Umur

2 0 0
                                    

  Masa Aku kecik, Aku suka sambut Hari jadi sendiri, dapat berkumpul dengan family, dapat hadiah. Tapi bila dah dewasa, Aku jadi makin gusar untuk menyambut Hari lahir sendiri. Benda ni jadi masa Aku belajar ilmu tasawwur Islam dulu masa sekolah menengah, ustazah Aku pesan jangan terlalu gembira menyambut Hari lahir tetapi gerunlah kerana semakin umur dekat dengan kematian.
Teguran ustazah menyentap diriku, terima kasih dekat ustazah sebab dia menyedarkan Aku kembali tentang dunia ini hanyalah sementara dan dunia ini hanyalah penjara bagi orang Yang beriman. Sedangkan Nabi junjungan Kita, lelaki Yang terpilih oleh Allah sendiri hanya hidup sehingga 63 tahun. Aku sedar Aku Masih Di usia Yang muda terlalu banyak perkara Yang perlu Aku lakukan Di bumi Allah ini. Aku nak berbakti kepada ibu bapa Aku sendiri. Aku takut tidak sempat untuk mendapat taubat nasuha. Ramai kawanku sudah pergi menghadap ilahi sebelum umur memasuki 20 an bahkan ada yang tidak sempat merasai ALAM remaja.
Alfatihah kepada nuraiman Dan rakan-rakan Aku yang lain.

HidupWhere stories live. Discover now