Eccedencesiast
(.n) someone who hides a pain behind the smile.
"Kurung dia di bilik itu! Aku tidak mahu melihat mukanya, Menjijikkan!"
Siapa? Siapa yang menjijikkan? Kamu atau aku? Bukankah kamu yang lebih menjijikkan daripada aku? Mereka semua sama, tiada siapa yang mahu membantuku. Bukankah aku juga anakmu? Kenapa aku diperlakukan begini?
"Duchess? Duchess bangunlah!! Duchess?!!!"
Duchess? Siapa Duchess? Suara seperti aku pernah mendengarnya tapi dimana? Dimana aku sekarang? Kenapa semuanya begitu gelap? Apa yang harus aku buat?
"Eunice..." Nada suara yang garau dan dalam itu membuatkan aku terbangun dari mimpi buruk ku.
Aku menatapnya, rambut dan anak matanya memiliki warna yang sama, dua-dua berwarna hitam. Hidungnya mancung, dan dia memiliki paras rupa yang kacak.
Siapa dia? Kenapa aku tidak pernah melihatnya?
"Semua keluar"
Dalam sekejap saja, bilik ini menjadi kosong. Kini hanya dia dan aku di bilik ini, adakah dia akan buat benda yang sama? Sama seperti yang sebelum ini aku lalui?
Aku takut. Sesiapa tolong selamatkan aku..
"Eunice" nada suaranya tiba-tiba menjadi lembut. Dia bahkan memelukku dengan erat.
Saat dia menyebut namaku, aku merasakan sesuatu yang pelik. Seperti ada cahaya yang menerangi bilik ini.
Namun rasa itu hanyalah sementara saja. Walaupun sementara sahaja tapi aku tetap bersyukur kerana dapat merasai cahaya itu, tidak lama setelah itu, mataku mula memberat.
Perlahan demi perlahan mataku semakin tertutup dan suaranya juga semakin lama semakin kuat. Tidak selembut yang tadi, aku ingin dengar sekali lagi suaranya, suaranya yang lembut saat memangil namaku.. Eunice....
"Eunice!! Bangun Eunice! Bangun!"
Kenapa dia mahu aku bangun? Bukankah semua orang mahu aku mati? Air mata? Kenapa air mataku mengalir deras di pipiku? Siapa dia sebenarnya?
Ahh, aku penat. Akhirnya aku boleh menutup mataku dan aku tidak perlu lagi mendengar jeritan kuat yang mengutuk ku untuk mati. Akhirnya aku boleh...
"Duke Ravian?"
"Dukeeeee"
"Bolehkah aku memanggilmu Ravian atau kau mahu aku memanggilmu Duke Ravian atau honey?"
"My Husband, kalau aku pergi... Adakah kau akan mencariku lagi? Atau kau mencari orang lain?"
"Kalau ada kehidupan seterusnya, aku mahu menjadi isteri kepada Ravian De Arnold lagi, bolehkah?"
"My Husband, kau masih sibuk? Baby kita sangat aktif sekarang."
"Duke Ravian, maafkan Eunice... Eunice tidak boleh bertahan lagi..."
Apa ini? Apa kenangan ini? Siapa Duke Ravian? Ke-kenapa aku kelihatan bahagia disini?
"Walaupun ada kehidupan seterusnya, kau akan tetap menjadi isteriku, Aku akan mencarimu sehingga kita dapat bersama kembali.. Selamat Tinggal, Isteriku yang tercinta... EUNICE LETICIA"
Setelah ia menutup matanya dan badannya sudah tidak bernafas lagi, hatinya terasa sakit yang teramat. Dia tidak dapat berfikir apa-apa, buat kali pertamanya ia menangis teresak-esak di sebelah sisi wanita yang ia cintai itu.
Pada saat itu juga, dia merindukan senyuman manis isterinya yang tercinta itu. Dia tahu Isterinya akan pergi meninggalkannya tetapi dia belum sedia.
Dia belum sedia untuk menjalani hidupnya sendiri lagi. Dia belum sedia untuk berasa sepi lagi. Dia belum sedia untuk hidup tanpanya. Kenapa harus dia merasakannya lagi, disaat tiada siapa pun yang mahu memilihnya. Disaat semua orang memandang serong terhadapnya. Dia belum sedia lagi untuk semua itu...
"Eunice Leticia, jika waktu boleh diulang semula. Aku mahu menghargai kamu sepenuhnya. Aku mahu merasakan cinta yang kamu bagi, aku mahu melindungi kamu dan aku mahu membunuh orang yang menghancurkan hidupmu. Aku mahu semua itu, oleh kerana itu, aku... Mahu waktu diulang semula tidak kira apa yang terjadi.. aku mahu kau hidup kembali."
Tepat pada pukul 12 tengahari, Ia membaringkan tubuhnya di sebelah tubuh isterinya yang sudah tidak bernyawa itu.
Ia terbatuk darah dan katil itu juga dipenuhi darahnya. Baru saja sebentar tadi ia menusuk dadanya dengan pedang tajam miliknya itu.
Sebelum ia berbuat demikian, dia telah membuat satu ritual dan dia memilih untuk mengorbankan dirinya.
Demi merasakan semula kebahagiaan dulu, dia memilih untuk menjalani ritual itu.
Setelah itu, asap hitam mula mengelilingi mereka berdua. Kenangan mereka bersama mula bermain diminda mereka
- Eccedencesiast.
YOU ARE READING
ECCEDENCESIAST | NEW !!
Romantik[first story-april2023] Eccedencesiast - (.n) Someone who hides pain behind a smile. - Rennaissance Era Ravian De Arnold, disebalik penampilannya yang dingin dan kejam ada sebuah tembok yang mengunci dirinya untuk menjadi seorang yang dingin dan kej...