MATTHEO memberikan luggage miliknya kepada seorang pemandu teksi untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta, telefon pintar dikeluarkan dari poket lalu mode kapal terbang dimatikan.
Daun pintu dibuka lalu punggungnya dihempaskan, seluruh tubuhnya terasa pegal kerana hampir 27 jam berada di dalam kapal terbang.
"Nak kemana tuan?" Soal pemandu teksi tersebut seusai enjin keretanya dimulai. Wajah penumpangnya yang jelas kelihatan penat dipandang kasihan, dari riak wajahnya dia menduga pasti lelaki segak ini baru turun dari penerbangan yang lama.
"Sri Wangsa Hills," tempat tinggal adiknya dituju memandangkan tujuan dia pulang dari Rusia kerana adiknya. Bunyi notifikasi yang sedari tadi tidak berhenti berbunyi membuatkan Mattheo segera mengangkat telefonnya, tubuhnya disandarkan ke kerusi. Keluhan lega terhasil dari bibir merah jambu miliknya.
Terdapat hampir 200 panggilan dari ahli keluargannya membuatkan Mattheo berkerut perlahan, perasaan tidak enak yang dirasai sejak berada di Rusia dirasakan semula. Tanpa berbasa-basi nombor telefon papanya didail kembali.
Tidak sampai sesaat, panggilan bersambung. Kerutan Mattheo semakin bercambah di saat kedengaran suara tangisan mamanya di belakang. Suara orang membaca yasin turut terdengar, Mattheo mulai diserang rasa gelisah.
"Asalamualaikum Theo.. akhirnya kamu call papa semula. Dari semalam papa cuba hubungi kamu tapi tak berjaya." Suara papanya kedengaran serak seakan baru sahaja selesai menangis. Mattheo pantas bangkit. Wajahnya berubah tegang. Pemandu teksi yang sedang membawanya perasan dengan riak Mattheo yang berubah namun tidak bertanya. Hanya sekadar memerhatikan dari cermin yang memantulkan figura Mattheo di belakang.
"Waalaikumusalam papa. What happen? Theo ada terlepas apa-apa ke? And mama menangis ke tu? Why she's crying? Something bad happen?" Soal Mattheo risau, kedengaran keluhan berat Dato Matthew dari hujung corong membuatkan Mattheo semakin dilanda rasa ingin tahu.
"Theo tak baca surat khabar semalam?" Soal Dato Matthew membuatkan Mattheo berkerut buat kesekian kali.
"Tak. Theo baru sampai dari Rusia sebab Mikha needs me so Theo terus gerak. I don't have time to read newspaper papa. So, what the actual problem papa? Bagitahu lah Theo. Theo risau separuh mati ni." Suaranya sedikit meninggi. Terdengar esakan kecil dari hujung corong menandakan papanya sedang menangis. Pertama kali dia mendengar lelaki sekuat ayahnya menangis dan dia tidak tahu punca mengapa lelaki itu menangis.
"Papa.."
"Please.. fuck! I need to know what the actual fucking problem!" Makinya, ritma jantungnya semakin berdebar. Tidak dihiraukan pemandu teksi yang mendengar carutannya.
"Mikha.."
Jantung Mattheo semakin rancak. Matanya membulat besar mendengar nama adiknya diseru selepas lama Dato Matthew mendiamkan diri.
"Kenapa dengan Mikha?"
Sepi. Hanya bunyi esakan dari hujung corong.
"Kenapa adik Theo? Kenapa dengan Mikha papa! Cakap lah!" Tengkingnya, hatinya sudah berdebar kencang. Dia takut jika sesuatu yang buruk sudah berlaku kepada Mikhael.
"Mikha.. M-Mikha dah tiada, Theo." Jantung Mattheo seakan direntap dari tangkainya, dunianya seakan terhenti dari berputar. Kepalanya digeleng laju menafikan apa yang barusan didengari bersama air mata yang perlahan-lahan mengalir.
"No! You fucking lied to me! No! Mikhael tak mati! He's not dead. He's not fucking dead. You lied to me papa! Apa sekarang ni tengah april fools right? Tell me you're joking with me. Cakap pada Theo yang papa rancang dengan dia untuk kenakan Theo sebab Theo tiada dekat Malaysia masa dia perlukan Theo. Please.. fucking tell me that this is a joke." Suaranya semakin perlahan, teresak-esak dia sendiri. Mendengar hanya suara esakan dari hujung corong membuatkan Mattheo semakin ketakutan.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romance[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...