Malam diKota Saranjana.
Huhh.. huhhh... ( tercungap-cungap berlari )
Hidupku sering dilanda gelisah kerana duit aku sanggup melakukan apasaja. Sudah 3 bulan waktu yang dijanjikan untuk membayar duit yang aku pinjam dari Ahlong. Aku bukan kaki judi dan juga bukan pencandu dadah dan alkohol.
Tetapi duit yang aku pinjam adalah demi merawat ibu tiriku yang terlantar sakit di hospital. Ibuku tiriku merupakan penghidap kanser tahap 2 namun kata doktor kanser itu perlu dirawat dengan segera demi kesembuhan ibu tiriku. Walaupun dia tidak melahirkanku tetapi jasanya tetap besar kepadaku selama ini.
Malam 3 bulan terakhir hari pembayaran duit tersebut aku dikejar oleh anak buah Ahlong. Kuchai, Laknat dan 3 lagi anak buahnya mengejarku sambil memegang senjata tumpul ditangan mereka. Jika perlawanan satu lawan satu mungkin aku dapat kalahkan mereka namun yang mengejarku ada 5 orang mereka juga berbadan sasa sambil membawa senjata.
Aku yang takut dipukul terus berlari melarikan diri. Aku cuba untuk sembunyi dengan menyelbungi badanku dengan kadbod dan kotak di tempat sampah.
Kuchai: Haishh mana pulak anak setan tu macam pelesit dia lari
Anak buah 1#: Boss saya rasa dia mungkin ada dekat sekitar sini juga boss saya cuba cari dekat kawasan tong sampah besar ni dulu boss cari kat sana.
Kuchai: Haaa! yelah dah 3 bulan kita kejar dia tak juga dapat-dapat ni kalau aku dapat aku rembat kaki dia. Boss besar pun dah naik hangin dah.
Aku yang sembunyi tepi tong sampah cuba untuk mengawal nafasku yang sedang tercungap-cungap supaya tak diketehui Kuchai dan anak buahnya.
tiba-tiba aku terkejut dengan jeritan anak buah kuchai.
Anak buah 1#: Aaahhhhhh! Boss boss a.. aa... ada mayat dalam tong sampah (sambil terduduk menunjukkan jarinya kearah aku)
Jantungku berdegup cukup cepat kerana berfikir persembunyianku sudah deketahui oleh Kuchai dan anak buahnya.
Dalam hati kecilku : Matilah akuu.. ibu maafkan Syahmi ibu.. Syahmi tak dapat lagi berbakti untuk ibu. (sambil pejamkan mata dan mengerutkan dahi)
Kuchai: Haishh kau ni lain yang disuruh cari lain yang kau cari (sambil berjalan kearah tong sampah)
Anak buah 1#: Boss aku rasa kita cari kat tempat lain jelah boss
Kuchai: Ishh.. kau ni sana sikit biar aku tengok. Mayat perempuan mana pulak ni malam-malam macam ni. Aduhai.. (mengeluh sambil membelek perempuan tersebut)
Anak buah 1#: Boss kita cau dulu boss aku dah seram ni.
Kuchai: Ishh.. kau ni hantu tak wujud bodoh (sambil tunjal kepala anak buahnya)
Anak buah 1#: Aduh sakit boss
Tiba-tiba bunyi tapak kaki orang berlari kearah kami
Anak buah 2#: Boss.. boss.. Boss Laknat panggil
Mereka pun akhirnya beredar dari tempat persembunyianku. Habis berpeluh aku menahan panas didalam kotak. Aku tertanya-tanya Mayat siapa dalam tong sampah yang mereka katakan.
Aku agak takut untuk melihat namun kerana keingin tahuanku aku cuba mendekati mayat tersebut. Aku melihat sekujur tubuh wanita berbaring didalam tong sampah.
Aku cuba memastikan yang perempuan tersebut masih bernyawa atau tidak dengan menghalakan jari telunjukku dibawah hidungnya. Rupanya perempuan tersebut masih bernafas.
Dalam fikiranku mungkin perempuan ini orang gila. Mana mungkin orang akan tidur dalam tong sampah yang berbau ini. Aku pun berniat ingin balik kerumah setelah memastikan semua anak buah Ahlong sudah tiada.
Tetapi setelah terfikir semula melihat perempuan tersebut yang berbaju compang camping tidur didalam tong sampah yang busuk membuatkan aku kesian melihatnya. Aku terus masuk kedalam tong sampah tersebut dan mengangkat perempuan tersebut. Agak ringan tubuhnya mungkin disebabkan tubuhnya yang kurus. Aku mengendungnya dibelakangku dengan berhati-hati turun dari tong sampah.
keruhhh...
Bunyi perut wanita tersebut. Dalam fikiran ku mungkin dia sedang lapar. Aku bergegas pulang kerumah sambil berhati-hati agar anak buah Ahlong tidak mengikutiku.
YOU ARE READING
Cinta ini milik dia dia dia
FantasyAku akan mulakan kisah ku ketika 5 tahun lalu sedang aku dikejar Ahlong. Aku takkan sembunyikan walaupun sedikit pun kepada kalian aku harap semua puas dengan kisah ku ini. Pengelaman yang cukup hebat bagi seorang Syah.