Salah Faham

281 7 3
                                    


"Belum cuba belum tahu,"ujar Ali. "Kau bisik apa lagi, budak?!" celah Haziq.

"Percaya je cakap aku. Sasaran kau memang kami ke? Kenapa kau dendam sangat dengan kitorang?" Ali mula bersuara. Rancangannya untuk menyelamatkan keadaan bermula.

"HAHAHA! Kau tanya aku? Hoi! Kau tak kenal eh aku siapa? Korang semua ni memang tak kenal ke siapa aku?! Takpe-takpe. Biar aku perkenalkan diri dulu," ujar Haziq. Semua memasang telinga dengan sebaiknya, termasuk yang sedang meregang kesakitan.

"Aku Haziq. Akulah budak yang organisasi korang yang sampah ini, gagal selamatkan waktu tempat kerja ayah aku kena serang!" katanya. Mentor-mentor terkedu, manakala ejen-ejen muda dan ahli peneraju hanya diam keliru. Kecuali Ali.

"Hah? Tempat kerja ayah kau kena serang?" tanya Ejen Tekno itu. "Ya. Ayah aku merupakan CEO syarikat Megat Holding yang kena serang dengan pemberontak Cyberaya suatu ketika dulu," sambung Haziq.

"K-kau budak tu?" soal Ejen Bakar, tidak percaya. Misi menyelamatkan Megat Holding itu merupakan misi pasukan arwah kakaknya, Ejen Aliya.

"Betul tu. Tapi, aku dengar khabar, salah satu ejen tu dah mati. Jadi, aku balas dendam dekat organisasinya saja!" teriak Haziq kembali. Sementara itu, dia tidak perasan bahawa ketika itu ada seseorang yang sedang perlahan-perlahan mendekatinya.

"Apa kau mengarut ni? Jangan cuba tipu oranglah!" ujar Ali, mengejutkan semua orang. Khai bersuara padanya, "Ali, apa yang dia cakap itu betul. Memang ada dalam rekod sejarah M.A.T.A yang ceritakan pasal misi gagal ni,".

Ali menggeleng, "Tak. Semua orang dah salah faham. Kisah yang sebenar bukan macam tu,". "Apa maksud kamu?" soal Ejen Karya. Ali hanya mendiamkan diri, tidak ingin menjawab. "Apa-apa pun, kenapa kau nak balas dendam kat kitorang pulak?" Ali sambung.

"Sebabkan korang, ayah aku tinggalkan aku..Hah sudah! Buang masa saja cakap pasal ni! Biar aku- eh apa ni?!" teriak Haziq. Sekelilingnya dipenuhi asap kabus misteri, lalu segera menutup mulut dan hidungnya. Rupanya asap itu datang daripada rubik kiub milik Bulat yang sejak tadi menunggu masa yang sesuai sementara Ali mengalih perhatian Haziq.

Ali bergegas bergerak menuju ke arahnya. Dia tidak dapat melihat ejen muda itu disebabkan oleh asap kabus yang mengganggu penglihatannya. Ali mengambil peluang ini untuk beri serangan pertama.

Dia mengeluarkan gasing milik arwah mamanya lalu dilontarkan ke arah Haziq dan kena bahagian dadanya. Kemudian ketika Haziq mengalami kesakitan di dadanya yang terkena sesuatu benda yang keras dan kuat, Ali melontarkan pula gasing yang kedua. Kali ini, gasing itu masih bersambung dengan talinya dan apabila dia melontarkan gasing itu, ia tersangkut pada badan Haziq.

Ali berlari sepantas mungkin mengelilingi Haziq yang masih keliru, bersama tali gasing itu lalu ia mengikat Haziq seketat yang mampu. Setelah yakin Haziq tidak dapat bergerak atau melepaskan diri, Ali tendang Haziq dengan kasut istimewanya, membuatkan Haziq tumbang ke bawah tidak menyedarkan diri.

"Bulat, cepat ambil senjata dia itu. Cari cara untuk 'deactivate' robot nano tu!" arah Ali. Bulat tanpa membuang masa, melaksanakannya. Dia mendekati Ali dan Haziq lalu mencapai senjata yang dipegang haziq sebentar tadi. Selepas melakukan sedikit analisis dan belajar cara menggunakannya, dia halakan ke arah rakan-rakan dan mentor-mentor mereka yang masih dalam kesakitan dan tembak.

Mereka kembali pada asal setelah kesakitan itu hilang. Mereka bergegas ke arah Haziq yang masih di dalam ikatan. Tetapi semua orang menghentikan langkah masing-masing apabila Haziq berjaya melepaskan diri, menarik Ali ke arahnya dan membelitkan tangannya di leher remaja itu dengan sebilah pisau.

"Hoi, lepaskan dia-" belum sempat Iman menghabiskan ayatnya, Haziq mengugut, "Satu pergerakan dalam ruang ini, satu hirisan aku letak kat budak ini,". Ali tidak dapat bernafas dengan baik disebabkan tangan Haziq yang terlalu ketat belitannya.

Semua seakan-akan beku. Hanya satu ketawa yang mula memenuhi ruang. "Hahahaha!! Budak, mana kau dapat gasing ini? Aku kenal sangat gasing ini. Inilah gasing milik ejen yang tak boleh diharap itu!".

