Zulaikha, gadis yang hidupnya sederhana. Dibesarkan oleh keluarga angkat yang serderhana bukan dengan kemewahan membawa kepada dirinya untuk sentiasa berasa cukup dengan apa yang dia ada. Pendek kata sesiapa yang lihat diri Zulaikha akan merasakan bahawa Zulaikha ini manusia yang sempurna. Rupa yang sempuna, diri yang sentiasa berasa cukup dengan apa yang dia ada.
Tapi ada sesuatu yang kurang dalam dirinya.
Ya sifat manusia itu tidak sempurna tapi kekurangan yang ada pada Zulaikha membuatkan dirinya sentiasa hanyut apabila berada di dalam lembah kekecewaan dan kehampaan. Dia kurang bimbingan untuk terus bertahan saat dirinya kecewa dan berasa sakit
Dia akan hanyut dengan dirinya sendiri. Dia lupa dia masih ada tempat untuk mengadu. Lagi - lagi selepas pemergian orang tua tersayang ketika berumur 8 tahun sebelum dia diserahkan kepada keluarga angkat.
Dia hilang imbangan selepas ibu bapanya pergi meninggalkan dia terombang-ambing di selebungi dengan kesedihan. Ibu bapanya meninggalkannya ketika dia baru ingin merasai dunia yang penuh kekejaman. Sangkaannya dunia itu indah namun begitulah hakikatnya. Baginya, dunia ini amat kejam. Tidak adil. Penuh Dikriminasi.
Dia tidak mengadu, dia tidak mengeluh tapi sikapnya yang suka menyendiri membuatkan semakin senang syaitan durjana ingin menguasai dirinya . Benarlah hati anak cicit Adam mudah dikuasai apabila berada di dalam lembah kesedihan. Mudah terpengaruh.
Ibu bapa angkatnya sendiri tidak berapa mengenali dirinya. Dirinya terlalu misteri dan sukar untuk didekati...
![](https://img.wattpad.com/cover/338954673-288-k942425.jpg)
YOU ARE READING
STAY WITH ME- Zulaikha & Yusuf
RomanceZulaikha, gadis kampung biasa yang memiliki hidup yang biasa. Namun satu kejadian telah mengubah hidupnya buat selama-lamanya. Yusuf datang saat diriya hanyut di dalam lembah kehampaan. Datang membimbing dirinya membawa dirinya ke jalan yang benar...