Aku tak mempunyai memori Indah ketika waktu kanak-kanak. Aku hanya mempunyai memori Indah ketika Aku Remaja. Jujur Aku cakap hidup Aku ketika waktu Remaja ialah perkara Yang Aku sangat hargai.
Bermulanya Aku kenal apa ITU cinta monyet, jatuh Dan bangun semula, merasa perih mencari duit. Kita mula dengan cinta dahulu, waktu sekolah Aku pernah bercinta tiga Kali. Waktu pertama Aku dipermainkan, kedua Aku berasa rimas Dan ketiga kekangan masa.
Kita mula dengan dipermainkan. Masa ini aku berumur 13 tahun Baru tingkatan satu, Aku bercinta dengan perempuan Yang suka aku. Pada awalnya Aku tak kenal perempuan ni aku kenal perempuan ni Pon Dari kawan aku, Dia meluah dekat aku Dan Aku terima. Bertapa bodohnya Aku memberikan dia peluang. Setiap Kali Aku ‘chat’ dia Di wechat dia lambat balas Dan langsung tak balas. Dan pada akhirnya Aku putus, Dia bercinta Pula dengan kawan aku. Cinta Aku Yang kedua, lebih kurang seperti Yang pertama si gadis Yang meluah Dan Aku terima.
Aku rasa agak gembira akhirnya Aku mempunyai kekasih Hati selepas 4 tahun Kena tinggal. Aku cintai dia tetapi Aku bodoh. Aku bercinta dengan dia sebab Aku kesian. Jadi setelah 2 tahun bercinta Dan Aku perlu menumpukan pelajaran Aku untuk SPM, kami putus. Yang ketiga, Aku bercinta dengan perempuan Yang pernah Aku tolak. Berapa bodohnya Aku menolak dia dulu. Mungkin ketika ITu, Aku Masih muda Dan mementingkan paras Rupa. Walaupun muka Aku macam tapi uni tapi still Aku nak Ada awek cantik.
Dia chubby, comel Dan sedap Mata memandang. Aku bercinta dengan dia selepas Aku habis SPM. Aku menyesal tak menerima cinta dia Dari dulu. Aku suka dia sebab perwatakan dia Yang matang Dan boleh bawak diri. Tapi sayang hubungan Kami tak panjang, Aku sibuk dengan Kerja dia sibuk dengan pelajaran dia.