Sebuah kereta hitam metalik, bersinar saat cahaya matahari memancarkan cahayanya menyilaukan setiap mata yang melihat. Walaupun menyilaukan, hal itulah yang membuatkan setiap insan terpesona melihatnya. Kereta hitam itu memasuki perkarangan rumah Pak cik Adam yang seluas 2 ekar sahaja.
''uish, kereta siapa tu cantiknya! Kenapa nampak macam kereta tu menghala ke sini je. Ke aku yang mengigau pagi-pagi buta ni?'' Sarah berkata sambil melihat ke arah kereta hitam tersebut. Dia menggosok kedua belah matanya dengan ibu jari.
Saat seorang lelaki dalam ketinggian 6 kaki melangkah keluar dari kereta tersebut, seakan otaknya baru berfungsi, dengan bergegas dia berlari ke dapur sambil memanggil ibunya.
''umi, ada orang datang kat rumah kita.'' rambut hitam ikal mayangnya bergerak ke kiri dan ke kanan saat dia berjalan lebih tepatnya belari anak menuju ke dapur.
Sarah melihat ibunya sudah siap memasak nasi goreng. Ibunya, Mak Cik Siti berjalan menuju ke hadapan rumahnya untuk melihat gerangan siapakah yang bertandang seawal pagi ini. Jarum jam di dinding menunjukkan pukul 9 pagi. Mak Cik Siti baru sahaja menghantar anak kelimanya ke sekolah sejam yang lepas.
''siapa pulak yang datang berkunjung pagi-pagi ni? Sarah melihat mulut ibunya terkumat kamit barangkali membebel terhadap orang yang berkunjung ke rumahnya.
Sarah hanya tertawa kecil apabila melihat ibunya membebel seorang diri. Sempat dia mencapai tudung sarung sebelum mengikuti belakang ibunya untuk menuju ke anjung rumah.
"Assalamualaikum makcik, nama saya Alex, maaf atas kedatangan saya yang tidak diundang dan mengganggu waktu makcik.'' Lelaki yang berkaca mata itu berkata seraya melirik ke arah Sarah di belakang ibunya.
''Waalaikumussalam, takdelah kamu tak mengganggu mak cik pun.''
Sarah membulatkan matanya apabila melihat layanan ibunya terhadap lelaki tersebut. Ibu bapanya sentiasa mengajar untuk membuat perkara baik dan menunjukkan muka yang manis walau kepenatan.
Tak menggangu? Ye ke tak mengganggu umi padahal orang boleh tengok dari riak umi tadi bukan main tak senang lagi dia datang awal-awal pagi macam ni. Ucap Sarah dalam hatinya.
''masuklah, anak ni nak cari siapa? Cari Riz ke? Dia keluar ikut ayahnya ke kebun.''
''Maaf ya mak cik saya ni datang dengan membawa hajat yang besar.''
Sarah melihat lelaki yang setinggi 6 kaki itu menunduk melihat ibunya. walaupun memakai baju t- shirt dan seluar jeans dipadankan dengan kaca mata hitam yang bertenggek di hidung mancungnya, dia dapat merasakan aura yang dibawa olehnya lain dari yang lain.
Dia memerhatikan satu-persatu tentang lelaki yang tidak dikenali itu bermula dari rupanya, pakaiannya sehingga minyak wangi yang dipakai olehnya. Dia meneliti satu persatu seakan seorang detektif.
Hidungnya mancung, pipinya putih kemereh-merahan, alisnya lebat, rambut hitamnya seakan warna perang apabila terkena pancaran matahari dan ia dipotong dengan kemas. Bau minyak wangi itu sangat harum namun dia tidak dapat mengenal pasti jenis apakah minyak wangi yang dipakai oleh lelaki itu.
Seakan mengetahui dirinya diperhatikan lelaki itu menoleh ke arahnya. Dia tersenyum malu saat lelaki tersebut mengetahui bahawa dia sedang menelitinya.
''Mari masuk nak, panas kat luar ni.''
Jemput Mak Cik Siti.
' Panas ke macam ni umi macam tak je.' Sarah melihat matahari yang bersembunyi di sebalik awan. Dia hanya mengikut ibunya dari belakang dan mengiyakan sahaja kata-kata ibunya.
''Sebenarnya...
Belum sempat dia menyambung kedengaran enjin motosikal di luar rumah.
''vroom, vroom.'' Belum panas pungung Sarah duduk, abang dan ayahnya sudah sampai di rumah saat dia memberitahu kepada abangnya bahawa ada lelaki yang tak dikenali berkunjung ke rumah.