PROLOG

1.5K 184 24
                                    

TINGKAH Syaffina yang sedang mengemas beg pakaian terhenti tatkala telinga disapa oleh bunyi pintu dibuka. Menoleh ke belakang, kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam bilik wadnya itu. Tatkala sepasang mata itu memandang ke arahnya, automatik pipinya berona merah. Dia menoleh semula ke depan.

"Dah siap kemas barang?" KK yang berhenti di hujung katil mengajukan soalan.

Syaffina geleng kecil menjawab soalan lelaki itu. Entah kenapa, suara rasa susah pula nak keluar daripada mulut.

"Ni ubat ya. Makan sampai habis. Ni surat-surat untuk awak bagi pada pensyarah tempat awak belajar tu. Ni kad temujanji seterusnya. Jangan ingat dah keluar ni terus bebas ya. Kena buat pemeriksaan juga dalam tempoh dua hingga tiga bulan," jelas KK seraya meletakkan beberapa paket kecil berisi pil, sepucuk sampul surat coklat serta sekeping kad kecil berwarna hijau.

Syaffina hanya mampu angguk kepala menerima setiap kata-kata KK.

"Awak okay ke?"

Syaffina angguk lagi. Zip beg pakaian ditarik.

"Habis tu kenapa diam je daripada tadi? Ada sakit kat mana-mana ke?" KK menyoal prihatin.

Syaffina menggeleng. Dia berharap lelaki itu cepat keluar dari bilik itu. Jantungnya sudah berdegup lain macam. Amma...

"Kenapa muka awak merah?"

Soalan KK itu membuat kepala Syaffina yang tadinya menunduk terangkat. Kedua pipinya dipegang.

"Awak demam ke?" Lagi soalan daripada KK.

"Tak... saya tak..." Tidak sempat Syaffina nak habiskan ayat, tiba-tiba dahinya disentuh oleh sesuatu. Mulut Syaffina terlopong sedikit.  Badan pula kejung seperti terkena renjatan electrik.

"Oh tak panas pun." KK jauhkan semula tangannya daripada dahi Syaffina.

Syaffina ketap bibir. Rasa mahu pengsan saja di situ.

"Okaylah. Jom, saya hantar awak ke bawah. Arya dah tunggu rasanya." Selamba, KK mencapai beg pakaian Syaffina di atas katil.

Syaffina tidak bangkit daripada kerusinya. Matanya hanya melihat susuk tubuh KK yang sudah melangkah ke pintu bilik wad itu.

"Fina, awak tak nak balik ke? Nak sambung duduk wad?"

Soalan KK menyentakkan Syaffina. Berdehem kecil cuba menutup rasa malu. Kemudian, dia bangkit perlahan-lahan. Langkah diatur menuju ke arah pintu.

"Kalau ada rasa sakit kat mana-mana nanti, terus datang sini ya. Jangan biar je."

"Baik." Ringkas Syaffina menjawab menerima pesanan KK.  Skrin LED kecil di atas pintu lif dipandang.

Ting!

Serentak bunyi dentingan itu, pintu lif terbuka. KK keluar terlebih dahulu diikuti oleh Syaffina di belakang.

"Fina!"

Syaffina memandang ke arah datangnya jeritan itu. Melihat Arya berdiri di sisi kereta sambil melambai ke arahnya, bibirnya ukir senyum.

"Ingat pesan saya.  Ubat kena habiskan. Kalau sakit datang hospital semula. Temujanji bulan depan datang. Faham?" KK berdiri menghadap Syaffina.  Beg pakaian yang dibawanya dihulurkan kepada gadis di hadapannya itu. 

"Baik doktor.  Terima kasih." Syaffina senyum segaris. Kalau ikut hati nak senyum sampai telinga. Yalah, dapat attention daripada crush.

"Sama-sama. Jaga diri."

Syaffina angguk. Pintu bahagian penumpang belakang dibuka. Baru separuh tubuh masuk ke dalam perut kereta, dia teringatkan sesuatu. Lantas dia keluar semula.

"Kenapa? Ada apa-apa tinggal?"

Syaffina menggeleng. Dia buka beg pakaiannya. Lalu sebuah anak patung saiz sederhana berupa monyet dikeluarkan. 

KK yang tidak mengerti apa-apa hanya memerhati. Tatkala Syaffina menghulurkan anak patung monyet itu kepadanya, dahinya berkerut. "Kenapa..."

"Tanda terima kasih sebab jaga dan rawat saya selama saya kat wad," ujar Syaffina.  Entah macam mana boleh ada kekuatan nak bercakap. Tadi bisu je.

"Lah, tugas saya sebagai doktor.  Memanglah saya..."

"Ambillah." Syaffina memandang KK penuh mengharap. Berharap lelaki itu menerima hadiah tidak seberapa darinya itu. Anak patung monyet itu dia kirim dengan Nadia beberapa hari lepas. Memang tujuan mahu beri kepada KK.

KK hela nafas perlahan. Huluran Syaffina disambut.  "Terima kasih."

"Sama-sama. Saya balik dulu. Kerja baik-baik ya. Assalamualaikum." Usai mengucap salam, barulah Syaffina masuk ke dalam perut kereta. Sempat dia melambai tangan ke arah KK sebelum kereta yang dipandu oleh suami Arya bergerak meninggalkan pekarangan hospital itu.

Sebaik hilang kelibat kereta Rayyan, KK mengalih pandangan ke arah anak patung di tangannya itu.  Perlahan-lahan bibirnya ukir senyum.

"Comel."

----

Assalamualaikum.  Marilah berdating dengan Doktor Kim. Maaflah lambat up prolog ni. Sepatutnya 1 Mei hari tu.

Baby Girl Series Book 4!
Happy reading! ❤

BABY GIRL MR KIMWhere stories live. Discover now