____
Asahi tekun menekan-nekan keyboard di meja kerja dengan kertas dan fail kerja berselerak sana sini .
Kaca mata dibetulkan sekilas sebelum menyandarkan tubuh ke kerusi .
"Hari-hari benda sama saja !" . Asahi mengeluh kasar .
Hari ini merupakan hari pengebumian ayahnya, namun Asahi masih mencuri masa untuk siapkan segala dokumen yang belum diselesaikan .
Tubuhnya rapi dengan sepasang tuxedo yang dikenakan dengan t-shirt hitam di dalamnya . Jelas bahawa dirinya sedang berkabung .
Bunga yang berpasukan botol alcohol dipandangnya . Sebelum tangan kiri naik mengangkat botol tersebut .
Bunga yang asalnya berwarna biru dan segar, gini sudah mati kekeringan .
Sama seperti jiwa si pengirim bunga tersebut .
-
Mashiho laju menolak katil pesakitnya yang terbaring lemah dibantu dengan alat bantuan pernafasan . Diikuti rakan sekerjanya yang lain .
Nadine yang sedang berperang dengan pernafasan yang tidak stabil itu dipandang . Jelas gadis itu hilang dari jejak oksigen . "Bertahan Nadine . Kuatkan diri !"
Darah mula mengalir dari bahagian bawah mengotori cadar dan dress yang dipakai oleh Nadine .
"Pesakit dilaporkan masih belum mencecah tarikh kelahiran . Bayi masih dalam keadaaan pramatang . Mashiho, bersedia untuk emergency surgery !"
Mendengar sahaja itu, Mashiho mengangguk faham sebelum berlari laju memasuki ruang penyediaan doktor bedah .
Diikuti beberapa anggota yang lainnya .
Nadine lantas dibawa ke dalam dewan bersalin sebelum disuntik sejenis ubat menenangkan tubuh pesakit dari menggelupur mencari oksigen .
Mendengar sahaja tangisan bayi yang sungguh nyaring bergema di dalam ruangan tersebut, kesemua doktor petugas disitu mengukir senyum lega .
Termasuklah Mashiho yang memejamkan mata mengamati rasa syukur .
Syukurnya, Nadine selamat melahirkan si kecilnya, Hikun .
Seusai sahaja memotong tali pusat, Bayi yang masih pucat itu diletakkan ke atas dada si ibu .
"Tahniah..anak puan perempuan"
Nadine mengukirkan senyum halus seraya fikirannya mengingati sang ayah empunya bayi . Peluh sudah lecun membasahi wajah dan lehernya .
YOU ARE READING
Osaka | ASAHI ✔︎
RomanceMENJADI mangsa pemuas nafsu tanpa kerelaan . Sesungguhnya membawa gadis itu ke arus kegelapan . "Osaka. Aku takkan jejakkan kaki ke sana lagi!" - - HAMADA ASAHI -