First Eyes Contact

16 2 1
                                    

      " Marsha jom kita buat homework Sains yang Cikgu Zaharudin bagi dekat kelas tadi dekat library nak? esokkan sudah kena hantar,kau tahu-tahu sahajalah yang Cikgu Zaharudin itu macam mana..asal tidak siap kerja sudahnya pagi-pagi makan pembaris sejati dia itu.."
Sarah mengeluh kepada ku... Aku hanya mampu tersenyum.. " Ya, aku ikut kau tapi ingat juga jangan lama-lama sangat tahu? "
Sarah mula membuat muka pelik kepada ku.

     " Kenapa pulak tidak boleh lama-lama ? kitakan mahu buat kerja sekolah ? " Sarah Masih mengekalkan muka hairan dia yang kelihatan agak comel.." Haish,engkau ini ! Kitakan buat homework ni time rehat mestilah kena cepat takut nanti semua orang sudah masuk kelas kita masih dekat library.." aku berharap supaya budak kecil yang suka bertanya merapu ini faham aku "Oh,ya lah ! lupalah pula yang kita buat homework ini time rehat... Hehehehe..sorry kakak cantik ! " Sarah tersengih.
"Ikut kaulah,jom jalan cepat sikit nanti tidak pasal ii habis masa.." Sarah mengangguk tanda setuju...

       Tiba-tiba,Sarah berhenti menjejakkan kakinya,aku yang dibelakangnya tiba-tiba berasa pelik."MARSHA!" Sarah menjerit namaku..aku yang tadinya mahu mendekati Sarah tiba-tiba terperanjat." Ya Allah, kenapa ni Sarah? Kau okey tidak ni? terkejut aku kenapa menjerit macam jumpa hantu ni?"
Sarah tidak menjawab soalan aku..

     "Kakak cantik oh kakak cantik.." Sarah mula berkata."Ya saya,kenapa Sarah?" Aku mulai hairan dengan budak kecil ini."Cuba Kakak cantik tengok sana..saya rasa,saya sudah jumpa jodoh untuk kakaklah!"aku terus melihat ke arah yang ditunjuk oleh kawanku itu..rupa-rupanya seorang jejaka yang tinggi dan berkaca mata yang berambut seperti ala-ala 'jejaka Korea'  yang menjadi Pengawas Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) seperti aku, sedang tersenyum memandangku.Dengan tidak sengaja aku telah memandangnya.Tetapi Lelaki itu masih  mengekalkan senyuman mainsnya itu.Aku mulai hairan lalu aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku ke arah 'balkoni blok sebelah' .

                                           ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Dia Yang Sempurna BagikuWhere stories live. Discover now