Melisa Rahim

14 2 2
                                    

     Waktu rehat sudahpun bermula,aku masih tercari-cari seseorang yang selalunya dia akan rehat bersamaku tetapi secara tiba-tiba sahaja dia menjadi ghaib di pandanganku pada hari itu. " Ishh,mana pulalah Si Sarah ni ! Ada ke dia patut tinggalkan aku seorang-seorang di sini.. " aku sudah mula mengeluh.

      "Yooo! hello Marsha!" Sarah menampar kuat bahu ku "KEDEBISHH!!.." fuyhh sakit yang teramat! "Sakitlah Nenek! kau ni Sarah..suka sangatkan pukul bahu orang sampai bahu orang tu nak tertanggal! lagi satu,apa fasal suka buat jantung aku ni sudah mahu tertanggal HUH?!! geram pula aku!" Sarah ketawa kecil, " Alololo.. comel saja kakak cantik ini bila sudah marah sebab itulah jadi pengawas library ! kau sudah makan ke? ke kau tunggu aku? baiknya Kakak Marsha kita ni, setia menunggu kawannya yang seorang ini!" Sarah tersenyum sambil memeluk tubuhku yang berada disebelah dia."Eleh,aku boleh sahaja makan dulu tadi ! tapi nanti aku makan dulu kau merajuk pula sebab aku tidak tunggu kau!"

        "Alololo,baiknya dia! Fikir perasaan kita! Thank you Kakak Cantik sebab tunggu kita!" Sarah mengeratkan lagi pelukkannya kepadaku."Ish,sudah-sudah" aku melepaskan tubuhku daripada pelukan Sarah."Cepatlah makan,aku mahu bertugas di library pula nanti." aku duduk di atas sebuah kerusi kayu yang ada di kantin sekolah,manakala Sarah turut serta duduk di sebelahku lalu mengeluarkan bekal makanannya yang dibawa dari rumah.

       "Eh,Marsha kau ada nampak Melisa tidak? aku lambat tadi sebab aku cari dialah..." Sarah bertanya dengan nada yang agak perlahan sedikit. " Tidak,aku tidak nampak dia..mungkin dia tidak hadir ke sekolah agaknya..sebab semalam aku ada berborak dengan dia,dia kata dia tidak datang sekolah hari ini.." Sarah membuat muka hairan dan peliknya lagi."Kau tahu tidak sebab apa dia tidak mahu datang sekolah hari ini?"

       "Tidak tahu,sebab dia tidak bagi tahu aku-pun semalam..dia just cakap yang dia tidak datang hari ini." dalam hati aku mulai tumbuh rasa hairan." Kenapa kau tiba-tiba sahaja mahu cari dia?" aku memulakan persoalan." Tidak ada apa- apalah,aku hanya cari dia sebab mahu bagi tahu dia yang kalau dia datang esok dia kena bawa bahan-bahan Sains untuk kelas Sains dia esok..aku cari dia ini pun sebab kawan dia suruh bagi tahu benda ini dekat dia..."Sarah menyuap sedikit nasi ke dalam mulutnya dengan seleranya selepas berkata."Sarah,kawan Melisa itu tiada 'smart phone' ke? ataupun dia memang ada 'smart phone' tapi 'phone' dia kena ambil dengan parents dia?

      "Entahlah,mungkin phone dia kena ambil dengan parents dia?kita fikir yang baik-baik sahajalah.." Sarah memberikan senyuman manisnya dengan lesung pipitnya yang cantik terbentuk di wajahnya. "Hm,betul jugakan? fikir yang baik-baik sahajalah." Sarah tersenyum lagi. " Eh,cepatlah habiskan makanan kau itu jangan tersenyum sahaja.." aku menjeling manja ke arah kawanku.."Hehehe..kejaplah kau ini tidak menyempatlah! aku mahu makanpun tidak tenang,kau tidak makan ke?" Sarah memuncungkan bibirnya ke hadapan.."Tidak mahulah kenyang lagi ini, aku tidak suka and tidak berselera sangat makan dekat sekolah.." aku memberikan senyuman manis kepada Sarah yang masih berselera memakan makanannya."Oh,aku faham.."Sarah menjawab ringkas.

                                       ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡



Dia Yang Sempurna BagikuWhere stories live. Discover now