____
Senyuman penuh makna yang sedari tadi terukir di bibir lelaki Tokyo itu tidak pudar dari penglihatan .
Rokok disedut sepenuh hati .
Syahdu .
Mashiho yang terlihat tidak senang duduk itu ditarik hingga terduduk disebelahnya . "Chill. Kawan kau dah besar panjang . Takde apa nak dirisaukan"
"Aku risaukan persahabatan kita bodoh . Dah berhari-hari Yoshi dengan Asahi tak berhubungan baik"
Ni-ki tidak membalas malah hanya memerhati rakan-rakannya yang bersedia untuk berlumba .
Sedia disisi motorbike masing-masing .
Di line pertama ada Haruto yang sedang elok berjaket jeans sedang merapikan rambutnya . Tangan kanannya kemas memegang helmet .
Di line kedua dan ketiga pula ada Asahi bersebelahan Yoshinori yang terlihat sudah bersedia untuk perlawanan .
Asahi yang segak berjaket kulit itu dipandangnya tajam . Yoshi akan pastikan kemenangan menjadi miliknya hari ini !
Perlawanan yang melibatkan seorang Nadine Ayriana menjadi pertaruhan, mengundang rasa tercabar buat kedua-dua pihak .
-
"Aku nampak kau masih bersua muka dengan Nadine aku . Kau memang cari nahas !"
Yoshi tersenyum sinis . "Nadine kau huh ? Aku dulu yang dia kahwini . You're just a loser yang datang buat kacau dalam hidup dia"
Yoshi mendekatkan kedudukan wajahnya ke telinga Asahi . "Sorry man. Aku takkan benarkan kau kawal hidup aku. Mahupun hidup Nadine"
Tangan Asahi naik menolak kasar tubuh Yoshi sehingga merempuh dinding . "Biar litar yang menentu kemenangan . Aku pertaruhkan Nadine dalam kekalahan aku kelak . Kau kalah, sila hilangkan diri kau daripada penglihatan Nadine !"
-
Asahi menatap Yoshi dengan pandangan membunuh .
Aku akan menang . Aku takkan benarkan Yoshinori menuntut Nadine untuk bersamanya . Nadine hanyalah milik aku . Dan akan selamanya menjadi gadis aku .
Tunggu dan lihat sajalah, Kanemoto Yoshinori .
"DALAM KIRAAN TIGA.."
"DUA..."
"SATU."
"GO !!"
-
"ADUH !!"
Jari yang tergores pisau segera dibawa ke singgi . Membasuh titisan darah yang mengalir .
"Sakitnya.."
YOU ARE READING
Osaka | ASAHI ✔︎
RomanceMENJADI mangsa pemuas nafsu tanpa kerelaan . Sesungguhnya membawa gadis itu ke arus kegelapan . "Osaka. Aku takkan jejakkan kaki ke sana lagi!" - - HAMADA ASAHI -