Bab 3

27 5 20
                                    



Bunyi alarm dari telefon pintarku memecahkan kesunyian pagi. Aku mengeluh perlahan, mematikan alarm dan bangkit dari katil. Mata masih terasa berat, namun aku harus bersiap untuk hari kedua di Eden High. Semoga hari ni lebih baik dari semalam.

Setelah mengumpulkan semangat, aku menuju ke bilik mandi. Selepas mandi, solat subuh didirikan. Aku duduk di depan meja solek. Toner, moisturizer dan tinted sunscreen disapu ke muka. Itu saja, sebabnya aku tak pandai makeup.

Aku memilih pakaian yang sederhana namun selesa – blouse putih dan skirt biru. Shawl putih aku lilit dan pin dengan kemas.

"Hazel! Breakfast dah siap!" Suara Mama bergema dari dapur.

"Coming!" Aku membalas sambil menyusun buku-buku ke dalam beg. Aku segera turun ke bawah dengan sekeping mask dan mask extender chain di tangan.

Di meja makan, keluarga kecilku sudah berkumpul. Papa sedang membaca surat khabar, Mama sibuk dengan sarapan, dan Haidar sedang khusyuk dengan telefonnya, mungkin bermain PUBG seperti biasa.

"Morning, sayang," Papa dan Mama menyapaku serentak.

"Morning, Hazel!" sapa Haidar tanpa mengangkat muka dari skrin. Aku tersenyum dan duduk di sebelahnya.

"Kau tengok apa tu Haidar?" soalku apabila skrin telefonnya menunjukkan seorang kelaki berkaca mata sedang berucap. Lain puka dia, ingatkan main PUBG.

"Tengok Dr. Adam Zubir, 5 tips jadi jutawan." Khusyuk Haidar menonton sambil tangannya menyuap makanan ke dalam mulut.

"Wow, impressive...." Aku mengangguk. Tak sangka.

"Real ke tu?" Papa tidak percaya. Dia lipat kemas surat khabarnya. Barangkali sudah puas membaca.

"Real, papa." Aku menyenduk nasi goreng tom yam ke pinggan.

"Hmm, sedap!" puji aku selepas suapan pertama. Mama memang hebat memasak.

"Macam mana sekolah semalam?" Mama bertanya. Dia menuangkan air teh o ke dalam cawannya. Dia menyisip teh dengan perlahan.

"Seronok! Ariz buat tour semalam. Lepas tu Hazel dah ada kawan dah! Nama dia Wany dengan Hana." Aku berkata riang. Tak sabar sebenarnya nak ke sekolah.

"Baguslah. Nanti ajaklah kawan kawan datang rumah."

"Okay, mama."

"Araz dengan Ariz mana? Tak nampak pun." Aku menyoal apabila kedua-dia abang aku tiada langsung di meja makan.

"Merempit pergi mamak." Papa selamba menjawab. Nampaknya betul la tu.

"Lepas ni terus ke sekolah atau nak singgah mana-mana dulu?" tanya Papa,

"Terus ke sekolah, Pa. Banyak benda nak settle," jawab aku.

Selepas sarapan, kami bersiap untuk keluar. Haidar dan aku menaiki kereta yang dipandu Papa. Aku mengambil kesempatan ini untuk memakai mask. Sepanjang perjalanan, Haidar masih tekun menonton video doktor kewangan tadi.

Lantak kaulah dik, tengok video macam tu bermanfaat juga daripada kau main PUBG.

"Sampai!" Papa berhenti di depan Eden High. Aku mencium tangan Papa lalu keluar dari kereta. Haidar berdiri di sebelah selepas telefonnya disimpan ke dalam poket.

"Kau sengaja kan tinggalkan aku semalam, Haidar." Aku siku lengan kiri Haidar.

"Haah. Alah bukan apa, tapi pejabat dengan kelas pertama aku jauuuuuh sangat. Itu yang tak dapat tolong. Sorry kak, sayang kau busyuk masam." Haidar beri mini love menggunakan kedua tangannya. Kemudian dia membentuk love besar di atas kepala. Eleh, ingat comel?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Princess Where stories live. Discover now