12

158 31 77
                                    

Hyerin tersenyum lebar hari ini.

Kerana dia sedang keluar bersama Jeongwoo.

Dan yang paling menggembirakan, oppa nya memberikan keizinan dia keluar bersama Jeongwoo!

"Awak sejuk ke?" tanya Jeongwoo prihatin.

"Tak."

"Jom kita tengok wayang." ajak Jeongwoo.

"Jom." kata Hyerin sambil memeluk lengan Jeongwoo.

Mereka berdua pergi menonton wayang, makan bersama, dan pergi ke funfair.

Jeongwoo sengaja ingin mencipta kenangan manis bersama Hyerin.

Sebelum mereka berpisah.

Walaupun Hyerin tidak akan mengingati memori indah ini, biarlah Jeongwoo yang mengingatinya.

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam.

Mereka berdua kini berada di dataran.

Mereka ingin melihat persembahan bunga api sempena tahun baru yang bakal tiba pukul 12 malam nanti.

Biarlah pada saat-saat terakhir tahun ini Jeongwoo meluangkan masanya bersama dengan Hyerin.

Tepat pukul 12 tengah malam, mereka akan berpisah.

Tahun baru tanpa Hyerin.

Orang ramai yang berada di dataran mula mengira saat tibanya tahun baru.

5!

4!

3!

2!

1!

Mereka semua mendongak ke arah langit.

Sangat cantik.

Dihiasi dengan beribu-ribu bintang dan percikan bunga api.

Jeongwoo menatap wajah Hyerin yang sedang tersenyum sambil memandang langit.

Jeongwoo mencuit bahu Hyerin.

"Ya?"

Jeongwoo menatap lama wajah cantik milik Hyerin.

Gadis itu sedang tersenyum.

Inilah kali terakhir dia kan melihat senyuman dari wajah cantik ini.

"Kita putus."

Senyuman Hyerin perlahan-lahan semakin pudar.

"Saya tak suka awak. Jujur saya katakan, saya benci awak."

Hyerin mula merasakan matanya semakin panas.

Seakan-akan ada cecair yang akan turun dari situ.

"T-tapi sebelum ni awak kata, awak suka saya? Sekarang ni kenapa?" soal Hyerin. Nafasnya sudah mula tidak teratur.

Tolonglah, ini semua mimpi!

"Saya tahu awak ada penyakit. Short-term memory."

"Jadi? Sebab tu je awak nak kita putus?"

Jeongwoo mengangguk. "Awak ingat, saya akan terima perempuan yang berpenyakit macam awak? Awak sedar tak yang awak akan menyusahkan saya satu hari nanti?" sinis Jeongwoo bertanya.

Air mata Hyerin jatuh. Semudah itu Jeongwoo meninggalkannya?

Semudah itu Jeongwoo menghinanya?

"Jadi, gunakan penyakit awak untuk lupakan saya." Jeongwoo berlalu meninggalkan Hyerin di dataran.

Hyerin masih lagi terkaku. Tahun baru yang sangat menyedihkan bagi dirinya.

Disaat orang ramai sedang bergembira meraikan tahun baru, Hyerin bersendirian menangis di dataran ditemani oleh bunyi bunga api.

[ √ ] memory.Where stories live. Discover now