DARI mata yang mula meredup penat, jelas si gadis melihat raut wajah seorang lelaki yang tegang. Sesekali lelaki itu meraup rambut yang sudah tidak lagi tersisir kemas. Yang pasti, dia yakin lelaki itu sedang marah. Dia pula tundukkan wajah. Gelisah sendiri menanti keputusan. Beberapa kali dia dengar dengusan kasar lelaki itu sambil membetulkan salah faham yang nampaknya makin memburuk. Kelihatannya sia-sia. Pegawai yang berdiri di hadapan lelaki itu tidak menunjukkan sebarang tanda yang mereka akan mempercayai apa yang keluar dari mulut lelaki itu lagi.Tiba-tiba pintu pejabat agama dirempuh masuk oleh dua orang lelaki. Ada sesi bertegang-urat berlangsung. Dua orang lelaki yang masuk tadi sudah pasti menyebelahi rakan mereka. Walaupun begitu tiada tanda-tanda si pegawai akan mengalah dengan keputusan yang telah mereka putuskan sebentar tadi.
Semalam, seorang gadis gelandangan ditangkap basah dengan seorang lelaki. Mereka berdua dibawa ke pejabat agama untuk perbincangan lanjut dan pihak jabatan menasihati agar si lelaki mengahwini gadis gelandangan itu kerana mereka ditemui berdua-duaan di dalam bilik hotel.
Puas Qal menafikan dengan mengatakan ia cuma salah faham, tapi sia-sia. Qal sudah mati akal untuk menerangkan situasinya. Pegawai yang berurusan dengannya adalah sejenis yang tegas, tidak mahu bertolak ansur. Sedangkan apa yang berlaku malam itu adalah satu kemalangan yang Qal sendiri tidak tahu mana pokok dan pangkalnya!
"Perempuan tu siapa, Qal? Macam mana kau boleh kena tangkap basah dengan dia?" Nadim menyoal sambil berpaling melihat seorang perempuan comot tidak terurus sedang duduk
di sofa menunggu keputusan akhir."Aku tak tahu. My brain is very unclear, Nadim. I can't remember what happened last night. Bila aku sedar aje, dia dah ada dengan aku dan kami kena tangkap khalwat."
"Dia homeless ke, Qal?" Azraq pula berbisik sambil menjeling ke belakang melihat perempuan asing itu.
"Aku pun rasa macam tu," balas Qal mendatar. Sesi rundingan di pejabat agama sudah tamat. Keputusan sudah diputuskan atas saranan dan nasihat pegawai agama.
"Lagi satu..." Qal bangun dan berdiri di hadapan gadis itu.
"Kau tak ada dokumen pengenalan diri langsung ke? Macam kad pengenalan atau surat beranak?" soal Qal dingin.
Si gadis gelandangan terkebil-kebil sebelum dia geleng kepalanya. Mata penuh dengan kekeliruan dan tiada hala tuju.
"Kau tahu apa yang jadi kat kita?" soal Qal lagi.
Nadim dan Azraq hanya memeluk tubuh merenung gadis itu dari belakang. Rambut gadis itu lurus dan kering tidak terjaga. Kulit gadis itu sedikit gelap. Mungkin agak lama
dibakar cahaya matahari. Baju yang dipakai gadis itu pula baju-T khas potongan lelaki, saiz besar hingga lutut, berwarna kelabu, agak lusuh dengan kesan robek di hujungnya. Seluar
pula, jean yang lusuh warnanya."Kita kena kahwin." Qal dekatkan wajahnya dengan wajah gadis itu. Dia mengetap gigi melihat gadis itu hanya diam membalas tatapannya tanpa riak.
"Ini yang kau nak kan? Sebenarnya kau yang perangkap aku kan?" Soalan Qal agak kasar.
Si gadis memalingkan wajahnya dengan hela nafas berat.
"Kau mengeluh depan aku?"
"Sabar, Qal!" Nadim menepuk bahu Qal. Pandangan mata tajamnya turut menghunus ke wajah gadis gelandangan itu.
"Sekarang kita tak ada pilihan. Macam pegawai tu cakap..." Nadim hela nafas panjang.
"Kalau kau nak fight pun, nampak macam sia-sia. Kau mabuk malam tu dan kau ditangkap berkhalwat pula dengan perempuan tak ada asal usul ni. Kalau kau rajin nak fight turun naik mahkamah, kau tak rasa ke nanti sepanjang proses akan keluar berita yang tak elok pasal kau? Kau tu sudahlah baru setahun jagung dalam business. Kalau orang nak lingkupkan, kejap je, Qal. Jadi, buat masa sekarang, kau kahwinlah dengan dia. Sampai masa, kau lepaskan dia. Cukup kita tutup kes ni kejap. Dan anggap semua yang jadi hari ni selesai." Nadim menyampuk sambil geleng kepala melihat gadis gelandangan
itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
SHE
RomantikMahu menolong, malah disalah erti dan akhirnya membuatkan seorang gadis gelandangan terpaksa berkahwin dengan lelaki kaya.