Bab 1

43 7 22
                                    

—

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Lagu Flower dari Jisoo Blackpink bermain di dalam kereta Mercedes Tuan Nufail, papaku. Dia ketuk-ketuk stereng sambil kepalanya diangguk-anggukkan. Amboi papa, selera lagu macam orang muda.

Mataku tertumpu ke luar. Jalan yang asing, ini pertama kalinya aku menuju ke Eden High, sekolah international ternama dan paling terkenal di bandar Amanjaya. Kalau boleh semua parents nak hantar anak mereka sekolah di sini.

Apa aje ada kat Eden High ni sampai semua orang nak masuk sekolah ni?

"Dah sampai. Nak papa teman sampai pejabat ke?" Papa berlawak.

"Come on la, pa. Hazel dah besar la. Hazel boleh buat sendiri," ujarku selepas mencium tangan papa.

"Papa tanya aje. Kalau ada masalah apa-apa tanya Haidar tu. Boleh tak Haidar?" Papa menoleh ke belakang melihat Haidar sibuk dengan PUBG di telefonnya.

"Alright, pa. No problem! Araz dengan Ariz pun ada," jawab Haidar. Matanya masih melekat pada telefon. Itu tak Chicken Dinner tak tahulah.

"Okay, bye bye." Aku turun dari kereta bersama Haidar. Pintu aku tutup. Laju saja pacuan empat roda itu meninggalkan sekolah.

"Welcome to Eden High. Sekolah baru huh?" Aku berkata perlahan.

Klise kan? Seorang perempuan. Pindah sekolah baru.

Entah-entah nanti aku terlanggar seorang badboy Eden High yang dingin dan bermulut puaka seperti cerita Wattpad yang aku pernah baca. Takpun ada lelaki handsome yang popular tiba-tiba memaut lengan aku dan meminta aku untuk menjadi girlfriend tipu-tipu dia.

Ceh, berangan jelah.

Aku lihat sekeliling. Semua baju style gila nak mampus. Aku pandang baju aku. Baju kurung biasa berwarna merah jambu soft dengan corak bunga-bunga kecil menjadi pakaian pilihan hari pertama aku menjejakkan kaki di sini.

"Woi kak, mengelamun apa? Ikut aku cepat." Haidar menarik tangan aku.

"Hazel!" Satu suara yang aku sangat kenal memanggil. Harraz Akasyah, abang aku, berdiri di tepi pagar bersama adik kembarnya, Harriz Akasyah.

"Kenapa pakai mask ni?" Harriz menyoal tatkala aku dan Haidar menghampiri.

"Malu lah."

"Okay, faham." Harriz angguk saja.

"Aku pergi dulu tau korang. Sorry tak boleh rehat sama-sama nanti!" Laju Haidar meninggalkan kami bertiga. Mesti dia rasa aku beban, jadi dia tinggalkan aku kat Harraz dengan Harriz.

"Meh, pergi pejabat," ajak Harraz.

"Nak Ariz bawakan beg tak?" Tiba-tiba Harriz hulur tangan ingin mengangkat beg sandang aku.

"Eh tak payah, tak berat. Hazel bawa tab je." Aku senyum tipis sambil memandang sekeliling.

Seram. Rasanya ada banyak mata sedang memandang ke arah kami. Ataupun tu hanya perasaan aku saja?

The Princess Where stories live. Discover now