PART 22

3 1 2
                                    

Semakin bertambah Hari semakin penat rasanya membawa si kecil ni Di dalam perut..
"Aisyah sini jap.."
Aku berjalan menuju ke arah ibu mertua Ku
Aku menumpang rumah mertua Ku sementara ayden Ada Kerja Di luar daerah
"Kenapa mak?"tanyaku lembut
"Marilah duduk kat mak..Kita berbual-bual Ker"
Aku mengangguk..pantas Aku duduk Di sebelah ibu mertua Ku
"Mak nak tunjuk lah album gambar ayden kamu nak tengok"
Aku mengangguk lagi..bila lagi mahu melihat gambar-gambar suami masa kecil
Kalau harapkan ayden mesti dia tidak mahu tunjuk aib katanya
Ibu mertua Ku bangun membawa satu album berwarna kuning lembut
Satu persatu gambar ayden ditunjuk
"Ni masa ayden Lima tahun dia jatuh Dalam longkang depan rumah tapi bila orang nak ambil gambar boleh lagi dia peace"
Aku tertawa mendengar citer tersebut
"Ada lah bahan nak kenakan si ayden nanti" fikirku
"Tengok ni..gambar ayden masa kat tadika"
"Comel.."kataku
Mak ketawa
"Ni masa dia sekolah rendah..masa ni ayden dah masuk taekwondo.."
"Awalnya..Aisyah pun masuk masa sekolah menengah.."
Mak mengangguk
"Tapi yelah bila main sukan cam ni mesti pernah injured.."kata ibunya sambil membuka halaman seterusnya
"Ayden masuk hospital sebab bahu dia injured..teruklah jugak sampai kena operate..masa ni dia baru umur 10 tahun.."
"Ohh patutlah ayden Ada parut kat bahu kanan dia"kataku
Selama ni bila aku Tanya pasal parut tuh mesti ayden reka alasan mengarut
Dia Naik Kuda lepastuh lawan pedang dengan Indiana Jones lah..
Alien bagi tanda sebab dia eksperimen teragung lah
Dia Luka masa lawan dengan raksasa Dalam citer ultraman lah
Haishhh tinggi betul lah imagination laki Aku ni..
"Ni Pula masa dia sekolah menengah.."
Aku melihat lencana sekolah tersebut
"Eh ni sekolah menengah Aisyah ni.."
"Yer Ker..sekolah menengah angkasa Raya?"
Aku mengangguk
"Tapi Aisyah sekolah Kat situ sekejap jelah..sebab lepastuh Aisyah pindah sekolah.."terangku
"Berapa tahun Aisyah sekolah Kat situ.."
"Dua atau tiga tahun rasanya.."
Mak mengangguk sambil Terus membuka helaian seterusnya
Aku terpandang gambar ayden dengan seorang wanita Yang familiar
"Mak..ni siapa?"
"Oh ni Mila..ex-girlfriend ayden"
Zapp
Aku terkedu
"Lama Ker Mila dengan ayden couple.."tanyaku
"Lama lah jugak.."
Aku menunduk
"Tapi mak tak suka dia.."
Aku mengangkat kepalaku kembali
"Kenapa pulak..bukan Ker ayden sayang dia..mesti lah mak Akan suka dia jugak.."tanyaku
Mak mengusap kepalaku
"Setiap emak Dalam dunia ni Akan selalu mengharapkan Yang terbaik untuk anak-anak dia.."
Aku mengangguk
"Begitu jugak dengan mak.."
"Mila Dan ayden dah lama couple tapi mak tahu ayden tak bahagia sya..tak Sama macam masa ayden duduk dengan Aisyah.."
"Aisyah tak faham mak.."
"Mak tahu masa ayden couple dengan Mila dia selalu sedih..Mila tak pernah hargai ayden..mak orang tua Aisyah..mak dah makan garam dulu berbanding kamu berdua.."
"Lagipun selepas beberapa lama masa berlalu Mila tinggalkan ayden..dia pergi tinggalkan ayden dengan alasan membawa diri..balik-balik bukan Cari ayden dulu malah datang dengan status tunang orang.."
Aku terdiam..
Kalau itu Yang berlaku kenapa sekarang dia kembali dengan tujuan menuntut kembali hak dia..bukankah dia Yang tinggalkan ayden..
"Aisyah.."
Aku memandang wajah mertuaku Yang sudah Ku anggap seperti ibuku jugak
"Walau apa Yang berlaku..Aisyah kena ingat ayden sayang Aisyah tau..mak tak pernah tengok ayden sayang perempuan cam mana dia sayang Aisyah.."
"Jaga elok-elok suami Dan anak Aisyah..Kita sebagai perempuan tuh harta Yang bernilai untuk Kita..selagi mana mereka tidak mengajak Dan menyuruh ke arah kemungkaran Dan mendatangkan mudarat kepada kita"
"Baik mak.." balasku
Aku menatap Mata mak..suatu suara kecil memenuhi diriku
Kau sudah berjanji Aisyah..
Untuk menjaga keluarga mu ini..
Si kecil Ku sayang Kau menjadi saksi janji Yang dibuat oleh sang ibumu ini..
Dan semoga Kau tahu betapa sang ibumu ini menanti kelahiran mu Dan berharap Kau menjadi manusia Yang baik untuk agama mu, keluarga mu Dan orang Di sekitarmu
Betul kata mak..
Setiap ibu mahukan Yang terbaik untuk anaknya
Begitu jugak dengan Aku sekarang..




MY SKYWhere stories live. Discover now