Arissa: eh, awak rupanya Kim! Lama tak jumpa. Apa awak buat kat sini? (gembira)
Kim: saya datang sebab saya dengar kalau awak ada kat sini jadi saya datanglah. Awak nak ke mana tu?
Arissa: saya nak ke jumpa ejen Dayang, saya ada sesuatu nak cakap dengan dia.
Kim: oh, kebetulan saya pun nak jumpa dengan ketua teras. Jom pergi sama².
Arissa: jom.
Arissa: ohyer, awak cakap dulu awak nak berhenti dari jadi ejen tapi tak sangka pula awak masih jadi ejen sampai sekarang.
Kim: erk, sa......saya ubah fikiran. Yelah bila fikir balik, kita dah berlatih beberapa tahun dan takkan nak sia-siakan bakat kita ni kan? Jadi saya buat keputusan untuk teruskan jadi ejen. Macam mana pula dengan korang berdua? Awak berdua dapat jadi super ejen termuda dan ejen dengan teras terbanyak tapi awak berdua buat keputusan untuk keluar dari MATA dan sekarang kita berjumpa disini.
Arissa: saya sebenarnya tak rancang pun nak kembali pada MATA, kalau Boboiboy saya tak tahu. Kami berdua sekarang ada kuasa dan kami sertai satu organisasi untuk menyelamatkan alam semesta dan selamat power sfera.
Kim: biar betul! Apa nama organisasi tu?
Arissa: nama dia........TAPOPS! Tracker And Protector Of Power Spheras.
Kim: o...oooh, faham.
Arissa: saya datang kesini sebab kami dapat kesan ada power sfera dekat kawasan Cyberaya ni. Baru² ni kami ada jumpa tapi ada alien yang ganggu kami dan tak sangka kalau dia dah tangkap tiga power sfera yang lain. Kami kesan kalau mereka masih ada dekat Bumi ni tapi tak tahu mana lokasi mereka. Jadi sebab tulah saya dan Boboiboy secara tak langsung terjumpa dengan ejen MATA yang lain.
Kim: kerja awak berdua tak pernah senang ye.
Arissa: nampaknya macam tulah. Tak sangka pula dah sampai pintu bilik ketua teras.
Kim: kita banyak sangat berborak sampai tak sedar kalau dah sampai.
Arissa: hehehe, betul tu.
✨✨✨
K.Kokoci: bantuan akan sampai kat tempat korang tak lama lagi. Kita mesti tangkap alien tu tak kira apa pun, FAHAM!?
All kec Kaizo: fa.....faham komander.
Kaizo: ceh, perlu ke?
K.Kokoci: perlu sangat², kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti. Kemungkinan besar manusia biasa tak boleh selesaikan perkara ni.
Gopal: erm komander, sebenarnya bahaya sangat ke diorang tu sampai kita macam ni sekali?
L.Tarung: korang mungkin tak tahu kecuali Kaizo dan Fang, jadi kau Fang bagitahu diorang.
Fang: eh...ehem! Sebenarnya mereka tu penjenayah angkasa paling dipasyaki. Dah banyak kali polis angkasa cuba untuk tangkap mereka tapi tak berjaya. Jadi polis angkasa bekerjasama dengan TAPOPS untuk tangkap mereka. Beberapa tahun lalu mereka terus hilang tapi tak sangka kalau sekarang mereka ada dekat Bumi ni dan tak lupa juga mereka adik-beradik.
Boboiboy: dan sekarang diorang bukan sahaja cari power sfera tapi juga azurium. Tak syak lagi diorang nak buat benda jahat yang kita tak tahu.
K.Kokoci: azurium? Apa tu?
Boboiboy: ianya macam sejenis batu permata yang mempunyai tenaga yang luar biasa. Kalau disalahgunakan ianya boleh jadi sangat berbahaya. Manusia dekat sini pun ada yang dah salah gunakannya.
YOU ARE READING
⚡BOBOIBOY AND EJEN 🅰️LI : Alien Misteri 👽
FanfictionBoboiboy dan sahabatnya mendapat misi untuk mencari power sfera di Cyberaya. Dahulu Boboiboy pernah tinggal di Cyberaya dan menjadi Ejen Elemental tetapi dia memutuskan untuk keluar dari MATA kerana dia terpaksa pindah ke Pulau Rintis dan bukan itu...