-Bab 1-

21 5 0
                                    

-Dyana Erlyn-

"Oi minah!.. Kau tak reti nak bangun ke? Kalau ye pun kau nak membuta kau tengok hari la weh!" jerit Mell ke arah pintu bilik sahabatnya, Dyana Erlyn. Bertahun mengenali wanita itu membuatkan dia semakin fasih dengan tabiat buruk sahabat satunya itu.

"Ya Allah! Berjanggut aku tunggu kau bersiap rupanya kat sini kau sedap berdengkur! Lyn.. bangunlahh!!.." sambung Mell apabila menyedari sahabatnya masih lena diatas katil empuk itu.

Dyana yang diulit mimpi itu tersedar dek oleh bebelan sahabatnya, Mell Andriana.

"Kau ni kenapa senah? Kau kalau tak memekak awal pagi memang tak sah kan? Sakit telinga aku kau tau tak?" balas Dyana tidak puas hati dengan sahabatnya itu yang sering mengganggu tidurnya setiap hari.

"Kau ni awal pagi pakai baju macam ni, kau nak pergi mana weh? HAHAHA.." Dyana yang menyedari kelainan pada Mell Andriana itu terus melirik sahabatnya yang cantik berpakaian seragam sekolah itu sebelum melepaskan tawanya.

"Kau nak tahu aku nak pergi mana dengan pakaian macam ni?" soal Mell sambil menjeling ke arah Dyana.

"Tahu, dah terang - terang kau pakai baju seragam memang sekolah je la tempatnya. Betul tak, sahabat?" jawab Dyana.

"Pintar juga kau ni tapi sayangnya otak kau lembap! Haihh.. pergi manalah roh kau ni tak sampai - sampai," balas Mell menepuk dahinya. Dia berusaha menyedarkan sahabatnya dengan mengingati sesuatu. Setahu dia, sahabatnya itu selalu membuat catatan untuk hari - hari yang penting.

"Haa!!.." teriak Mell secara spontan.

"Kus semangat.." latah Dyana. Memang banganglah ada kawan perangai macam ni.

"Kau cari fon kau, tengok date hari ini," sambung Mell. Dyana yang masih mamai itu hanya menurut.

"Empat hari bulan Jan? Monday?" Mell hanya tersenyum melihat sahabatnya berkata sendiri sebelum menjadi kaku itu.

"Cepat sikit bersiap!!" pesan Mell sebelum melangkah keluar meninggalkan Dyana yang masih kebingungan.

"Hari isnin?" tanya Dyana pada diri sendiri sebelum melihat catatan kalendarnya. Back to school?.

"Ya Allah, apa aku makan sampai pelupa macam ni!" Dengan laju dia bangun dari katil berlari melanggar apa sahaja yang menghalang laluannya. Yang penting tujuannya cuma satu. Bilik mandi.

***

-Karl Mykael-

Karl Mykael yang sudah siap bersarapan hanya tenang dimeja makan memerhati tingkah laku adik kembarnya, Carl Rafael. Mereka tidak pernah bersatu melainkan dalam keadaan darurat. Namun, itu bukan menunjukkan bahawa mereka tidak menyayangi satu sama lain.

"Pahal kau tengok - tengok aku? Aku ada hutang dengan kau ke? Kalau ada cakap. Aku bayar," sergah Carl yang menyedari dirinya diperhati sedari tadi. Aku ada cari pasal dengan kau ke jamal?.

Karl yang sedikit terkejut dengan sergahan adiknya itu terus membalas, "Kau yakin ke kau mampu bayar hutang tu?".

"Kalau aku tak mampu sekalipun, kau nak buat apa? Ugut aku? Aku bagitahu atuk aku," gurau adik kembarnya. Namun jawapan daripada abangnya itu membuatkan dia terdiam seketika.

"Kau yakin ke kau masih ada atuk?" jawab Karl dengan senyuman sinisnya. Puas.

Carl memandang abang kembarnya dengan pandangan penuh makian. How can i be the brother of these twin, mom? I hope you go with grandpa..huh!.

Our Fated | OG |Where stories live. Discover now