02

18.8K 78 1
                                    

Pada suatu hari, Kamal memaklumkan akan pulang ke kampung atas urusan keluarga. Dia berpesan kepadaku untuk 'tengok-tengokkan Eza' semasa dia balik nanti. Kamal juga berpesan kepada Eza untuk mencari aku jika dia perlukan pertolongan atau sebagainya. Eza akur dan aku sempat berpesan kepada Kamal untuk singgah ke rumah keluargaku di sana sekadar untuk merapatkan sillaturrahim. Pada minggu Kamal pulang ke kampung, aku terserempak dengan Eza yang sedang membeli barang keperluan dapur. Kami berdua sempat berbual sebelum masing-masing bertolak pulang ke rumah sewa. Pada malam itu, tiba-tiba aku rasa sunyi dan boring. Nak tengok wayang pun malas. Jadi aku terfikir untuk call Eza, kalau-kalau dia ingin menemankan aku ke kedai mamak. Aku tak letakkan harapan tinggi pasal Eza ni tunang orang dan kalau-kalau dia ada rancangan lain.

"Eza okey je," jawabnya di telefon apabila aku membuat panggilan. Aku sedikit gemuruh sebab ini kali pertama aku keluar dengan Eza tanpa Kamal. Sebelum tu aku telefon Kamal di kampung sebelum dia tahu dari orang lain dengan versi cerita berbeza. Nasib baik Kamal tak kisah. Eza pun rasanya percayakan aku sebab dia tahu aku dengan Kamal memang rapat sejak kecil. Semasa aku sedang memandu ke kedai, Eza ada telefon dan minta aku jemput dia di rumah.

Sejak aku jemput dia di rumah hingga kami tiba ke kedai mamak, boleh dikatakan banyak juga perkara yang kami sembangkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak aku jemput dia di rumah hingga kami tiba ke kedai mamak, boleh dikatakan banyak juga perkara yang kami sembangkan. Rupanya Eza ni bukannya jenis pendiam. Kalau tak, lagi bosan. Dalam masa aku berborak dengan Eza, aku tertanya juga macam mana hubungannya dengan Kamal. Okey ke tak okey ke. Pada mulanya Eza malas nak jawab tapi setelah didesak, baru dia buka mulut.

"Kamal ni asyik main game je. Nak balas Whatsapp pun payah. Sibuk la, apa lah. I ni tunang dia tapi kadang-kadang tumpuan dia lebih kepada kerja," katanya meluah rasa.

"Pastu bila kata sibuk, macam kita tak tahu dia main game handphone. Kadang-kadang I geram je," sambungnya lagi. "I lepak dengan Nazzer pun sebab tadi I Whatsapp pun layan tak layan. Beza betul dengan Nazeer. Ambik berat pasal I, suka mendengar, tak suka main game," katanya sambil mengacau air di dalam gelasnya.

"Jadi, kau dah bosan ke dengan Kamal?"

"Eh, takde lah macam tu. Cuma tak suka la."

Kemudian tiba-tiba datang idea gila dalam fikiran aku.

"Eza, aku nak tanya sikit boleh tak? Tapi kalau Eza tak nak jawab, tak apa. Naz faham."

"Naz nak tanya apa?"

"Hmmm, Eza dengan Kamal masa bertunang ni dia ada try benda pelik tak?"

"Pelik? Pelik macam mana tu, Naz?"

"Benda nakal antara lelaki dan perempuan."

"Ish, apa Naz ni tanya benda-benda macam tu?"

"Saja nak tahu pasal seingat aku, Kamal bukan jenis macam tu."

"Hmm, okey. Adalah sikit tapi taklah lebih-lebih," katanya kepadaku sambil tersenyum penuh makna dengan matanya merenung tepat ke arahku. Gemuruh pulak bila dia buat macam tu. Aku percaya kata-kata Eza, mungkin setakat cium-cium pegang tangan je kot. Selepas makan, aku hantar Eza pulang ke rumah sewanya. Semasa aku sampai ke rumahnya, ada lampu menyala di dalam rumah. Eza kata kawan serumahnya, Hawa ada. Dia pramugari. Aku hanya mengangguk dan aku ucapkan selamat kepadanya sebelum aku bertolak pulang ke rumah sewaku pula.

Tunang SahabatWhere stories live. Discover now