Ali cemas. Topi tercabut dan hoodienya telah jatuh ke belakang menampakkan seluruh kepala dan rambutnya, hanya pelitup mukanya saja yang dapat selamatkan mukanya dari ditonjolkan.

"Lepas diorang bawa kitorang keluar dari bangunan terbakar itu, ayah aku lari tinggalkan aku. Aku nak kejar tapi dihalang oleh gasing ini. Lepas tu tuan dia sendiri cabut. Dasar penakut!" kata Haziq betul-betul menampakkan geram dan dendamnya. Dia mendekatkan lagi pisau yang dipegangnya pada leher Ali membuatkan Ali makin cemas dan sukar bernafas.

"K-ka-u s-sil-lap.." Ali cuba berkata dalam kesesakan itu. "Apa kau kata?" soal Haziq sambil meleraikan sedikit tangannya.

"Kau dah salah faham. Kau kecik lagi waktu tu untuk nampak benda apa yang berlaku sebenarnya," kata Ali tercungap-cungap. Kerongkong udaranya baru saja dapat menghirup udara oksigen. Namun, pisau masih di lehernya.

"Apa yang kau tahu? Mana kau dapat gasing itu? Kau ini siapa sebenarnya?!" teriak Haziq, tangannya tangkas mendapatkan pelitup muka yang dipakai Ali. Satu-satunya benda yang masih menghalang identitinya dari terdedah.

Ada yang tersentak, terkejut dan ada yang tidak merasakan apa-apa buruk yang berlaku. Bakar tersentak, identiti Ali kini terbongkar. Yang lain tidak faham betapa buruknya situasi itu. Ghazali, terkejut melihat muka yang amat dikenalinya. Haziq juga terkejut, kerana dapat melihat muka ejen yang dikatanya sampah dan tak boleh diharap.

"K-kau..Muka kau sebiji dengan dia. K-kau anak dia ke?" soal Haziq, tangannya sudah dileraikan dari leher Ali yang kemudian sempat menjauhkan diri, walaupun dia sendiri tidak dapat terima apa yang telah berlaku.

Ejen-ejen lain selain Bakar dan para mentor terkedu. Anak? "A-ali?" soal Ghazali.

"Oh hahaha patutlah," ujar Haziq, sudah hilang akal. Ali kembali fokus pada situasi. "Haziq! Ejen yang ditugaskan untuk selamatkan Megat Holdings, namanya Aliya. Arwah dan pergi. Dan arwah tak bersalah dalam kejadian tu. Kau dah salah faham dengan apa yang kau nampak waktu kau kecik tu!" ujar Ali.

"Apa kau tahu? Kau tak wujud pun lagi waktu tu!" teriak Haziq.

"Sebab arwah dah cerita kat aku! Waktu pasukan diorang berjaya bawa semua orang keluar dari bangunan tu, ayah kau tak jumpa kau. Waktu tu kau dalam ambulans, sebab tersedut asap. Ayah kau ingat kau tak selamat lagi, jadi dia sendiri yang masuk balik bangunan tu untuk cari kau.

Kau tersedar dan nampak kejadian itu. Kau pulak cuba kejar balik, tapi arwah halang kau dari bahaya. Dia cuba selamatkan ayah kau, tapi tak sempat," terang Ali. Semua hanya terdiam.

"K-kau tipu! Biar aku bunuh kau sekali!" teriak Haziq dan mula berlari ke arah Ali, pisau sudah bersedia di tangannya untuk menikam. Namun, pergerakannya sempat dihentikan oleh Rudy dengan menendangnya dari tepi. Haziq tidak sedarkan diri.

"Dia dah tak bergerak," ujar Rudy. Ejen Leon mengangguk. "Baik. Cepat ikat dia dan bawa dia ke bilik tahanan sementara menunggu bantuan," arahnya. "Ejen Gheeta, bawa Ejen Karya dan pasukannya yang cedera teruk untuk dirawat," sambungnya lalu Ejen Gheeta menurut.

"Ali! Kau okey?" soal Moon. ALi mengangguk. Dia mendiamkan diri, kerana dia tahu akan ada satu suara yang memanggilnya, dan dia harus menerangkan segalanya pada orang itu.

"Ali? Memang kamu ke tu?" soal Ghazali yang kini berada di belakang Ali. Anak tunggalnya itu memusingkan kepala memandang ke arahnya. Mereka hanya bertentangan mata sebelum salah seorang bersuara. Sementara itu, peneraju yang lain dibawa ke bilik rehat dan yang lain yang tiada tugas hanya memerhatikan dua beranak itu.

"Apa semua ni? Kenapa kamu di sini pulak? Kenapa kamu buat kerja bahaya daripada duduk kat rumah dan belajar? Dan apa maksud dia kamu anak ejen yang gagal misi tu?" bertubi-tubi soalan Ghazali.

Ali membuka mulut. "Ayah, bagi Ali terangkan dulu sebelum ayah tanya banyak-banyak,". Yang lain yang menjadi penonton terkejut. "AYAH?!".

"Shh!!" marah Ejen Leon.
.
.
.
Hi gengg!! Bab baru!! Kali ni panjang sikit hehe. Harap korang suka. Lepas ni aku ada exam jdi harap korang dapt menunggu update aku. Jangan tinggalkan aku tau! Byee!!!
p/s - lukisan atas tu aq buat. ye thu buruk sbb aku mmg noob-

Rahsia Terbongkar (EjenAli fanfiction)Where stories live. Discover now