Niat tulus ingin memberi bantuan malah disalah erti menyebabkan seorang gelandangan perempuan yang tiada identiti dikahwinkan dengan seorang jejaka tampan yang sempurna hidupnya.
Qaled Zavian, dalam marah dan syak wasangka terhadap gadis asing itu, tetap ada secebis simpati. Lantas Qal reda menerima wanita gelandangan itu sebagai isteri.
Shefrin, itulah nama yang Qal berikan buat isterinya. Tak dinafikan, Qal beri Shefrin rasa nyaman yang Shefrin sendiri takut andai suatu hari dia mula mendambakan kasih-sayang sementara itu. Ditambah lagi, kata-kata dan perbuatan Qal bagai satu harapan menghiris hati kecilnya.
"Tak pernah saya rasa hujan boleh membahagiakan saya macam hari ini." – Shefrin
"Tiap kali hujan, ingatlah aku. Aku akan buat kau bahagia." – Qal
Bahagia? Bahagia dengan rasa yang tidak layak itu sebenarnya menyakitkan. Semanis apapun Qaled Zavian, Shefrin tetaplah orang luar.
"Jadi betullah kau tolak Melina masuk dalam kolam? Sebab apa?" – Qal
"Saya cuma tak ada rumah. Tapi saya masih ada maruah, tau?" – Shefrin
Akibat tidak tahan terus-terusan dijadikan mangsa, Shefrin menghilang. Hilang jauh daripada kehidupan Qal dan kawan-kawannya yang penuh racun itu. Kehilangan yang membuatkan Qal hilang arah mencari Shefrin seperti orang tiada akal sihatnya.
Hinggalah Misha Kailani, pewaris Casamia muncul memberi tamparan kepada semua insan yang pernah membuli dan menghina Shefrin dahulu. Namun, Qal masih mencari ...
"Aku rindukan Shefrin! Bukannya Misha!" – Qal
Siapakah Misha dan kemana perginya Shefrin?
Dapatkah rindu itu temui pemiliknya?
Tak mati tapi dirindui. Tak hilang tapi dicari.
"Kita terlalu tamak memiliki, tapi kita lupa siapa PEMILIK kita."
________________
PBAKL
2024FAQ:
1) Ada perubahan daripada plot asal?
= Tak banyak perubahan, cerita ni susah nak diubah memandangkan ianya saling berkait. Cerita ini juga dah terlalu panjang jadi agak sukar untuk saya buat penambahan lagi. Jika ada yang berubah mungkin dari segi olahan ayat dan beberapa babak penting yang saya lupa masukkan dulu tapi tak banyak. Sedikit sahaja.2) Akan ada di Shopee dan kedai buku?
= Ya. Buku ini tersedia di shopee dan kedai buku memandangkan ianya dibawah syarikat penerbitan.3) Buku She limited tak?
= Tak. Penerbit akan konsisten cetak selagi ianya masih laku.4) Adakah She ada babak Softporn?
= Agak sukar untuk saya claim buku saya suci kerana istilah softporn bagi setiap individu berbeza. Oleh itu, banyak bahagian di dalam buku She ini saya sudah dibuang dan dibaiki agar ayatnya tidak disalaherti. Pada pandangan saya, ianya sudah selamat daripada dikatakan 'softporn', tapi jika masih ada terlepas pandang, saya alu-alukan sebarang kritikan membina untuk saya baiki pada masa akan datang.5) Boleh dapatkan tandatangan author?
= Boleh, jika saya datang ke PBAKL dan ambil order sendiri. Sebarang update akan saya maklumkan di instagram saya.6) Sebelum baca buku She, kena baca buku apa dulu?
= Buku She stand alone, tak perlu baca mana-mana buku untuk faham jalan cerita.
YOU ARE READING
SHE
RomanceMahu menolong, malah disalah erti dan akhirnya membuatkan seorang gadis gelandangan terpaksa berkahwin dengan lelaki kaya.