Salah Aku

699 16 0
                                    


"Mama, mama kerja apa?" soal seorang kanak-kanak berumur 3 tahun dengan ceria. Ketika itu, dia berada di dalam pelukan ibunya yang tumpuannya separuh pada anak kecil itu dan separuh lagi pada kaca televisyen yang memaparkan rancangan berita di TV11.

"Aik, tanya mama je? Tak nak tanya ayah?" usik ayahnya yang berada di sebelah mereka, sengaja membuat muka seidh dan meletakkan tangan di dada, menunjukkan rasa tersinggung. "Ali dah satu kerja ayah. Peneraju Cyberaya yang hebat!" jawab Ali, si kanak-kanak kecil itu. Ghazali, si ayah dan Aliya, si ibu hanya tergelak kecil melihat gelagat anak tunggal mereka itu. Aliya pula membuka mulut.
"Ali rasa mama kerja apa?" soalnya. Ali berfikir sebentar, mulutnya muncung ke depan dan jarinya diletakkan di dagu. "Ada clue tak?". "Clue? Hmm.. Kerja mama banyak tolong orang," kata Aliya.

"Ha! Kerja mama mesti doktor!" Ali meneka, namun hanya menerima gelengan kepala dari ibunya menandakan tekaannya itu salah. Dia mencuba lagi.
"Bomba?".

"Polis?".

Aliya masih menggeleng kepala. Ali hampir putus asa dan mula merajuk. Mulutnya dimuncungkan, dahinya berkerut dan kedua-dua tangannya disilangkan di dada. Ghazali dan Aliya tersenyum melihat anak kecil mereka.

9 tahun kemudian..

"Ali.. Ali!" jerit seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30-an. Ali, seorang remaja 12 tahun terbangun dari tidur. Dia memandang sekeliling dan ternampak ayahnya di muka pintu dan seekor kucing di atas riba.

"Ayah kena pergi kerja dulu. Sarapan ada atas meja. Jangan lupa bagi Comot makan jugak. Dan jangan buat hal. Ayah pergi dulu," kata Ghazali dengan tergesa-gesa sebelum bergegas ke tempat kerja meninggalkan anak tunggalnya dan kucing peliharaan mereka. Ali mengeluh, "Jom makan, Comot,".

Selepas sarapan, Ali bersiap-siap sebelum duduk di mejanya dan membuka komputer. Dia kemudian membuka pautan untuk perjumpaaan Akademi MATA secara atas talian. Setelah semua telah masuk, Ejen Leon mulakan bicara.

"Selamat pagi, semua. General akan brief tentang satu misi yang akan melibatkan semua ejen muka AkademI MATA. Kamu akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan diketuai oleh seorang mentor. Faham?". "Faham!" respons semua ejen muda di perjumpaan itu, walaupun tidak serentak disebabkan capaian internet masing-masing berbeza. "Bagus. Silakan, general," kata Ejen Leon, mempersilakan General Rhama untuk memulakan bicara.

"Terima kasih, Ejen Leon. Sebelum ini, kita berdepan dengan sekumpulan pemberontak dari pingiran. Disebabkan satu kecuaian besar oleh salah seorang ejen kita, orang ramai kini tertanya-tanya tentang kewujudan ejen-ejen rahsia di Cyberaya,". Untuk seketika, semua perhatiaan berahlih pada Ali. Ali hanya memandang bawah. Rasa bersalah dan menyesal mula menyelebungi dirinya. General menyambung,
"Benda sudah lepas. Cumanya disebabkan itu, MATA menjadi tumpuan orang. Ada juga yang telah menimbulkan khabar angin. Seperti mengaku diri sendiri sebagai salah seorang ejen dan sebarkan berita palsu, mengupah penggodam untuk mencari maklumat tentang MATA dan maklumat peribadi ejen semua,". Semua terdiam, tidak mampu bayangkan sekiranya maklumat seperti itu terbongkar. Mereka tidak mahu merbahayakan nyawa orang-orang yang terdekat dengan mereka.

"Baru-baru ni, Dr Tong diserbu di menara Alpha dan diugut untuk membongkarkan perkara sebenar tentang hal ini. Seperti yang kita tahu, ketiga-tiga peneraju tidak tahu tentang kewujudan MATA. Pesalah telahpun diberkas dan disoal siasat. Katanya bahawa ada seseorang di laman sesawang haram yang menawarkan habuan kepada sesiapa yang berjaya mendapatkan maklumat tentang MATA termasuk semua ejen dan berikan padanya. Pihak berkuasa sudah cuba untuk mencari laman sesawang itu tetapi tiada hasil. Ejen Karya,".

