2: Retis

28 1 10
                                    

Baru Sauce perasan dalam bilik barunya itu ada sebuah balang kaca terletak di atas rak kecil bersebelahan kepala katil.

Ada ikan emas dalam tu.

"Siapa pulak bela anak ikan dalam bilik kosong gini?" Sauce cuba memegang bekas kaca tersebut namun tidak berjaya. Tangannya mula dirasakan berbekas dek gari besi yang betul-betul mencengkam pergelangan tangannya dengan kuat.

"OI JANGAN SENTUH ANAK AKU!!" Sauce dengan automatik meloncat dek terkejut dengan sergahan yang datang dari belakang badannya. Hampir saja dia terlanggar bucu katil. Kepalanya ditoleh melihat lelaki berambut hitam dengan sedikit calitan kuning dibahagian depan rambut yang kelihatan agak sedikit berusia darinya melalui raut wajah. Cermin mata yang melorot ke bawah ditolak semula dengan jari tengah.

Wajah bengis yang diberi membuatkan Sauce tersedar semula ke alam realiti bahawa dia mungkin telah melakukan satu kesilapan besar kepada lelaki di hadapannya kini.

"Ma-"

"GOLDIE! Kau tak apa-apa??"

Hahhh?

Sauce memandang lelaki tersebut menerjah masuk ke dalam biliknya tanpa membuka kasut lalu memeluk balang akuarium ke dalam dakapan. Kening Sauce bergerak-gerak menahan geram apabila lantai putihnya tadi kini dipenuhi dengan lumpur daripada tapak kasut mamat di hadapannya kini. Woi lantai bilik gue!

"Maafkan papa, Goldie. papa tak sangka kamu akan diculik dengan makhluk asing tomato ni tanpa pengawasan papa. Papa janji akan jaga kamu betul-betul lepas ni." Seketika jejaka tersebut berpusing lalu melihat Sauce dengan wajah bengis.

"Kau akan terima akibatnya karnivor!" Terangkat kening Sauce tiba-tiba sambil jejaka tersebut menuding jari telunjuk kepadanya.

Walawei, kes tak masuk akal apa pulak aku kena tiba-tiba ni?

"Dah lah penculik, mesti kau ni penyangak, perompak, perogol, pembunuh dan segala pe-pe-pe yang berkaitan kan kau ni?!" Jari telunjuk kanannya ditekan-tekan pada dada Sauce.

Sauce terus menepis tangan jejaka berkaca mata dengan kedua belah tangannya yang masih digari. Renungan mata tajam diberikan.

"Sebelum kata-kata kau tadi aku makbulkan, baik kau blah..." Ugut Sauce. Giginya digetap dek menahan amarah.

"Pfft..." Sindiran ketawa halus diberi sambil bibirnya mengukir senyuman sombong. Sauce menjadi semakin bengang dengan kelakuannya.

Tiba-tiba pintu bilik dihentak dengan keras, mengejutkan dua manusia yang berada dalam ruangan tersebut. Sekilas mereka berdua memandang lelaki berambut hijau di hadapan pintu.

"Kau buat apa hah Eiyuu? Bukan aku dah cakap ke latihan mula pukul 3 petang ni!?" Lelaki berambut hijau tersebut melangkah masuk dengan kasutnya yang turut disalut dengan lumpur. Ah, lagi satu beban.

"K-Kaze! Ss-sekarang baru pukul berapa, rilek la-" Belum sempat Eiyuu menghabiskan kata-katanya, kolar bajunya telah dicekak kuat oleh Kaze.

"Bangsat, kau tak sedar lagi ke kalau bos marah camne!? Aku tak nak bawak mengundang tahu? Kau IKUT AKU!" Kaze mengheret Eiyuu keluar dari bilik Sauce, semakin menambahkan kesan lumpur yang sudah penuh di atas lantai.

Sauce hanya memerhati kelibat mereka berdua keluar dari biliknya sehingga hilang daripada pandangan. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Hang memang F**K!!"



🍊



Sauce merenung kaca skrin televisyen di hadapannya kosong. Gari yang dipakainya petang tadi telah dibuka oleh seorang tukang cuci yang datang ke biliknya selepas dia mendail nombor yang tertera pada kertas di dinding. Serta-merta tukang cuci tersebut membersihkan biliknya dan mnjadikannya kemas seperti asal.

Suasana biliknya menjadi semakin gelap pabila datangnya malam dan naiknya bulan di langit. Sengaja dia biarkan kerana ingin menikmati suasana indah malam di kota ini.

Lampu-lampu di jalanan dan bangunan pencakar langkit diamati sambil dirinya melayan lagu jiwang. Dia sedar selepas ini hidupnya akan berubah 360 darjah di tempat ni. Entah apa yang akan jadi dengan nasibnya disini.

"Lepas ni, aku akan bekerja menjadi idola.... a.k.a penyanyi..." Keluh Sauce seketika sebelum membaringkan diri.

Should I dance to be an idol? Not just singing issit? Urgh I hate dancing though. Metal? Ma voice isn't hoarse enough. Hmmmm just wait and see je lah.

Bunyi dengungan penghawa dingin menghiasi sunyi biliknya. Sebelah kanan bahagian airpodnya tergolek jatuh ke tepi katil tiba-tiba. Segera Sauce mengambilnya lalu kembali berbaring. Lagu jiwang yang lain pula berkumandang selepas lagu tadi habis. Dia memasang airpod itu kembali pada telinganya.

Kesan bunyi bass menggamit lagi jiwanya untuk melayan rentak lagu. Setelah lama termenung, dunianya menjadi gelap perlahan-lahan. Sauce kini hanyut dibuai mimpi.










🍎











"Kau pembunuh!"

"Penyangak!!"

"Jangan jual muka kau semata nak popular la bangsat!!"

Sinaran cahaya kamera yang berkelip-kelip berpancar mengelabui pandangan matanya. Apa benda ni??

"Bunuh dia!"

Telinga dirasakan berdesing. Kepala aku sakit.

"Tangkap dia!"

Desingannya semakin kuat. Denyutan pada kepalanya semakin menjadi-jadi.












"JANGAN BAGI DIA HIDUP!!!"

IOVAELWhere stories live. Discover now