Epilogues

0 0 0
                                    

Suasana hingar bingar di dalam kelas terhenti sebaik sahaja derapan kasut tumit tinggi kedengaran.

"Eh itu mesti Miss Zana!" Jerit Aedil, selaku ketua kelas. Dah memang menjadi kebiasaannya untuk menjadi alarm kepada rakan sekelasnya.

Seperti yang disangkakan, Miss Zana memunculkan diri. Dengan sekelip mata, semua pelajar berdiri tegak di tempat masing masing. Miss Zana merupakan guru disiplin di sekolah tersebut. Jadi tidak hairanlah pelajar ketarr melihatnya.

"Assalamualaikum, Miss Zana!" Laung Aedil disambung rakan sekelasnya.

"Baik, waalaikumsalam semua. Sila duduk. Harini, kamu semua akan terima seorang rakan baru. Uwais, sila masuk." Ujar Miss Zana.

Papp papp papp - bunyi derapan kasut.

"Baiklah, Uwais boleh mula kenalkan diri."

"Ssup, I'm Uwais." Uwais mula memperkenalkan diri. Kaku. Satu kelas tergamam melihatnya. Mana taknya. Muka kacukan mat saleh, kulit putih melepak. Apa yang lebih menarik minat rakan sekelasnya, Uwais memakai kasut hitam kulit, berkilat. Mana ada budak  pedalaman macam ni, pakai kasut kulit.

Miss Zana agak kurang berpuas hati dengan perkenalan pendek yang diberikan, namun sebaik sahaja matanya melihat ke luar kelas, beliau terus menukar fikiran untuk menegur Uwais.

"Uwais, awak boleh duduk tepi Putri, memandangkan Syiela warded. Baiklah semua, Uwais hanya akan bersekolah di sini buat sementara waktu. Jadi, berkawanlah dengannya ya. Itu sahaja, kelas pada hari ini akan berjalan seperti biasa. " Selesai sahaja menghabiskan katanya, Miss Zana menapak keluar daripada kelas Tingkatan 4 Khindi.

Sesudah sahaja Uwais duduk. Terus kepalanya diletakkan di atas meja bententangan dengan Putri, deskmatenya. Mata ditutup. Namun, tah dari mana gilanya, mejanya disepak.

"Oi kalau nk tido, baik tak payah datang lah. Ingat free ke datang sini. Ibu ayah kau bayar tau."

Dengan malas, kepala dipusing menghadap si empunya suara. Mata dibuka lemah. Matanya yang berwarna biru laut persis orang barat kacukan mematikan suara Putri.

"K-kalau kau nk tido, t-tido lah. Tapi pandang sana." Putri mengubah kata katanya.

"And who are you to tell me if I can sleep or not?" Ujar Uwais masih dalam keadaan kepala di meja.

"Aku kata tido!" Putri

"Oh now, that you said I can go to sleep. I don't want to sleep anymore. " Selepas sahaja menghabiskan kata katanya, Uwais duduk.

'tsk cakap omputeh pulak dia ni. Aku mana faham' bisik hati Putri.

"Bangun, assalamualaikum cikgu. " Aedil memberi salam dan disambut rakan ii nya. Semua ikut. Kecuali Uwais. Terus menekup mukanya menggunakan siku dan kembali tidur.

Cikgu nampak, jelas Uwais sedang tidur. Tetapi tiada seorang pun guru yang berani menegurnya. Lalu kelas itu dan kelas seterusnya berjalan seperti biasa sehingga rehat. Seperti tiada Uwais yang sedang tidur di situ.

Kringggggg

"Terima kasih cikgu."

"Baik , sama-sama kamu semua boleh mula rehat. " Kemudian, guru itu menapak keluar.

Uwais masih kaku tidur di tempat duduknya. "Kau nak rehat tak?" Soal Putri sambil menyepak meja Uwais. Sakit hati Putri apabila tiada respond yang diberikan. "Ikut kau lah" kemudian Putri keluar untuk bergerak ke kantin.

Keluar sahaja pintu kelas, 2 orang berpakaian sut serba hitam dan memakai kaca mata hitam berlari masuk  ke kelas.

Putri bersembunyi di sebalik pintu dan mengintai daripada tingkap. Tah apa yang di perkatakan oleh 2 orang tadi kepada Uwais. Uwais tiba tiba menepuk meja dengan kuat. Kesan daripada terkejut, putri ter sepak pintu kelasnya.

Supp. Kini 3 mata tepat memandang ke arahnya. Uwais menapak ke Putri.

"Putri? Apa yang kau tengah buat ni?" Soal Uwais dengan slang English nya.

"A er... Tak de apa."

"Ranz, we have to get out from here. Now!" Mike datang ke arah Uwais mendesak.

"Okay. Put, you must get out of here. This place is not safe anymore." kemudian, Uwais terus berlari menuruni anak tangga.

'Uwais? Ranz? Apa yang dia kata tadi?' bisik hati kecil Putri.

Boom! Satu bunyi ledakan yang kuat terhasil. Bergegar 1 sekolah dibuatnya. Kesannya terlalu kuat sehingga terpelanting tubuh kecil Putri ke belakang.

"Arghhhhhh!" Jerit org ramai. Termasuk Putri.

Badan putri yang kecil tercampak ke atas kerusi dan meja. "I-ibu." Ujar Putri sebelum menutup kelopak matanya.





Know him? I love himWhere stories live. Discover now