EA: [40]

874 36 2
                                    

Hari menginjak petang apabila Athalia keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu.

Sunyi sahaja, entah kemana semua orang menghilang, dia sendiri tidak pasti.

Buat seketika dia mengetuk kepalanya sendiri dengan perlahan. Terlupa pula dia.

Sudah pasti suaminya itu keluar dengan tunangnya dan Datin Sri Amanda untuk mencuba baju perkahwinan mereka.

Apabila diingatkan hal itu, hatinya kembali sakit. Dia sebolehnya cuba melupakan segalanya namun tidak boleh lalu dia berjalan menuju ke arah dapur.

Dilihatnya Mak Yam sedang menguli tepung membuatkan Athalia teruja buat seketika.

"Mak Yam buat apa?" Tanya Athalia membuatkan wanita berusia itu tersentak lalu mengurut dada.

"Allahu, Athalia. Cuba lah bagi salam dulu. Dah macam Elle dah kamu ni, suka bagi Mak Yam terkejut." Bebel Mak Yam membuatkan Athalia ketawa kecil.

"Hehehehe sorry." Ujarnya lalu dia berjalan menghampiri Mak Yam sebelum hidungnya tercium bau yang agak manis.

"Sedapnya bau! Mak Yam buat manisan apa?" Tanya Athalia lagi. Mak Yam tersenyum mendengar pujian itu lalu membawa sebuah dulang dan diletakkan ke atas meja.

"Macaroon, untuk minum petang Datin Sri nanti. Kamu nak rasa?" Tanya Mak Yam lalu Athalia pantas sahaja mengangguk.

Seketul macaroon strawberry diambilnya dari dalam dulang lalu disuapkan ke dalam mulut Athalia sehingga mata gadis itu terpejam.

Dia mengunyah manisan itu dalam diam sebelum matanya dibuka semula bersama sengihan lebar.

"Manisnya! Pandai Mak Yam buat!" Puji Athalia lagi membuatkan Mak Yam senyum.

"Ish, biasa je lah ni. Tak sehebat dengan buatan Perancis punya." Ujar Mak Yam.

"Alah Mak Yam ni. Saya jamin kalau Mak Yam pergi sana, habis semua kedai tutup sebab takut nak lawan Mak Yam punya macaroon." Usik Athalia membuatkan Mak Yam ketawa kuat.

"Ada-ada je lah kamu ni, Athalia." Mak Yam sambung mengacau putih telur itu sehingga sebati sambil dipandang dengan penuh minat oleh Athalia.

Khusyuk sangat dia tengok membuatkan Mak Yam ketawa sebelum akhirnya dia berhenti.

"Kamu nak cuba buat?" Soal Mak Yam membuatkan Athalia tersengih. "Boleh ke? Ni kan untuk minum petang nanti?" Tanya Athalia pula.

Mak Yam mengangguk, memberi kebenaran.

Athalia dengan bahagianya mengambil alih posisi Mak Yam lalu tangannya ligat mengacau putih telur tersebut.

Seronok bukan kepalang dia dapat membuat manisan itu bersama Mak Yam.

Masanya pada petang itu dihabiskan dengan berada di dapur sambil bercerita dengan Mak Yam.

"Haih, anak Mak Yam pun sebaya kamu rasanya tapi dia tak berminat nak buat semua ni." Ujar Mak Yam dengan nada sayu membuatkan Athalia rasa tertarik untuk mendengar kisahnya.

"Dia selalu pesan supaya Mak Yam berhenti kerja tapi Mak Yam berdegil. Bukannya Mak Yam kerja sebab gaji yang Datin Sri beri tapi sebab Mak Yam dah selesa. Dengan kerja inilah Mak Yam dapat tanggung pembelajaran dan sara hidup dia selama ini. Lagipun, Mak Yam dah sayang Danish, Danny dan Elle macam anak Mak Yam sendiri." Tambahnya lagi.

Athalia yang mendengar cerita itu hanya mengerutkan dahinya. "Siapa Danish?" Tanya Athalia membuatkan Mak Yam terkebil-kebil buat seketika.

"Ouh, dia putera sulung keluarga ni. Abang kepada Danny dan Elle. Dah lama dia tak balik sini." Ujar Mak Yam membuatkan Athalia mengangguk faham.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now