33- Fragile Love

583 18 0
                                    

"BUT I guess you wouldn't mind seeing me for another semester, right? Dalam erti kata lain, Dr Shahmi asked you to have a vacation and kalau Naila risau takut pelajaran tertinggal, ulang semester. Hence, you won't graduate this year". Terang Jibril panjang lebar.

Sebenarnya mereka sedang membincangkan perihal percutian mereka ke Kedah pada minggu hadapan. Afra runsing dengan kelas-kelas yang bakal dia tinggalkan disebabkan oleh percutian ini. Lagipun, ini ialah tahun terakhirnya.

"Wait, this isn't what I agree to. Naila taknak ulang sem. Naila taknak duduk dekat kolej tu for another year just for a damn vacation!". Perbincangan ini menjadi semakin hangat apabila Afra secara tidak sengaja meninggikan suaranya kepada Jibril.

"It is not a 'damn vacation', Naila. Sayang sakit, doktor sayang cadangkan untuk sayang pergi bercuti dan kalau sayang taknak repeat sem sekalipun... It wouldn't be a problem, abang boleh tanggung Naila".

"Ya Allah, abang tak faham. Naila ada cita-cita, Naila nak graduate. Naila nak kerja". Tegas Afra lagi. Semakin panas pula rasanya apabila dia terpaksa bangun daripada birai katil itu.

"Then repeat the sem".

"Senang la abang cakap kan? Bukan abang yang kena ulang. Besides, my friends wouldn't be around. Naila dah takde siapa-siapa nanti--".

"Abang ada. Abang ada, Naila". Jibril cuba untuk memujuk isterinya dengan memegang tangannya namun ditepis perlahan oleh Afra. Dia memegang rambutnya sendiri. Fikirannya sedang berserabut sekarang.

"No, it is different and wouldn't understand".

"Bagitahu abang, apa yang abang tak faham. Semua yang abang buat untuk Naila adalah untuk kebaikan Naila sendiri. You are sick and you need a vacation".

"I AM NOT SICK!". Tiba-tiba sahaja suara Afra menaiki oktaf tertingginya. Tadi, cuba lagi dia kawal memandangkan mereka masih berada di rumah keluarga Jibril. Namun sekarang, dia sudah tidak tahan. Dia runsing! Dia stres!

Mata Afra tajam menikam kedua retina milik Jibril. Dia berharap yang Jibril akan memahaminya. Jibril ialah harapan terakhirnya.

Lelaki itu mengeluh kecil sebelum berkata perlahan,
"We are still going".

"No, Jibril. I don't want to". Keputusan Afra itu membuatkan Jibril meraup kasar wajahnya. Dia sudah kehabisan idea untuk memujuk isterinya yang agak degil itu. Bukan agak degil dah ni, ini memang degil namanya.

"Naila, dengar cakap abang ya?". Kakinya melangkah menghampiri Afra. Tangannya sekali lagi cuba untuk mencapai kedua tangan wanita itu tetapi sekali lagi ditepis. Kalini lebih kasar daripada tadi.

"No, I don't want to! Abang selalu cakap Naila ni sakit. Naila tak sakit! You always treat me like some kind of fragile woman and Im tired of it!". Air matanya perlahan-lahan menitis. Entah kali ke berapa diperkatakan begini, namun dia begitu penat dengan semua ini. Dia pernah juga terfikir untuk mengakhiri semuanya.

" You are a fragile woman, Afra Naila Qhadija. That's why Im here".

Situasi di dalam bilik itu tiba-tiba sahaja menjadi janggal. Senyap sunyi. Tiada lagi terdengar suara Afra melawan sebaik sahaja selesai ayat terakhir Jibril itu dituturkan.

Tidak mampu lagi untuk berkata apa-apa, Afra naik semula ke atas katil dan tidur dengan gaya meringkuk. Air mata yang tadinya mengalir, dilap kasar. Dia penat, dia mahu tidur.

Beberapa minit kemudian, terdengar tapak kaki menghampiri her side of the bed.

"Abang keluar sekejap ya, sayang. Goodnight". Jibril mengakhiri kata-katanya dengan mencium lembut bibir isterinya lalu berdiri dan mengambil kunci kereta yang tergantung di tempat gantung kunci di sebelah pintu bilik itu dan berlalu pergi.

[BOOK 1] NAILA ||©Where stories live. Discover now