32 - The moment

8.1K 351 125
                                    

⚠️ TW: Kidnap😭😭 *Sorry.. Kena tulis awal-awal sbb takut ada yang triggered nanti 😭*

Aku menatap Ayden yang sedang duduk di hadapan aku saat ini. Setelah puas memujuk Kak Ya yang terkejut dengan berita mengenai Abang Hariz itu, Ayden mengajak aku untuk duduk bersama di dalam bilik wad Abang Hariz. Mataku bengkak gara-gara tidak henti menangis dari tadi.

"Siapa Ilham sebenarnya? Betul ke dia Grey?" Tanyaku kepada Ayden. Ayden mengangguk perlahan. Aku mengigit bibirku.

"Macam mana dia boleh jadi Grey?" Tanyaku lagi. Kak Ya turut menatap Ayden.

"Dia memang penyiasat peribadi dari dulu lagi. Abang kenal dengan dia semasa kes Haffy diculik dulu. Dia yang banyak bantu abang dari awal Haffy kena culik and he's the one who found Haffy. Sejak dari tu, Abang jadikan sebagai bodyguard abang dan Haffy. Abang hired dia dekat pejabat tu sebab mudah untuk abang berurusan dengan dia dan dalam waktu yang sama dia memang sedang cari pekerjaan lain." Kata Ayden. Dia menatap aku.

"Then, kenapa saya nampak dia check handphone saya, kenapa dia ada dekat depan rumah Kak Ya and act like he's a stalker?" Tanyaku. Ayden mengangguk.

"Sebab abang yang suruh dia. Lepas je awak dapat message from him, abang tak sedap hati. That's why abang minta tolong dia. Dia minta izin abang untuk tengok telefon awak, tahu semuanya pasal awak. Abang izinkan sebab abang percayakan dia. Pasal rumah Kak Ya, abang yang minta tolong dia untuk teliti setiap sudut perkarangan rumah Kak Ya dengan Abang Hariz. Untuk tengok is it possible if someone curi-curi masuk rumah Abang Hariz. Sebab tu, dia muncul dekat depan rumah Abang Hariz. Abang terpaksa rahsiakan identiti dia sebab itu permintaan dia sendiri. Since today, abang dah agak yang awak akan target dia sebagai suspek utama, jadi abang terpaksa beritahu awak." Kata Ayden. Aku terdiam.

"Then.. Zafril? What happened to him?"

"Zafril masih lagi hilang."

"Haritu, saya nampak badan Ilham penuh dengan luka." Kataku. Ayden menatap aku.

"Sebab itu awak syak dia kan?" Tanya Ayden. Aku diam sebelum aku mengangguk.

"I know it. Okey.."

"Bila dia dapat kesan lokasi nombor telefon yang hantar gambar Zafril dulu, dia terus pergi gudang lama tu. Dia pelik sebab sampai sahaja dekat sana, kosong. Bayang Zafril pun tak ada. Puas juga dia siasat gudang tu. Semakin lama Ilham siasat, dia akhirnya tahu satu rahsia yang agak mengejutkan. Abang pun terkejut. Sebab tu, Ilham kena serang dengan dua orang lelaki tapi nasib baik Ilham lebih cekap, dia dapat lari dari gudang tu." Kata Ayden.

"Rahsia apa?"

"Gudang tu adalah tempat di mana operasi pengeluaran organ dari tubuh badan manusia yang telah diculik itu dijalankan. Bukan itu je, gudang itu pun tempat mereka menjalankan pemerdagangan manusia secara haram dan penjualan organ dalaman secara haram. Ilham berjaya mengambil beberapa bahan bukti." Kata Ayden. Aku menegakkan tubuhku dan mulutku aku tutup. Tidak percaya. Pengeluaran organ? What? Entah-entah Zafril?

"Then apa kena mengena saya dalam hal ni? Saya jadi target diorang ke selepas ni?" Tanyaku dengan cuak. Ayden gelengkan kepalanya.

"He want you, Hawa. That man. He likes you. Sebab tu dia culik Zafril. Dia nampak Zafril hampir nak serang awak masa dia jumpa awak dekat pejabat abang." Kata Ayden. Aku memicit dahiku. Migrain kepalaku dibuatnya. Tiba-tiba dapat cerita yang agak mengejutkan ini.

"Then.. Why Abang Hariz?"

"Sebab dia nak beri peringatan dekat kau Hawa." Aku menoleh ke arah suara itu. Ilham. Dia bersandar bahu di dinding sambil memeluk tubuhnya.

The Way I Loved You [Completed] 🌹Where stories live. Discover now