Cereka Pendek Self-Challenge #1
Tajuk: Bukan Cerita Xx-ray
" So, Bat. Boleh kau terangkan kat aku tak helmet apa kau bikin ni. Nampak macam helmet daripada filem Aziz M. Osman je," ujar Anuar.
Jebat tersenyum bangga melihat reaksi air muka yang ditunjukkan oleh Anuar. Dia yakin
sahabatnya pasti akan kagum dengan ciptaannya. Rekaannya sedikit menyerupai rekaan helmet dalam filem sci- fi Malaysia yang meletup pada zaman 90-an dahulu, cuma rekaannya lebih moden dan anggun." Nampak je macam Xx-ray, tapi bukan. Ingat tak yang aku kata aku buat kajian sama ada boleh tak kita wujudkan konsep Schrodinger Linear dalam alam nyata? Helmet inilah jawapannya."
Anuar kebingungan. Dia cuba untuk berteka- teki dalam kepalanya apa yang Jebat cipta hasil daripada kajiannya. Sebelum ini dia bercerita entah apa benda entah, partikal Qausan entah apa entah, Jebat terlalu pakar dalam usia muda hal berkaitan dengan fizik kuantum. Yang pasti ia berkaitan dengan
konsep superposisi yang mana sesuatu objek boleh berada di tiga atau banyak tempat secara serentak atau boleh menjadi tiga tatarajah atau banyak secara serentak." Aku bagi kau penghormatan sebagai orang yang pertama mencuba helmet ni," kata Jebat ni tanpa menunggu sebarang tindak balas daripada Anuar. Nampak dia tidak bersabar untuk menunjukkan kehebatan ciptaannya. Anuar gusar.
" Woi apa ni? Tak naklah. Kalau jadi apa- apa kat aku kau nak bertanggungjawab ke?"Anuar keras menolak tatkala Jebat cuba memakaikan helmet itu secara paksa.
" Kau cubalah dulu. Aku jamin helmet ni tak berbahaya," desak Jebat.
" Kau nak prank aku ke apa?"
" Tak ada. Kau cuba je dulu," Jebat cuba meyakinkan Anuar.
" Kalau jadi apa- apa kat aku, aku saman kau nanti."
" Saman je lah aku. Aku tak takut," balas Jebat begitu yakin.
" Okay, aku pakai."
Anuar sendiri memakai helmet tersebut lalu memperkemaskan ikatannya. Jebat pula menekan suatu punat di suatu bahagian helmet. Paparan maya pun menyala di hadapan mata Anuar. Head Up Display ( HUD) sudah mula memaparkan simbol- simbol tertentu.
" Sekarang ni, kau tengok epal kat atas tu. Kau angkat tangan kau tu, bayangkan kau sedang
angkat epal tu."" Bayangkan?" Anuar blur- blur.
" Bayangkan je lah."
Anuar membayangkan apa yang Jebat minta. Dalam sekelip mata, epal pun terapung di udara.
" A-apa ni? Helmet apa kau bikin ni?"
" Inilah dia helmet telekinesis artifisial, Qausan Mark 1. Ia membolehkan sesiapa yang memakai helmet ni mempunyai kuasa telekinesis. Sesiapa sahaja yang pakai helmet ni, akan memiliki kuasa telekinesis. Cip yang ada dalam helmet ni akan mentafsirkan fikiran kita, dan menghasilkan imput yang diingini. Lepas tu, partikel Quasan yang ada dalam helmet ni akan menjadikan daya kinetik khususnya pada tangan kita berada di dua tempat yang berbeza. Epal ni yang kau nampak terapung ni sebenar menerima daya kinetik daripada tangan kau, walaupun kau tak sentuh pun. Sebabnya, daya kinetik yang ada pada tangan kau berada pada tangan kau dan epal ni serentak."
" So, basicaly lepas saya pakai helmet ni, saya ada superpower, gitu?"
" Ya. Setakat ni, apa yang boleh disuperposisikan di alam nyata ni hanyalah tenaga kinetik. Aplikasi daripada tenaga kinetik boleh disuperposisikan menghasilkan kemampuan telekinesis. Ini ciptaan yang boleh memangkin era baru revolusi teknologi seluruh dunia. Bayangkan kita cipta komputer yang menghasilkan output telekinesis yang menggerakkan tayar sebuah kereta, semua kereta yang ada akan bergerak tanpa enjin. Bayangkan robot gergasi macam robot Gundam yang selama ni susah untuk menghasilkan pergerakan yang laju.dan lancar, dengan komputer jenis baru, robot mecha
gergasi adalah sesuatu yang tidak lagi mustahil."" Wah, dahsyat ni. Ini boleh sampai boleh cetus Perang Dunia Ketiga ni. Tapi kalau objek boleh
disuperposisikan di alam nyata ni, apa aplikasinya pulak?"" Ini lagi best, kalau macam tu kita akan ada teknologi teleportasi."
" Fuh, teleportasi tu. Tak terfikir pulak. Kau memang geniuslah, Jebat."
Anuar terus menggerak- gerakkan tangannya untuk menggerakkan epal yang itu. Dia batak
dengan ciptaan Jebat. Jebat tersenyum melihat riak wajah Anuar kagum dengan ciptaannya. Dia rasa berbangga dengan ciptaannya. Pada masa yang sama terbit kegusaran hatinya kalau- kalau teknologi
partikel Qausan jatuh ke tangan yang salah.**Tamat**
YOU ARE READING
Bukan Cerita Xx-Ray
Science-FictionCereka Pendek Self-Challenge #1 Menceritakan tentang penciptaan teknologi baru dengan reka bentuk seakan- akan helmet Xx-ray daripada filem sci- fi terkenal oleh pengarah Aziz M. Osman