BAB 1

576 52 9
                                    

"MORNING Nad."

Nadia yang sedang bermain telefon bimbit di meja makan menoleh sekilas ke belakang. "Morning." Ucapan selamat pagi daripada Syaffina dibalas sebelum dia kembali menumpukan perhatian pada telefon bimbit di tangan.

"Sarapan apa?" soal Syaffina seraya menarik sebuah kerusi lalu dilabuhkan punggungnya.

"Roti je. Malas nak makan berat. Nanti aku mengantuk kat tempat kerja," balas Nadia. Telefon disimpan ke dalam beg silangnya. Kemudian, dia capai teko berisi air kopi panas lalu dituang ke dalam cawannya yang sudah kosong.

Syaffina angguk kecil. Sekeping roti dicapai lalu disapu jem coklat. Kopi panas di dalam cawan dicicip perlahan.

"Kenapa hidung kau merah, Fina?" soal Nadia, apabila dia perasan hidung sahabatnya itu agak kemerahan. Dah macam pakai blusher pula.

"Selesema."

"Kau demam ke?" Lagi soalan diajukan oleh Nadia. Wajah Syaffina nampak pucat juga.

"Taklah. Selesema je. Bersin-bersin." Syaffina suap roti ke mulut. Dahinya berkerut sedikit apabila menelan roti tadi.

"Dah selesema bersin bagai tu, nak demamlah jawabnya. Habis tu kau larat ke nak pergi kerja? Kalau tak larat, tak payah. Nanti aku bagitahu manager kau tak dapat datang, tak sihat."

Syaffina berdeham kecil cuba menghilangkan rasa perit di tekaknya. "Aku okaylah. Masih larat lagi."

"Kau jangan paksa diri. Jadi apa-apa nanti, naya je tau. Baik kau pergi hospital, ambil MC." Nadia memberi cadangan. Risau juga mahu membiarkan Syaffina terus kerja.

"Tak ada apalah. Sikit je ni." Usai memakan habis sekeping roti, dia habiskan pula air kopi di dalam cawannya. Usai itu, cawan kotor dibawa ke singki untuk dicuci.

"Konfem ni nak kerja?" soal Nadia inginkan kepastian.

"Iyolah. Banyak soal kau ni. Jomlah. Lambat nanti." Syaffina menonong keluar dari dapur, meninggalkan Nadia sendirian.

Nadia hela nafas perlahan. Dia bangun daripada duduknya. Cawan yang dia gunakan tadi dicuci bersih lalu diletakkan di atas rak cawan. Kemudian, dia berlari menuju ke pintu utama. Kasut di atas rak dicapai.

"Cepat Nad!" Syaffina yang berdiri di sebelah kereta mula bercekak pinggang. Sesekali dia lihat jam tangan.

"Ya sabar." Nadia cepat-cepat sarung kasut ke kaki. Kemudian, dia berdiri. Pintu rumah dikunci rapi sebelum dia berlari ke keretanya.

"Lambat sampai ni, habis point kena tolak tau," omel Syaffina sebaik masuk ke dalam perut kereta.

"Chill. Ni Nadia. Lima minit kita sampai," ujar Nadia, mula mengundur keretanya keluar dari garaj.

"Yalah kau. Cakap gebang," balas Syaffina, memberi jelingan tajam kepada Nadia.

"Tak percaya kau ya? Pegang seatbelt erat-erat."

Dahi Syaffina berkerut. "Kena..." Belum sempat dia ajukan soalan, kereta yang dipandu oleh Nadia bergerak laju di atas jalan raya keluar dari taman perumahan itu.

"Nad! Kau gila ke?" soal Syaffina, memegang tali pinggang keselamatan yang bersilang di tubuhnya dengan erat.

"Tadi kau bebel kata lambat. Ni aku nak bagi cepat. Mari kita!" Nadia semakin menekan kuat pedal minyak. Jarum pada meter had laju semakin menaik.

"Nad! Slow! Aku tak nak mati lagi!" Syaffina mula tidak tentu arah di kerusinya.

Nadia tidak hiraukan arahan sahabatnya itu. Semakin menggila dia memandu keretanya itu. Siap ketawa seperti pontianak lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BABY GIRL MR KIMWhere stories live. Discover now