Paper Ring

12 2 0
                                    

💍💌

" I like shinny things but I'd marry you with paper ring, a-ha that's right, darling ~ You're the one I want~"

Ijal hanya memandang wajah Riya dengan jengkel. Merepek apa tiba-tiba nyanyi macam tu.

Padahal diorang tengah cat rumah Ijal sekarang, bukan Ijal yang suruh Riya tolong, tapi Riya yang gedik nak tolong. Macam random sangat nyanyi macam tu tiba-tiba.

"Bende kau ni paper ring paper ring." Kata Ijal dengan renungan jengkelnya.

"Ish, tunggu jap." Riya menyeluk poket seluarnya lalu mengeluakan satu origami cincin berwarna kuning.

Lepastu dengan confidentnya, Riya nyanyi semula lagu Taylor Swift.

" I like shinny things but I'll marry you with paper rings, a-ha that's right, darling ~ You're the one I want ~"

" Tak nak aku. " Ijal hanya menjelingkan matanya. Menolak 'lamaran' Riya.

" Tapi aku nak. " Riya tak mengalah

" Tapi aku tak nak. " Ijal pun sama, tak nak mengalah.

" Kau akan nak punya. " Riya kata penuh yakin.

" Tak nak. "

" Nak. "

" TAK NAK. "

" NAK. "

" TAK NAK, TAK NAK, TAK NAK."

" NAK, NAK, NAK~~ "

" NAK! " Kalah jugak Ijal, tu lah slow sangat kan dah ter'slipped' out.

" A-ah ! Told ya, kau mesti nak kahwin dengan aku." Kata Riya girang sambil bertepuk tangan.

" Riya main tipu! " Ijal protes.

Tapi Riya hanya tergelak. Riya tahu sebenarnya Ijal pun nak dekat Riya. Ijal ego je.

" Ibu~ Ijal nak kahwin dengan Riya~~~ " Riya menjerit panggil Ibu Ijal yang sedang goreng pisang dalam rumah.

Ibu Ijal dari dapur hanya mampu ketawa. Budak dua orang tu memang kecoh sekampung.

Ibu Ijal pun dia dah panggil Ibu. Ijal pun dah panggil Umi Riya Umi. Sebab diorang dah kenal dari zaman pampers.

Nak tunggu apa lagi? Tunggu dia akad lah. MUAHEHEHEHEHEHE.

💍💌

"Riya, aku nak tanya ni." Ujar Wawa.

Sedari dari tadi Riya sangat kusyuk melipat berbagai jenis origami. Kejap burung, kejap love, tiba-tiba lipat jadi bentuk katak pulak.

Mentang-mentang lah cafe tengah lengang dia sibuk berorigami.

"Hum tanya lah~" Jawab Riya ceria.

Si Riya ni macam tak pernah bad mood. Serupa kanak-kanak Ribena. Bertentangan dengan Ijal, dia lebih serius dan tak boleh diajak bergurau. Melainkan dengan Riya.

"Hari tu, kau ada buat origami cincin kan? Betul ke kau bagi kat Ijal?"

Soalan Wawa tadi melenyapkan senyuman dia wajah Riya.

"Haah... Tapi dia tak nak. Jadi aku simpan lah balik." Riya melepaskan keluhan kecil.

"Kau serius ae suka kat Ijal?" Wawa tanya lagi soalan cepu emas.

"Ya, aku betul-betul suka kat Ijal. Tapi kalau dah bukan jodoh aku lepaskan je lah." Nada suara Riya seolah-olah pasrah.

"Eh kau ni, rileks lah! Kau dengan Ijal muda lagi baru 23. Bagi Ijal masa sikit."

"Okay... "

Tanpa Riya tahu, Ijal dengar semua yang Riya cakap.

Wawa voice record dan hantar kat Ijal. Biar dia tahu yang Riya bukan sekadar bergurau kalau melibatkan perasaan dia pada Ijal.

💍💌

"Riyana!" Suara Ijal memanggil Riya yang baru hendak mengayuh basikal balik rumah dari masjid.

Riya menoleh dengan wajah cerianya.

"Woi Ijal nak apa?" Kata Riya bila Ijal sudah mendekatinya.

"Kau nak balik dah aeh?" Tanya Ijal. Nampak sangat soalan tu bijak.

"Ye lah, kan solat isyak dah habis ni." Riya melayan je.

"Aku nak mintak benda kelmarin." Ijal cakap malu-malu kucing heh.

"Benda apa ni?" Riya bingung tak faham Ijal ni nak mintak apa.

"Paper ring semalam." Muka Ijal dah memerah bak air sirap letak selasih.

"Ouh, jap ae... Nah! Cantik kan? Aku kebetulan bawak sebab ada dalam poket beg telekung."

"Tak tanya pun." Kata Ijal sambil merampas paper ring kuning dari tangan Riya.

"Heleh aku ambil balik kang." Ugut Riya.

"Eh jangan lah buruk siku." Ijal terus pakai paper ring tu supaya Riya tak boleh ambil.

"Riya, hujung minggu ni aku bagi kau cincin lagi cantik." Kata Ijal tiba-tiba.

"Nak buat apa?" Riya buat-buat clueless.

"Masuk meminang." Lepas jawab Ijal terus lari ke motor dan pecut balik.

Malu ke teww.

Kompang di palu~ penganti baru~

Tak sia-sia Riya beria selama ni, akhirnya Ijal nak jugak kat dia. Usaha tak akan mengkhianati hasil.

Lepas ni satu kampung akan dapat kad kahwin mereka.

'Walimatulurus Rizal dan Riyana'

She fell first, but then she make him fell for her, maybe harder.

🌼🌼🌼

terima kasih kerana sudi membaca.

kalau ada kekurangan sila² lah comment apa yang kurang.

fya.

fascinationWhere stories live. Discover now