Setelah mendapat panggilan telefon daripada ibunya semalam, Aleena asyik termenung.
Flashback....
"Assalamualaikum," kedengaran satu suara yang sangat dirinduinya nun jauh di timur. Seakan tanah Cik Siti Wan Kembang memanggilnya pulang.
"Waalaikumussalam ibu. Ibu sihat ke? Dah makan? Adik-adik sihat ke?" Bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Aleena kepada mak cik Siti.
"Ibu dan adik-adik sihat je kamu tu sihat ke tak?"
"Along sihat je ibu. Ibu ada apa-apa nak bagitahu Along ke?" Soalan yang diajukan Aleena dibalas dengan hembusan nafas ibunya seakan mengeluh.
"Ibu, are you okay?" Hati Aleena sudah tidak tenang dan jantungnya mula memainkan rentak kencang dari kebiasaan. Kebiasaannya Aleena yang sering menelefon kerana ibunya sibuk menguruskan adik-adiknya yang masih bersekolah.
"Along, along tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus pelan-pelan. Apa yang ibu nak bagitahu kamu ni ibu harap kamu fikir baik-baik dan dengan tenang. Apa-apa keputusan terletak dekat tangan kamu."
Mak cik Siti dengan tenang memberi nasihat kepada Aleena.
Aleena menarik nafasnya dalam-dalam sebelum dihembus perlahan.
"Along.. ada orang masuk meminang kamu sebentar tadi. Alex namanya."
"Me.. meminang! Along silap dengar kan umi? Along tak nak kahwin lagi. Lagipun along muda lagi umi. Along tak masuk 20 tahun pun lagi umi."
"Along, tapi lelaki tu hensem, kaya pulak tu, uishh kalau kau tak nak bagi aku jela Long eh." Satu suara menyampuk perbualan Aleena dengan ibunya.
Seakan Aleena mengetahui siapa yang bertanya dia mengajukan pertanyaan.
"Achik, kau pun ada ke time laki tu datang? Kau tak pergi sekolah ke?" Aleena mengerutkan dahinya.
"Eh, aku sakit kepala lah. Lagipun aku yang tengok lelaki tu datang. Nama dia Alex, hensem gila weh tapi sayangnya dia nak kau bukannya aku."
Sarah mengeluh sendirian.
"Achik, kau tu PT3 pun belum ambik dah nak kahwin. Umi, along tak nak kahwin sebab Along muda lagi. Nanti bila dah kahwin along kena tinggal sebumbung dengan lelaki tu. Lagipun along tak kenal dia siapa. Lepastu Along kena masak untuk dia, kemas rumah dia, jaga baby dia. Ish, Along tak nak lah."
Mak Cik Siti menggelengkan kepalanya.
"Along oh along dia cuma nak bertunang dulu nanti baru kahwin. Ibu cuma nak bagitahu yang tu je selebihnya terserah kepada kamu. Dia nampak macam budak yang baik mesti keluarganya baik-baik jugak."
Mak cik Siti cuba memujuk Aleena yang masih berpendirian tegas untuk tidak berkahwin.
"Along, ibu serahkan kepada ayah kamu telefon ni." Telefon bimbit ibunya diambil oleh Pak cik Adam.
"Assalamualaikum along, ayah tahu kamu masih tak bersedia nak kahwin. Ayah tahu yang kamu susah hati kalau kahwin cepat apatah lagi kamu tak kenal dia kan. Tapi sayang, anak sulung ayah yang paling ayah sayang ayah nak kamu buat istikharah dulu sebelum kamu buat sebarang keputusan."
Suara lembut seperti kebiasaannya ayah akan menasihati dan memujuk Aleena. Suara yang lembut dan merdu namun Aleena tahu ayahnya memberi amaran tegas untuk berfikir sejenak sebelum memberi sebarang keputusan.
"Keputusan semua ada dekat tangan kamu tapi ayah nak ingatkan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sama juga dengan perkahwinan. Dalam agama kita kalau seorang wanita itu dilamar oleh seorang lelaki yang baik agamanya, baik akhlaknya dan mempu memberi nafkah kepadanya setelah berkahwin wanita tu digalakkan untuk berkahwin. Kamu faham maksud ayah kan?"
