11

9.1K 402 22
                                    

MATTHEO menghamparkan tubuh sasanya ke kerusi empuk sebelum tangannya naik dan bermain di kawasan sekitar dagunya. Kejadian di mana dia melemaskan gadis yang telah meragut nyawanya adiknya kembali bermain di mindanya. Bibir merah delima itu terus berdecit sinis.

Wajah Orked yang tercungap-cungap mencari oksigen berulang kali bermain di fikirannya. Sikit pun dia tidak merasakan simpati malah dia rasa tidak puas hati. Seharusnya wanita sundal seperti itu harus menderita lebih, lebih daripada itu.

Tanpa disedari, sebelah tangannya mengepal penumbuk geram. Riak wajah tampan tadi sudah berubah tegang. Sepasang anak mata berwarna kelabu pekat itu terlihat sudah dipenuhi dendam dan amarah.

Gigi diketap kuat sehingga terdengar bunyi gigi yang bergeser di antara satu sama lain.

Serta-merta gambar frame yang terdapat gambar Mikhael dipandang. Wajah adik lelaki ketika baru sahaja tamat peperiksaan SPM sedang tersenyum lebar sambil memegang kertas bertuliskan 11A bersama jambakan bunga. Amarahnya bagaikan terpadam tatkala mengingatkan kembali kenangan tersebut.

Mikhael Aryan Knight merupakan anak bongsu dalam keluarga Knight meskipun begitu sepasang nama itu sentiasa membanggakan keluarga mereka dengan pencapaian cemerlang yang diperolehinya sejak dari kecil. Namun begitu, Mikhael berbeza daripada seluruh ahli keluarganya. Lelaki itu tidak mahir bersosial, sering dipulaukan di sekolah mahupun universiti kerana sikap penyendirinya malah pernah dibuli kerana terlalu lemah untuk melawan semula.

Kerana itu, Mattheo sentiasa ada untuk melindungi adik lelaki kesayangannya. Sesiapa sahaja yang berani menyentuh walaupun seinci kulit Mikhael pasti kehidupannya berakhir tragis. Semua yang pernah membulinya hilang begitu sahaja semuanya kerana ulah Mattheo.

Mikhael bagaikan cahaya dalam keluarga mereka. Meski di sekolah selalu menjadi bahan gurauan tetapi di rumah, dia lah penyeri keluarganya. Jika semua sedang sibuk berkerja, Mikhael akan sentiasa berjaya untuk menyatukan keluarganya untuk melakukan perkara selain kerja dan meluangkan waktu bersama-sama sebagai satu keluarga.

Sehingga kejadian buruk itu menimpa. Cahaya yang menerangi keluarga mereka bagaikan terpadam, begitu sinar kebahagiaan yang pernah menerangi keluarga mereka. Seluruh ahli keluarga mereka bagai berpecah-belah, Datin Amaya berubah murung manakala suaminya lebih memilih menghabiskan waktu dengan kerja. Mikayla dengan dunianya begitu juga dengan Mattheo.

Seluruh ahli keluarganya benar-benar terkesan dengan kepergian Mikhael. Kini hanya kegelapan menyelubungi mereka.

Mattheo mengesat air matanya yang terasa mengalir, frame gambar adiknya diletakkan kembali. Dia tidak seharusnya menjadi lemah, dia ada dendam yang harus dilunasi. Dan selepas sahaja dendam itu terbalas, Mattheo pasti keluarga mereka akan kembali harmoni seperti dahulu. Dia yakin Mikhael akan tenang di sana sekiranya gadis ini menerima nasib yang sama seperti adiknya.

Amarahnya bagaikan menyala semula.

Jam tangan dikerling sekilas, waktu menunjukkan sudah pukul 2 petang. Dia tidak mahu lagi mengadap kerja, dia ingin bertemu dengan gadis yang menyebabkan segala kekacauan ini berlaku. Dia ingin pastikan rasa amarah yang sedang terbakar ini dipuaskan. Selagi dia tidak dapat menyentuh tubuh kecil itu, selagi itu hatinya tidak dapat merasakan tenang.

Tanpa berkata apa-apa, Mattheo melangkah angkuh meninggalkan ruangan pejabatnya lalu kakinya diatur menuju ke kereta Rolls Royce Phantom miliknya. Tulang punggung dilabuhkan tatkala pemandunya membukakan pintu untuknya.

"Pulang ke apartment atau rumah agam di Desa Permai tuan?" Kaca mata disarungkan ke wajah lalu pandangan matanya dihalakan ke arah luar.

"Rumah agam di Desa Permai." Balasnya dingin. Lelaki yang lengkap berpakaian pemandu itu sekadar mengangguk akur. Kereta dipandu menuju ke tanah persendirian milik lelaki itu.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now