| Prolog

59 6 4
                                    


Kini , aku berada di depan raudhah dunia yaqni Masjid Nabawi . Merenung kubah hijau yang berada di depanku . Entah kenapa , ketenangan yang aku perlukan hanya disini . Setelah berjuta ujian aku tempuhi , akhirnya aku sampai kesini . Aku akui , aku tidak pernah merasai ketenangan di tempat lain selain daripada tempat ini.

Aku cukup rindu dengan insan mulia yang ada di dalam kubah hijau tersebut . Entah bagaimana , rasa itu hadir di dalam jiwaku . Rindu , itu saja yang mampu aku ungkapkan . Aku mengelamun dan terus mengelamun.

“ Dhee ! Buat apa merenung tu . Jom ikut saya , dah nak kena gerak ni. ” Ujar Ibnu Umar . Aku tersenyum melihat gerangan itu.

“ Tamam , kejap ya saya kemas barang . Awak pergilah tunggu dekat sana dulu . Saya gerak kemudian ya. ” Ujarku . Setelah berjuta kali aku ditempuhi ujian , aku sudah sedar , aku perlu jadi wanita yang berdikari tanpa mengharap kepada sesiapapun melainkan Rabbku sendiri.

Ujian mengajarku erti berdikari . Ujian mengajarku bahawa yang menolongku . Terlalu banyak ujian yang aku tempuhi hingga aku tak mampu untuk mengharap kepada manusia lagi.

“ Dhee zaujati , tunggu apa ? Pergi cepat . Nak kena tinggal ke macam mana ? ” Ujar Ibnu Umar.

“ Huh ? Oh maaf maaf . Termengelamun . Awak gerak dulu lah.” Terasa malu ditangkap mengelamun sebegitu . Walaupun sebenarnya itu memang hobi aku.
.
.
Selesai Dhee mengemas barangnya , mata Dhee melilau mencari Zaujnya . Melilau-lilau bebola matanya mencari zaujnya . Punya lama Dhee mencari , rupanya Ibnu Umar sedang duduk bersantai membaca kalamullah sambil bersandar di dinding tiang Masjid Nabawi . Seraya melihat zaujnya , Dhee mula tersenyum.

“ Satu , dua , tiga..baaaaa ! ” Sergah Dhee pada Ibnu Umar . Ibnu Umar terus terbatuk selepas disergah sebegitu.

“ Hahahaha ! Awak luculah ! ” Senak perut Dhee mentertawakan zaujnya . Tanpa Dhee sedar , Ibnu Umar sedang menatap tajam wajah Dhee yang terselindung disebalik niqab tanpa Dhee perasan.

“ MasyaAllah isteri siapa solehah sangat ni ? Kan saya tengah baca Al-Quran . Janganlah sergah begitu . Ha bagus sangat lah tu ya ? Lepasni jangan buat lagi. ” Ujar Ibnu Umar kepada Dheeya dengan nada tegas . Terdiam Dheeya Mardhia selepas mendengar nada tegas suaminya . Tahulah dia bahawa zaujnya itu sedang marah padanya kerana tiada adab dengan pembaca Al-Quran.

“ Allah Allah . Aseef zauji , maafkan saya. ” Ujar Dhee sambil menggetel-getel tangannya pada hujung niqabnya . Ini memang hobinya . Apabila dia buat salah , memang inilah hobinya.

“ BismillahiMasyaAllah , nasib bini je . Lain kali jangan begitu . Kita hormat orang yang baca Al-Quran hatta itu orang terdekat kita sekalipun . Jangan sergah-sergah . Orang baca Al-Quran , kita dengar dengan khusyu'. ” Nasihat Ibnu Umar pada Dhee dengan nada lembut . Ini memang kebiasaan mereka , jika salah seorang buat salah , mereka akan menegur satu sama lain dengan lembut . Itulah kebahagiaan rumahtangga.

“ Mari duduk sebelah saya . Hati-hati , angin tengah kuat . Jaga niqab dan jubah awak. ” Ujar Ibnu Umar.

Sementelah Dhee duduk , tiba-tiba Ibnu Umar keluarkan sesuatu daripada beg kecilnya . Dhee menunggu apa yang ingin Ibnu Umar keluarkan.

Rupanya , itu satu kertas yang bertulisan kaligrafi kalimah nama Rasulullah yang dibingkaikan dan kitab Syamail Muhammadiyah berwarna purple . Dhee pasti , itu tulisan Ibnu Umar kerana dia tahu , Ibnu Umar handal dalam menulis kaligrafi . Ibnu Umar menyerahkan bingkai itu kepada Dhee tanpa berkata apa-apa.

“ Untuk apa ini ? ” Kata Dhee sambil berkerut wajahnya melihat zaujnya . Walaupun begitu , tangannya tetap mengambil kitab Syamail Muhammadiyah dan bingkai kaligrafi tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jalan-Nya || DheeyaWhere stories live. Discover now