EA: [48]

813 34 2
                                    

"Sayang, I'm sorry okay?" Ezra ketawa sambil mengelap rambut Athalia yang kebasahan manakala gadis itu masih lagi menggigil akibat sejuk.

Ya!

Ezra sengaja mencampakkan badannya ke dalam tasik itu bersama Athalia di dalam dukungannya.

Jahat? Iyalah! Dia kan Daniel Ezra!

Dah bosan sangat jadi manusia sampai diajaknya Athalia untuk jadi ikan bersama-sama di dalam tasik.

Sedang Athalia terkapai-kapai, boleh pula Ezra ketawa lalu diangkatnya pula Athalia ke tebing sehingga menggigil gadis itu kerana takut dan sejuk.

Ingat sweet la tu? Macam minta kaki je perangai.

"Sayang." Panggil Ezra perlahan namun Athalia langsung tidak menoleh. Masih geram sebenarnya dengan perangai Ezra.

"Apa sayang-sayang? Nak penampar?" Ujar Athalia dengan penuh amaran membuatkan Ezra ketawa kecil di belakang isterinya.

Sedang dia mengelap rambut Athalia, sesekali dia mencuri pandang ke arah riak air muka gadis itu melalui pantulan cermin di hadapan mereka.

Ezra meletakkan dagunya di atas bahu Athalia membuatkan gadis itu tersentak sedikit dengan tindakan suaminya.

"I love see you being mad like this. Sexy, mo gradh. Dangerous but tempting yet intimidating." Bisik Ezra lalu telinga Athalia dihembusnya perlahan.

Athalia segera menutup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tangan namun sempat dihalang oleh Ezra.

Kedua-dua belah tangan tersebut ditolaknya perlahan ke bawah sebelum Ezra tersenyum manis ke arah pantulan mereka pada cermin itu.

"Don't cover your cherry face, mo gradh. Let me see you blushing over my words." Ujar Ezra dengan perlahan membuatkan wajah Athalia membahang.

Dunia seakan-akan berhenti dari terus berputar dan masa bagaikan seakan-akan terhenti.

Iris coklat pekat itu galak merenung tepat ke arah pantulan iris hitam pekat itu membuatkan Athalia terlupa untuk bernafas buat seketika.

Alamak! Makhluk apa yang rasuk suaminya ini? Hantu tasik ke?

Itu lah, tengah hari buta main dekat tasik siapa suruh? Kan dah kena sampuk!

Athalia menoleh memandang ke arah suaminya yang sudah bangun dari duduknya di birai katil tadi lalu menuju ke arah almari yang berada di dalam bilik itu.

Matanya mula menerawang ke segenap pelosok bilik itu. Dekorasi dalamannya dihias untuk menaikkan aura seperti sebuah bilik yang normal.

Bukannya seperti bilik-bilik yang berada di dalam kediaman Dela Cruz di mana setiap bilik dilengkapi dengan sebua katil king size yamg berlapikkan cadar satin bersulam yang mahal.

Tak lupa juga, dihias dengan gaya vintage Scottish membuatkan Athalia kadang-kadang berasa tidak selesa untuk terus menetap di situ.

Tetapi, bilik ini nyata jauh berbeza. Bilik ini dihias seperti bilik untuk seorang yang mahukan kehidupan yang biasa.

Yang jauh lebih normal dan tidak seperti mahu menikmati kehidupannya yang jauh lebih mewah.

Susah untuk Athalia ceritakan tetapi bilik itu sangat selesa dan bagaikan berada dalam rumahnya sendiri.

"Nah, sayang. Rasanya muat." Ujar Ezra lalu sepersalinan baju baharu diberikan kepada Athalia.

Athalia menyambut baju itu lalu terus menukar pakaiannya sambil mata merenung tepat ke arah Ezra membuatkan Ezra mengangkat keningnya.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now