6

5.9K 78 19
                                    

Bab 6

TENGKU Fattah yang memandu atas permintaannya. Pertama, hendak tunjuk gentleman. Kedua, hendak menjalankan rancangannya. Sengaja dia bawa kereta dengan perlahan supaya dia tidak membazir minyak untuk U-turn nanti.

Dia mengetuk-ngetuk stereng menggunakan jari, kekok. Kadangkala dia berdehem, enggan suasana sesunyi itu. Namun Mia tetap membisu.

"Ustazah," panggil Tengku Fattah lirih.

"Ya?" jawab Mia sambil tunduk. Keadaan sangat janggal kini. Tengku Fattah yang gedik pun boleh diam kerana terlalu kekok, apatah lagi dia.

"Saya nak tanya ustazah sesuatu, boleh?" soal Tengku Fattah.

"Hmm, apa dia?"

"Ustazah tak kisah ke sekiranya ustazah ceritakan saya tentang ustazah? Maksud saya, personaliti, makanan kegemaran, artis kegemaran."

"Emm..." Mia diam seketika.

Tengku Fattah mengetap bibir. Dia pun tak tahu kenapa dia sangat pemalu apabila berdua-duaan dengan Mia di dalam kereta.

"Saya jenis yang pemarah, suka membebel, suka baling barang sekiranya marah. Saya suka makan semua jenis makanan, asalkan halal. Artis kegemaran saya, semua penyanyi screamo."

Kening Tengku Fattah terangkat. "Serius?" soalnya, tidak percaya.

Mia mengangguk.

Telefon Tengku Fattah berbunyi. Tengku Fattah memasang earphone lalu menyambut panggilan itu.

"Helo," ujarnya.

Mia membuang pandang ke luar tingkap.

"Hah? Kenapa?" Tengku Fattah kedengaran terkejut.

"Biar betul? Tapi abang tak bawak kunci rumah." Berkerut-kerut dahi Tengku Fattah.

Dia diam seketika sementara orang dalam talian bercakap.

"Takkanlah abang stay kat ofis. Papa kan sekarang ada meeting. Takkanlah abang tercongok kat ofis seorang diri?"

Diam lagi.

"Err..." Tengku Fattah mengerling Mia seketika.

"Abang sekarang dengan ustazah."

Mia menoleh apabila mendengar dia terlibat sekali dalam perbualan itu. Wajah Tengku Fattah kelihatan risau.

"Jap, abang tanya ustazah." Dia memandang Mia sekali lagi.

"Ustazah, tak apa ke sekiranya saya stay kat rumah ustazah sekejap? Sekejap aje. Habis lunchhour, saya pergi ke ofis," pinta Tengku Fattah.

Mahu tak mahu, Mia angguk saja. Tengku Fattah mengetap bibir, menahan senyuman daripada terukir.

"Okey, terima kasih ustazah." Dia kembali berbual dengan pemanggil tersebut.

"Fawwaz, abang stay kat rumah ustazah sekejap."

"Okey, bye." Talian dimatikan. Tengku Fattah menanggalkan earphone. Mia memandangnya geram.

"Tengku memang sengaja ke buat macam ni?" soalnya.

"Sengaja buat apa?" Tengku Fattah kembali fokus dengan pemanduannya. Kali ini, pedal minyak ditekan lebih kuat, seolah-olah dia tidak sabar untuk tiba di rumah Mia.

"Tengku memang sengaja nak stay kat rumah saya, kan?"

"Ustazah tak percaya saya? Seriously, ustazah? I've given you my trust, and even my heart.But you do not trust me at all?" Sengaja Tengku Fattah dramatik sedikit.

"Saya bukannya tak percaya Tengku langsung, tapi..." Mia sedikit teragak-agak setelah mendengar kata-katanya.

