Apa Yang Aku Nak

198 9 5
                                    


"Berjumpa lagi kita, Dr Ghazali. Oh, patut ke aku panggil kau, 'abang'?" penyalah itu berkata. Senyuman gila terukir di mukanya. Wajahnya sudah seperti orang psiko yang ingin membalas dendam.

.

.

.

"Ali..".

"Ali!".

"ALI!!".

Terjaga Ali dibuat suara yang kuat memekik telinga. Mata dibuka dan mendapati bapa saudaranya betul-betul di depan muka. Cemas.

"Kenapa ini, uncle? Kacau saja Ali tidur," keluh Ali. Tidak ada benda lain yang dibuat selain main game dan tidur. Ulangkaji? Memang tidaklah.

"Ada kecemasan. Kau kena ikut datang HQ," ujar Bakar. Ali hanya menjeling. "Uncle dah lupa ke? Ali tak boleh keluar rumah!" kata Ali, suara ditinggikan sedikit.

"Bapak kau dah kena culik,".

Kata-kata itu membuatkan Ali terdiam, dadanya terasa sempit. Dia memandang ayah saudaranya dengan muka cemas dan terkejut. Bakar sekadar memberi anggukan, memberitahu Ali bahawa dia tidak salah dengar.

"M.A.T.A tak dapat jejak siapa dan ke mana lelaki ini. Cuma ada sesuatu pada dia yang boleh jadi petunjuk besar untuk kita. Mungkin kau boleh mengesannya," Bakar menjelaskan lalu diserahkan telefon pintarnya yang memaparkan video klip dari CCTV Menara Gamma kepada Ali.

Yang terpapar adalah seorang lelaki bertopi gelap membelit tangannya keliling Dr. Ghazali sebelum dia memandang ke arah kamera dan mengacukan pistol. Lalu satu tembakan terbunyi sebelum kamera sudah tidak berfungsi dan video itu berakhir.

Ali mengulang semula video itu berkali-kali bagi mencari petunjuk yang dikatakan Bakar dan akhirnya dia jumpa. Dia zoom in bagi nampak dengan jelas.

Lelaki itu mempunyai parut yang membutakan mata kanannya. Di lehernya juga terdapat tatu yang berupa seekor arnab bermata tajam. Ali amat kenali ciri-ciri ini. Dengan itu, dia amat mengenali lelaki itu.

"Afiq," sebutnya dengan berat. "Jom. Diorang dah tunggu," ujar Bakar. Ali masih tak bergerak. Bila Bakar perasan yang anak buahnya masih tak beranjak, dia toleh semula ke arahnya dan mendapati Ali memandangnya dengan aneh.

"Kau dah kenapa? Tercegat lagi ini ingat boleh selamatkan ayah kau?" soalnya. Ali memandangnya dengan pandangan garang. Ahh..rahsia sudah terbongkarkah?

"Apa kau nak, Afiq?" soal Ali, gasing sudah tersedia di tangannya. Bakar, ataupun yang dikatakan Afiq tergelak. Samarannya juga dinyahaktifkan.

"Apa yang aku nak..Adalah sesuatu yang korang rampas daripada aku!" teriak Afiq sebelum dia dengan tangkas berlari ke arah Ali. Ali tidak sempat mengelak daripada kepalanya dihentak dan akhirnya dia tidak sedarkan diri.

Rahsia Terbongkar (EjenAli fanfiction)Where stories live. Discover now