Pak cik Adam tahu yang Aleena mungkin kelihatan kasar di luar namun hatinya lembut. Perwatakan anak sulung sentiasa garang namun sensitif. Apabila diusik sedikit mulalah dia nak menangis. Barangkali dia sering bertolak ansur terutama dengan adik-adiknya menyebabkan dia mudah ambik hati.
"Baik, ayah nanti along buat solat istikharah. Bagi along masa seminggu untuk berikan kata putus. Biar along fikir masak-masak. Along tak nak kahwin dengan orang yang along tak cinta tapi along tahu kalau ini yang terbaik untuk along bagi Allah maka along terima. Bagi along masa ya ayah, ibu."
Suara Aleena kedengaran lemah saat menuturkan setiap perkataan tersebut.
"Hmm, iyalah long fikir baik-baik sebelum buat apa-apa keputusan. Ayah nak along tahu yang ayah sentiasa ada untuk along. Seandainya along tak nak terima Alex takpe ayah tak paksa cuma ayah nak kamu buat solat istikharah. Minta petunjuk dekat Allah dan berdoa serta bermunajat tentang perkara ni."
"Baik ayah, along faham."
"Along jaga diri baik-baik dekat negeri orang tu. Kalau ada orang kacau bagitahu ayah dengan ibu. Jangan simpan rahsia apapun daripada kami berdua."
"Ayah, achik nak cakap dengan along boleh?"
"Boleh, nah kamu cakaplah dengan along kamu tu. Ayah dah sampaikan apa yang ayah nak cakap dekat along."
Pak cik Adam menghulurkan telefon kepada Sarah.
Sarah memasuki biliknya sambil bercakap dengan Aleena.
"Long, kau nak tahu tak? Masa mula-mula lelaki tu datang aku ingatkan mamat mana yang datang pagi-pagi buta dekat rumah kita. Lepastu aku tengok dia turun dari kereta kan. Lepastu aku tengokla muka dia hensem gila nak mati. Macam kacukan korea pun ada tapi mata dia warna biru. Lepastu kulit dia putih macam orang cina putih melepak. Serius tak tipu!"
Mata Sarah semakin bersinar saat menceritakan tentang Alex kepada Aleena.
"Ha yelah Achik. Asal kau cakap lepastu, lepastu, cuba bagitahu terus. Ini tak asyik lepastu, lepastu geram pulak aku."
Aleena memprotes adiknya yang sering menggunakan perkataan lepastu.
"Ish, kau ni long dah aku teruja tau nak bagitahu kau pasal dia. Lelaki tu memang pakej lengkap untuk kau Long. Alex tu kaya, hensem, baik, berbudi bahasa, memang rezeki kaulah long kalau kau accept dia."
"Hahaha, kau nak cakap aku ni buruk la jadi kalau dia nak dekat aku aku yang beruntung macam tu?"
"Ala long, bukan macam tu tapi memang ada betul jugak tu?
Kata-kata Sarah membuatkan Aleena menyirap.
"Achik, kau tu adik aku asal pulak kau nak sokong lelaki tu yang kau kenal tak sampai sehari pun."
"Ikut suka hati kaula kak tapi aku nak cakap yang lelaki tu memang pakej terbaik dan calon suami yang paling sesuai untuk kau. Tapi kalau kau tak suka takpe long bagi aku je okay? Boleh?"
'Dasar adik tak sedar diri. Ada ke patutlah dia cakap macam tu.' Aleena mengkritik tanpa suara.
"Eh takpelah eh biar aku buat istikharah dulu lepastu tengoklah macam mana. What will happen? Who knows if i might accept him?"
Aleena merenung jauh ke masa depan.
'Boleh ke aku jadi yang terbaik untuk dia dan bakal anak-anak kami. Uish, jauh betul aku fikir siap ada anak lagi ye.'
"Along, oh along kau dengar tak apa aku cakap ni?"
Suara Sarah yang naik seoktaf menyedarkan Aleena dari termenung."Hah, apa achik? Sorry my mistake. Aku tak dengar kau cakap apa tadi."
"Tak aku cakap aku nak tidur kepala aku dah berdenyut-denyut ni. Okay along, assalamualaikum. Aku sentiasa doakan semoga kau dapat yang terbaik along. Allah yuftah alaikum."
"Waalaikumussalam, terima kasih achik."
Sarah menamatkan talian telefon dan merebahkan badannya di atas katil.