"Ustazah, biar saya terangkan perkara sebenar, okey? Tadi Fawwaz call saya, beritahu saya yang orang gaji kami balik kampung sebab anak dia beranak. Fawwaz sekarang on the way ke tuition, jadi tak ada seorang pun kat rumah. Mak saya jaga butik dan driver pulak hantar Fawwaz. Lepas dia hantar Fawwaz, dia pergi ke syarikat, tunggu bapa saya," terang Tengku Fattah dengan penuh hati-hati. Atau lebih tepat, berbohong.

Orang gaji dia sekarang kat rumah. Malah, dia ada 2 orang gaji.

Fawwaz sekarang kat rumah. Harapkan dia pergi tuisyen seawal ini?

Ibu dia pula juga sekarang kat rumah. Mereka tidak pernah ada butik kerana tiada daripada mereka adik-beradik sanggup mewarisi butik wanita, termasuk kakaknya.

Oh ya, dia ada bawa kunci rumah.

Bapa dia kini di rumah, kerana syarikatnya kini diwariskan kepada dia dan Tengku Isma.

Jadi maksudnya semua orang ada di rumah, termasuk kakaknya.

Mia mengetap bibir, memikirkan bagaimana reaksi ibunya kelak apabila Tengku Fattah datang. Sudahlah ibu dia tahu yang Tengku Fattah pernah beri bunga dan teddybear kepada dia.

"Oh ya, tentang personaliti ustazah tu," suara Tengku Fattah sambil senyum.

Mia menoleh.

"You really are an interesting girl."

Mia menyandarkan kepalanya. Mahu saja dia tarik balik kata-katanya tadi.

'Ya Allah, menyesalnya aku berbohong kat dia!' getus hatinya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"ASSALAMUALAIKUM," ucap Mia apabila masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum," ucap Tengku Fattah, cuba untuk kelihatan 'sesopan' mungkin.

"Waalaikumussalam."

Hajjah Rohani dan Haji Yusof menghampiri mereka apabila mendengar suara seorang pemuda. Dua-dua kelihatan keliru dan terkejut.

"Emm... mak, ayah. Ini kawan Mia. Kebetulan pulak kereta dia rosak, jadi Mia tumpangkan dia. Mak dan ayah tak kisah ke sekiranya dia berehat-rehat kat sini sekejap?" ujar Mia panjang lebar.

Tengku Fattah senyum lalu menghampiri 'bakal ibu mertua dan bapa mertua'nya.

"Boleh. Apa salahnya?" jawab Hajjah Rohani.

"Kalau auntie perlukan apa-apa pertolongan, suruh sajalah saya tolong. Saya pun tak senang kalau saya berehat-rehat aje kat sini," tutur Tengku Fattah dengan penuh sopan.

Mia yang menjadi pemerhati terkejut dengan perubahannya.

"Baiklah. Lagi satu, panggil aje saya 'mak cik'. Tak payah nak panggil saya 'auntie'. Tak biasa," jawab Hajjah Rohani sebelum ketawa kecil.

Tengku Fattah mengangguk sambil senyum.

"Haa... mak. Kita nak makan tengah hari, kan? Mak suruhlah kawan Mia ni tolong mak masak," celah Mia, sengaja mengenakan Tengku Fattah.

Tengku Fattah memandangnya. Matanya dibesarkan, seperti melarangnya berbuat demikian. Mia tidak memandangnya langsung, malah hanya memandang ibunya, berharap ibunya bersetuju.

"Diakan lelaki, takkanlah pandai kerja kat dapur," beritahu Hajjah Rohani, membuatkan Tengku Fattah tersenyum lega.

"Nama kamu siapa?" soal Hajjah Rohani.

Mia menelan liur. Tengku Fattah memandangnya seketika sebelum menjawab.

"Fattah Emir."

—————

Jeng jeng jeng. Agak-agaknya apa reaksi Hajjah Rohani apabila tahu yang dia ialah orang yang selalu beri hadiah kat anak dia? ;)

MAAF SEBAB BUAT CLIFFHANGER.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 30, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ustazah, Marry Me!Where stories live. Discover now