorang sorang-sorang" pujuk Ayra Hania setelah perasan riak wajah lelaki itu berubah mendung.
Afkar Bukhari tersenyum kelat. Akhtar Bukhari lantas meramas lembut bahu adiknya, cuba memberi sokongan moral.
"She's a great woman, bro. That's why dia prepared semua ni. How luck you are" puji Akhtar Bukhari.
Adiknya mengangguk setuju. Kuatnya seorang Kamila Humaira sehingga masih mampu menjalankan kewajipannya sebagai seorang ibu iaitu menjaga kebajikan si anak walaupun sudah tiada di dunia.
---------------------------------------------------
"Arghh~ finally" Akhtar Bukhari merenggangkan otot tubuhnya.
Rasa berkematu punggungnya duduk lama di kerusi ofis. Tinggal satu lagi kerja, memeriksa keadaan pesakitnya sebelum menamatkan syif kerjanya untuk hari ini.
"Assalamualaikum, puan. Macam mana hari ni, okay tak? Ada rasa tak selesa dekat mana-mana?" sapanya lembut kepada pesakit warga emas perempuan.
"Waalaikumussalam nak. Lama tak nampak. Alhamdulillah, acik rasa makin sihat. Cuma bila boleh tanggal ni?" mulut tuanya memuncung pada tangannya yang bersambung dengan tiub air.
Akhtar Bukhari tertawa kecil. Sudah biasa dia dengan soalan seperti itu. Sememangnya itu perkara biasa merasa tidak selesa dan bengkak semasa disalurkan air ke dalam darah.
"Kalau esok puan makin sihat, kita boleh cabut. Tapi puan kena janji dengan saya yang puan akan jaga makan and elakkan buat kerja berat" jawabnya.
Wanita tua itu dimasukkan ke dalam ward kerana masalah penghadaman gara-gara tidak pantang makan. Bila makin tua ini, banyak benda nak kena jaga lagi-lagi pola pemakanan.
"Aih, lama lagi nak tunggu esok" rungutnya perlahan.
"Alah kejap je tu puan, nanti apa-apa inform dekat nurse. Esok saya datang cek lagi" pujuk Akhtar Bukhari sambil mengemaskan kain selimutnya.
Dia berlalu pergi setelah memeriksa rekod yang ditulis oleh jururawat.
Teringat dia pada ragam mamanya ketika tidak sihat. Manja dan sentiasa mahukan perhatiannya.Oh mama! Rindunya daku padamu. Tunggulah kepulangan anak mu yang encem yini.
Cepat-cepat dia punch card lalu bergegas ke parking kereta. Katil sudah memanggil kehadiran tubuh gagah perkasanya.
---------------------------------------------------
Makin hambar tau tu, sebab tak sampai chapter best lagi (lepas kahwin)
Sabar jelah eh
YOU ARE READING
Untuk Sekali dan Selamanya
Romance#Sambungan The Chosen Wife# Akhtar Bukhari X Ayra Hania All right reserved ©Cerisay ------------------------------ #🔞🔞 Strong language Mature content Slight of bdsm content Cliche