2

7.9K 63 2
                                    

Bab 2

TENGKU FAWWAZ keluar dari kereta BMW I8 milik Tengku Fattah. Tengku Fattah mematikan enjin sebelum mengekori Tengku Fawwaz yang telah pun berjalan masuk ke perkarangan sekolah. Dia memandang sekeliling kawasan sekolah itu.

'Ah... rindu pulak nak bersekolah semula,' bisik hati kecilnya.

Dia dan Tengku Fawwaz berjalan beriringan ke kelas Tengku Fawwaz. Apabila masuk ke dalam, Tengku Fawwaz berdiri di sebelah meja Cikgu Farisha dan Ustazah Mia yang sedang berbincang dengan bapa rakannya, Darwin. Setelah mereka selesai, Tengku Fawwaz duduk di hadapan Cikgu Farisha serta-merta. Mahu tak mahu, Tengku Fattah duduk di hadapan Ustazah Mia.

"Okey... Tengku Fawwaz..." Cikgu Farisha menyerahkan kad laporan Tengku Fawwaz kepada Tengku Fattah. Tengku Fawwaz pula sudah kecut perut apabila kad laporan itu bertukar tangan. Tengku Fattah membelek kad laporan tersebut. Keputusan adiknya dalam penggal pertama diteliti.

"Keputusan Fawwaz memang cemerlang. Malah, sangat cemerlang. Itu... saya tak nafikan," beritahu Cikgu Farisha. Tengku Fattah memandangnya serius. Tengku Fawwaz mengetap bibir.

'Fuyoo! Seriusnya muka abang! Ingatkan tak sama dengan mama dan papa dan kakak... rupa-rupanya sama!' desis hatinya.

"Tetapi... Fawwaz juga saaangat nakal di sekolah. Sekiranya dia bising, mulalah kawan-kawan dia bising," adu Cikgu Farisha.

Tengku Fawwaz memandang wajah abangnya. Masih serius! Tangannya mula berpeluh.

"Ustazah Mia pulak..." Cikgu Farisha menyuruh Mia membuka mulut. Mia mengangguk dan Tengku Fattah memandangnya. Apabila pandangan mereka bersatu, Tengku Fattah serta-merta terpesona. Wajah Mia ditatapnya. 'Cantiknya...' puji Tengku Fattah dalam diam. Wajah Mia seiras dengan pelakon Nelydia Senrose. Sebarang ayat yang keluar dari mulut Mia tidak didengarinya. Hanya kicauan burung dan degupan jantungnya memenuhi pendengarannya. 'Macam manalah rupa rambut dia... panjang ke... pendek? Perang ke... hitam? Lurus ke... ikal?' andainya dalam hati. Matanya tidak berkelip memandang Mia. Tengku Fawwaz menyiku Tengku Fattah apabila melihat abangnya sedang berkhayal. Tengku Fattah terpinga-pinga. Dia memandang Tengku Fawwaz dengan muka yang blur.

"Jom..." ajak Tengku Fawwaz lalu berdiri. Tengku Fattah hanya menurut.

"Dia dah habis beritahu ke?" soalnya apabila berdiri di sebelah Tengku Fawwaz.

"Dah... Abang yang berkhayal." Lalu Tengku Fawwaz tersenyum. Dia memandang Tengku Fattah.

"Cantik kan Ustazah Mia tu?" soalnya.

"Gorgeous," jawab Tengku Fattah. Wajah Mia kembali melayar di minda.

'Ustazah Mia...' bisiknya dalam hati.

"Nama penuh dia apa?" soalnya ingin tahu.

"Mia Asyikin binti Yusof Azri."

'Mia Asyikin... cantiknya nama... seperti tuan dia...' Tengku Fattah tersenyum sendiri.

"Emm... Fawwaz..." panggilnya.

"Yes?" Tengku Fawwaz memandangnya.

"Boleh tak tolong abang?" Dia memandang hadapan. Senyuman tidak lekang dari bibir. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar three piece suit yang dipakainya.

"Boleh. Apa?"

"Mana kereta ustazah?" soal Tengku Fattah. Wajah Tengku Fawwaz dipandang dengan penuh harapan. Tengku Fawwaz ketawa kecil.

"Jom ikut Fawwaz. Fawwaz ni stalker," jawabnya lalu berjalan ke tempat letak kereta Mia.

Senyuman Tengku Fattah melebar. Dia mengekori adiknya.

Ustazah, Marry Me!Where stories live. Discover now