part 1

145 8 14
                                    

"Adik"

"Yer?"

"Ayah nak kamu sekolah dekat KUDRAT"

KUDRAT...sekolah yang penuh dengan jantan dan bapak aku suruh aku masuk situ??

''kenapa adik kena masuk situ?" tanya Dean dengan perasan yang bengang

"Kamu ingat lepas kamu kena buang,ada sekolah yang nak ambik kamu?"

"Mana tau ada"

"Tak der²...malam ni packing baju pastu esok terus gerak"

"Ayahhh"

Eeee bapak aku ni...tau lah pengetua KUDRAT pastu sesuka hati je nak masukkan aku dekat KUDRAT...

Selepas sahaja perbincangan mereka sebentar tadi dengan segera Dean menyiapkan pakaian untuk ke KUDRAT esok...

Tuk tuk tuk

"Adik,nah baju uniform"

"Ok letak kat atas katil tu..nanti adik gosok"

"Okay...jangan lupa bawak baju banyak sikit"

Haihhh bapak aku ni.. betul² nak halau aku ni...tau lah aku ni beban pastu nak halau² aku pulak

Keesokan paginya

''ADIKKKK DAH SIAP BELUMMM"

"DAHHH KEJAPPP"

Turun sahaja dari tangga tuan Yusof terus gelakkan anak perempuannya

"Besar nya beg...nak lari rumah ke apa?" tanya ayah

"Dah ayah yang suruh adik bawak baju banyak"

"Sudah lah...jom gerak"

"Bye ibu" kata Dean sambil salam tangan ibunya

"Byee jaga diri baik-baik,belajar pandai²,jangan lawan cakap cikgu,jangan gaduh,kalau nak fly bagitau ayah pastu kalau tak der duit mintak je kat ayah"

Panjang pulak pesanan ibu aku ni tapi yang penting duit dengan fly HAHAHAHA

"Aikk duit abang pulak?" tuan Yusof cuba untuk menentang kenyataan yang di beri oleh ibu HAHAHAH

"Apa salahnya...abang kan dekat dengan adik"jawab ibu Dean dengan muka selamba dia

"Okay bye ibu,adik gerak dulu"

"Byeeee jaga diri baik-baik tahu"

"Iyer ibu iyerr"

Risau bebenor ibu aku...yer lah sebab aku sorang je anak dara dia.

Di KUDRAT

"Ayah"

"Hmm"

"Besarnya sekolah ni" sambil mata Dean melilau tengok sekeliling sekolah ni

"Sekolah ni memang besar...tahun ni kamu form 4 sama dengan sepupu kamu" kata tuan Yusof sambil mengusap kepala anak daranya sorang tu

Bulan | H.RizalWhere stories live. Discover now