Epilog

1.5K 39 7
                                    

"AFRA, baru balik daripada hantar Luth ke?". Kedengaran suara Puan Aliyah tatkala Afra baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah mertuanya itu membuatkan si wanita tersenyum sambil mengangguk.

"Afra tak kerja harini?". Tanya Puan Aliyah lagi seraya menepuk-nepuk tempat kosong yang ada di sebelahnya di sofa empuk itu. Barangkali ingin menyuruh Afra untuk duduk di situ.

Dan Afra turutkan sahaja.

"Afra tak kerja harini. Saja ambil cuti sebab rasa macam nak demam. Abang Emiir mana?". Selalu aje Afra tanyakan soalan itu setiap kali bersua muka dengan Puan Aliyah membuatkan wanita tua itu tersenyum lebar.

"Amboi, terus tanya Em ni... Kenapa? Dah jatuh suka ke?".

Puan Aliyah faham jika Afra ingin membuka hati kepada lelaki yang sudah banyak menolong dan menyokongnya itu; Emiir Malique. Lagipun, sudah tiga tahun berlalu semenjak pemergian Jibril buat selamanya daripada dunia ini. Dia faham jika wanita itu berasa kesunyian.

(a/n: i did some research)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(a/n: i did some research)

"Mana ada la, mama... Afra tanya sebab Luth nanti balik sekolah mesti nak jumpa uncle favourite dia tu. Afra takut Abang Emiir sibuk aje...". Afra tersenyum kekok tapi sungguh... Dia tidak pernah menyukai Emiir lebih daripada seorang abang ipar. Afra hargai hasrat yang pernah dinyatakan oleh jejaka itu yang ingin mengahwininya setahun yang lepas tetapi tidak... Dia tidak sanggup untuk menggantikan tempat Jibril di hatinya dengan orang lain dan Emiir faham akan hal itu. Maka, sampai sekarang la Emiir tu membujang. Umur sudah masuk 40-an.

"Haih... Iya la, sayang... Ini, mama ada nak bagi sesuatu dekat Afra memandangkan dah nak dekat satu dekad semenjak Afra tak hidup dengan arwah Edirne". Yela, enam tahun Jibril di penjara + tiga tahun setelah kematian bekas suaminya itu. Sudah hampir masuk tahu ke sepuluh.

"Bagi apa tu, mama?". Tersekat sedikit suara Afra setelah mendengar nama Jibril yang keluar daripada mulut ibu mertuanya itu.

"Ini...". Sebuah buku catatan dikeluarkan daripada bahagian belakang wanita tua itu. Buku catatan yang sudah kelihatan agak lama dengan tepiannya sudah bertukar menjadi warna kekuningan.

"Apeni, mama?".

"Afra ambil dulu. Naik bilik, baca satu-satu". Sejurus selepas Afra menyambut pemberian ibu mertuanya itu, Puan Aliyah terus mengusap bahagian tepi kepala wanita itu sembari tersenyum pahit. Wajahnya bertukar sugul. Tubir matanya berair.

"Mama... Kenapa ni? Kenapa mama nak nangis ni?". Ya, Afra risau melihat perubahan drastik emosi Puan Aliyah.

"Afra naik ya?".

Setelah berfikir sebentar, Afra akhirnya mengikut sahaja kata Puan Aliyah lalu melangkah ke biliknya yang berada di tingkat atas setelah mencium kedua tangan tua yang suam itu.

[BOOK 1] NAILA ||©Where stories live. Discover now