Ejen Karya menyahut, "Baik, General. Kamu akan terbahagi kepada empat kumpulan. Tiga kumpulan akan mengawasi ketiga-tiga peneraju Cyberaya, manakala lagi satu kumpulan perlu menyiasat laman sesawang itu dan orang yang menubuhkannya. Faham?" soal Ejen Inviso tersebut lalu menerima kata sepakat dari ejen yang lain. "Sekiranya semua sudah faham, boleh bersurai. Pembahagian kumpulan akan diberikan sebentar lagi," Ejen Leon menutup bicara, maka tamatlah perjumpaan itu. Namun, hanya para mentor sahaja yang keluar darpada pautan itu, meninggalkan ejen-ejen muda Akademi Mata.

Semua sudah tahu apa yang akan terjadi, termasuk Ali sendiri. Rozza, orang pertama yang berkata, "Heh! Kenapa kita yang kena betulkan silap dia?".

"Nak buat macam mana? Dia memang tak boleh diharap. Sekarang I.R.I.S. daan kena rampas, lagilah dia tak berguna," sambung Rudy. Apa yang dikatakan itu menerima ketawa dari Rozza, Jet dan Mika, manakala yang lain hanya terdiam. Begitu juga Ali. Dia sudah agak benda ini akan berlaku tak lama lagi.

"Ish korang ni! Ali dah minta maaf. Lagipun kalau bukan sebab dia, kita mungkin masih lagi di bawah kawalan pemberontak tu!" ujar Khai, ingin mempertahankan sahabatnya. Moon menyambung, "Entahnya. Ali yang kalahkan diorang. Bukan kau!".

Empat ejen itu tidak berpuasa hati. "Eleh, kisah apa? Kalau bukan sebab dia yang khianati MATA dan pergi curi azurium tu, benda takkan terjadi pun! Dasar pengkhianat!" teriak Jet. Korang tak tahu benda sebenar. Tak payah nak asyik tunjuk jari pada Ali. Kau tak tahu apa yang dia dah lalui," Alicia mencelah. Semua terdiam. Mika geram lalu membalas, "Weh! Tak kisahlah apa pun sebab dia. Tapi dia buat keputusan tanpa fikirkan apa yang betul dan apa yang salah. Dasar pengkhianat! Sebabkan kau, MATA dalam bahaya! Peneraju pulak kena serang. Ke memang kau sengaja? Entah-entah kau dalang-" belum sempat dihabiskan ayat itu, Alicia mencelah.

"Hoi, apa main tuduh-tuduh ni! Kata Ali yang tak reti beza betul dan salah. Habis menuduh tu tak salah ke?! Lagi satu, kenapa dia nak serang peneraju pula? Ali tu-" Alcia pula dipotong oleh Ali sendiri. AKhirnya dia bersuara selepas mendengar pergaduhan rakan-rakannya. Dia tidak mahu melihat rakan-rakannya bertengkar kerana dia. Kerana silap dia!

"Alicia, cukup. Memang aku bersalah. Aku takkan harap korang maafkan aku dan ikut koranglah kalau korang nak panggil aku pengkhianat ke apa. Tapi, aku sumpah bukan aku orang yang tubuhkan laman sesawang tu," kata Ali sebelum terus keluar dari pautan itu, meninggalkan yang lain terdiam kecuali empat orang ejen muda itu.

ALi menutup komputernya. Comot memandang tuan mudanya yang mengeluh. Kemudian, notifikasi MATA berbunyi di telefonnya lalu Ali segera mencapai alat teknologi itu.

Pembahagian kumpulan:

Selamatkan Dr. Tong di Menara Alpha: Rudy, Rozza, Mika, Ejen Gheeta

Selamatkan Dr. Mala di Menara Beta: Moon, Jet, Bulat, Ejen Bakar

Selamatkan Dr. Ghazali di Menara Gamma: Iman, Ali, Zass, Ejen Leon

Siasat laman sesawang: Alicia, Khai, Chris, Ejen Karya

(Heyyo. Lepas ini mungkin akan jadi lebih pendek sebab memang tak reti buat fanfiction panjang-panjang hehe.. Tapi jangan risau lepas series ini juga akan ada series yang lain so stay tune!!)

Rahsia Terbongkar (EjenAli fanfiction)Where stories live. Discover now